Ticker

6/recent/ticker-posts

Mudahnya Buat Cupcake Sedap Dengan Decadent Chocolate Cake Mix Passionfood

Mudahnya Buat Cupcake Sedap Dengan Decadent Chocolate Cake Mix Passionfood | Panjangnya tajuk entri seketul ciksun. Haha. Ni dessert minum petang ciksun pada hari Sabtu lepas. Kawan ciksun bagi Decadent Chocolate Cake Mix dari Passionfood Johor Bahru. Sebagai seketul baker, harus lah ciksun sangat excited dapat cake mix macam ni. Walau dalam hati tak expect sangat rasa dia nanti akan sedap ke tak. Ye lah, biasanya cake mix gini yang jual kat kedai mesti rasa dia macam kek kat kedai sangat. Siapa faham, faham lah macam mana maksud ciksun tu.

Mudahnya Buat Cupcake Sedap Dengan Decadent Chocolate Cake Mix Passionfood

Tapi bila ciksun dah siap bakar dan deco, ciksun terus rasa seketul. Oh, wow! Tak sangka sedap sangat hasilnya! Tekstur kek nya sangat lembut dan rich rasa coklat. Paling sedap antara semua adalah yang dengan topping salted caramel and serpihan biskut lotus biscoff tu. Chocolate frosting yang diorang bagi sekali dalam box tu pun sedap juga. Ye, dalam box tu dah lengkap semuanya, tinggal kita start bancuh dan bakar atau kukus aje.

Mudahnya Buat Cupcake Sedap Dengan Decadent Chocolate Cake Mix Passionfood

Mudahnya Buat Cupcake Sedap Dengan Decadent Chocolate Cake Mix Passionfood

Mudahnya Buat Cupcake Sedap Dengan Decadent Chocolate Cake Mix Passionfood

Ni semua benda yang ada dalam kotak tu. Decadent Chocolate Cake Mix sebungkus, 25 keping cawan kek, chocolate frosting satu piping bag, topping salted caramel, topping oreo crumbs, topping kepingan badam yang dah siap bakar, topping Lotus Biscoff crumbs, satu piping bag extra, dengan pamplet cara-cara buat cupcake yang lengkap.

Mudahnya Buat Cupcake Sedap Dengan Decadent Chocolate Cake Mix Passionfood

Kita hanya perlu sediakan telur gred A dua biji, air 1/4 cawan, minyak jagung 2/3 cawan. Masa tu kat rumah tak ada minyak jagung, jadi ciksun pakai minyak masak aje. Terfikir gak nak guna mentega yang dicairkan, mesti lagi sedap kan? Tapi kang derhaka melampau sangat. Haha. Takpe, next time ciksun nak beli lagi cake mix ni and guna butter lak. Hihi.

Mudahnya Buat Cupcake Sedap Dengan Decadent Chocolate Cake Mix Passionfood

Ni rupa cake mix dia, masukkan dalam bekas sedang besar. Telur tadi pukul sikit, masukkan dalam bekas tu jugak. Air dengan minyak pun masuk sekali.

Mudahnya Buat Cupcake Sedap Dengan Decadent Chocolate Cake Mix Passionfood

Haaa gini rupa bila da masuk semua benda tu dalam mangkuk adunan. Sediakan spatula atau whisk untuk menggaul semua bahan-bahan ni.

Mudahnya Buat Cupcake Sedap Dengan Decadent Chocolate Cake Mix Passionfood

Then gaul rata-rata sampai jadi likat and sekata macam ni. Uols akan perasan kat sini, dalam mix tu sebenarnya ada sedikit chocolate chip kecik-kecik. Patut la sedap cupcake nya!

Mudahnya Buat Cupcake Sedap Dengan Decadent Chocolate Cake Mix Passionfood

Bila da elok gaulan tu, susun cup dalam loyang atau dulang oven pun boleh. Ni ciksun susun dalam loyang 10", muat-muat semuanya.

Mudahnya Buat Cupcake Sedap Dengan Decadent Chocolate Cake Mix Passionfood

Masukkan adunan dalam setiap cawan dalam 2/3 cawan gitu. Then bakar dalam oven dengan suhu 160ºC selama 20 hingga 30 minit atau sampai masak. Nak tahu masak ke belum, cucuk dengan lidi sate atau toothpick, kalau tarik keluar, lidi tu takde adunan coklat melekat, haa da masak.

Mudahnya Buat Cupcake Sedap Dengan Decadent Chocolate Cake Mix Passionfood

Then keluarkan dari oven dan biar sejuk sekejap.

Mudahnya Buat Cupcake Sedap Dengan Decadent Chocolate Cake Mix Passionfood

Baru picit chocolate frosting. Ciksun tambah gak tu cream frosting guna whipping cream tapi tak berapa pandai la main whipping cream, tengok tu macam nak berketul balik cream dia. Hahaha!!

Mudahnya Buat Cupcake Sedap Dengan Decadent Chocolate Cake Mix Passionfood

Lepas da siap picit frosting, tabur lah segala topping tuuuu ikut kreativiti memasing.

Mudahnya Buat Cupcake Sedap Dengan Decadent Chocolate Cake Mix Passionfood

Mudahnya Buat Cupcake Sedap Dengan Decadent Chocolate Cake Mix Passionfood

Lepas tu boleh makan bersama kawan-kawan atau melahap seorang diri. Haha! Sedap sehhh, very recommended!

Kalau uols nak cuba jugak, boleh lah beli dari Passionfood. Diorang boleh pos tau. Nanti boleh lerrr buat aktiviti hujung minggu dengan anak-anak. Mudah sangat nak buatnya. Boleh belek video kat bawah ni. Ciksun suka!


Passionfood Decadent Chocolate Cake Mix
Bake Your Own

Facebook:

Instagram:

Whatsapp:

Post a Comment

17 Comments

  1. Replies
    1. macehh...rajin sekali sekala sebab bahan2 semua dah siap prepare...hihi

      Delete
  2. Bagusnya ada jual set lengkap macam ni..tak la membazir kalau sejenis buat cupcake sekali sekala.

    ReplyDelete
  3. Menariklah. Boleh sebarkan kepada saudara mara dan kaan-kawan ni.

    ReplyDelete
  4. memang bebetul nampak sedap sunah. serius. nampak mudah je buatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa tu lah tu, memang sedap...bila simpan dalam peti ais, dan keluarkan untuk makan..lagi moist rasa dia..

      Delete
  5. wahh bestnya jual sekali siap semua. Seronoklah membakar macam ni. macam macam topping ada ha. yang penting sedap dan menjadi buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul fiza..seronok dapat rasa semua topping pun ye jugak..

      Delete
    2. Best gila ada siap semua lengkap. baru semangat berkobar kobar nak buat cupcake. confirm jadi dan sedap punya kan.

      Delete
  6. Aku ni nak buat, yana kata nanti, nak buat dia kata nanti, sampai ke sudah tak buat lagi dan sampai dah kat spital ni...makanya tunggu laaaa minggu depan depannya hahahahaa

    ReplyDelete
  7. Follow resepi sini. Haha elok je kejadian. Harap ena buat nanti molek la rupa dia

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap tu akak kalau bab baking ni memang surrender...tak pandai buat..hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com