Ticker

6/recent/ticker-posts

Tragedi Cuti Krismas

Tragedi Cuti Krismas | Semalam, checkout dari hotel lepas adik ciksun da gerak balik ke Shah Alam, boss ciksun call dari KL. Ada penyewa kat tingkat atas office mengadu banjir. Alamak, ciksun dah la tak habis cuti lagi ni, lepas checkout tu ciksun sebenarnya ada job review lagi kat satu restoran sebelah hotel. Tak boleh nak cancel sebab da last minute sangat.

Ciksun set dengan technician untuk datang after ciksun habis review. Petang dalam pukul 3 gitu lah. Dia ok je, kalau sampai office, call je dia katanya. So ciksun pun pergi buat job dengan hati yang runsing, dalam kepala dah kat office, asyik tengok jam kat telefon takut terdrag masa. Memang drag pun, pukul 2.40 baru desserts sampai. Ciksun wassap technician tu untuk datang pukul 4 pulak.

On the way balik rumah sebab nak ambil kereta dan kunci office kat rumah kawan, ada penyewa kat atas hantar video banjir tu. Ciksun pun tengok la dalam kereta. "Ya Allah!!!" kuat gila ciksun mengucap sampai kak Ajan yang drive kat sebelah terkejut beruk. Mana tak terkejut, kalau ciksun sendiri terkejut tengok video tu.

Nak tahu kenapa, boleh tengok gambar-gambar kat bawah masa ciksun dah sampai office tingkat atas.

Tragedi Cuti Krismas

Tragedi Cuti Krismas

Tragedi Cuti Krismas

Tragedi Cuti Krismas

Tragedi Cuti Krismas

Tragedi Cuti Krismas

Tragedi Cuti Krismas

Habis runtuh siling salah satu bilik pejabat sebab salur air kat bumbung tersumbat dengan daun-daun yang gugur dari pokok kat belakang office. Tak tahu la apa kejadiannya sampai runtuh pulak siling. Dah la bilik pejabat depan tu ada banyak benda. Perkakas semua habis kena air. Itu pun alhamdulillah takde sape dalam bilik pejabat, penghuninya memang dah dua bulan jugak tak datang.

Air yang melimpah dari atas tu merebak sampai empat bilik terjejas. Ada bilik yang CPU komputer tu letak atas lantai, memang kena air lah jawabnya. Penyewa petang semalam semua tak ada sebab hari cuti kan, diorang datang sekejap je tengahari tu, terkejut tengok lantai penuh air.

Ciksun berusaha bersihkan air tu guna penyapu, penyedok dengan baldi. Cedok la air lebih 10 baldi rasanya semalam, hangkut bila penuh, tuang dalam bilik air. Pukul 6 petang, technician datang balik lepas tengok pukul 4 tu, dia pulak sambung buang air yang bertakung. Penat tu jangan cakap lerr, sebab ciksun kan dari hari Jumaat penuh aktiviti dengan family adik ciksun.

Malam tadi sakit-sakit badan ni, bangun hari ni dengan berat sungguh dan masih mengantuk. Sampai office, nak check tingkat atas tapi main power source kena tutup pulak oleh technician tu petang semalam. Tak dapat nak check ada air bertakung lagi ke tak sebab gelap. Dalam pukul 10 lebih jugak la baru dia bukak semula power source. Oh, tak ada pertambahan takungan air, alhamdulillah.

Tragedi Cuti Krismas

Sekarang ni kerja-kerja membaik-pulih tengah dijalankan. Technician tu ubah saluran air, bagi terus keluar ikut bumbung, tak payah masuk saluran ke dalam tiang dah. Bila saluran ikut dalam tiang, tu yang jadi tersumbat sebab sempit corner ke bawah, katanya. Bubuh saluran buluh paip dalam tiang memang lagi kemas dan tak sakit mata tengok bila buluh paip kat luar, tapi tu lah bahaya pulak bila tersumbat.

Tragedi Cuti Krismas

Ambil masa dua hari jugak untuk technician betulkan saluran, siling dan cat semula. Doakan moga dipermudahkan lah semuanya. Banyak juga boss nak fikir pasal ganti rugi kat penyewa ni. Huhu.


P/S: Mengantuknya 😪

Post a Comment

16 Comments

  1. aduhhh...semoga dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  2. banyak juga kerosakan. semoga dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
  3. memang teruk juga kes nie..

    semoga semuanya boleh pulih seperti biasa

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan urusan boss cik sun ya..kesian cik sun terkejar²..Alhamdulillah Allah permudahkan..😊🤗

    ReplyDelete
  5. Kesiannya bos ciksun. Semoga bila dah repair, keadaan yang sama tak berulang

    ReplyDelete
  6. moga Allah permudahkan urusan Ciksun,,..:)

    ReplyDelete
  7. dugaan... lepas bercuti sakan kepak dgn nak kedak tok gik jadinya.. x puas rest palak... semoga dipermudahkan urusan ktk lps tok ciksun

    ReplyDelete
  8. aduhhh kita tengok pun dah libang libung hati... teruk bebeno tuh wei
    compom banyak yang rosak tu... sampai 10 baldi memang teruk banyak air nya tu cik sun... jangan lupa rehat kang sakit badan tak abis penat mengemas pulak

    ReplyDelete
  9. aduhaiii haru..semoga dipermudahkan urusan penyelenggaraan..

    ReplyDelete
  10. haduii..ngeri sungguh.terkejar-kejar gitu semput jadinya...

    ReplyDelete
  11. Mujur tak ada orang masa kejadian berlaku. Banyak juga kerosakan nak diperbetulkan tu. Bab kos tu yang pening tu. Semoga dipermudahkan urusan semua yang terlibat.

    ReplyDelete
  12. wallahu., rasannye xleh claim insurance nih., mugo dipermudahkan

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum sunah...Allahuakbar moga dipermudahkan urusan sunah...

    office sunah dekat dgn kedai mkn Agus rupanya...buat bisness apa ek sun mana tahu kalau ada masalah yg berkaitan boleh guna khidmat com sunah...

    ReplyDelete
  14. Ya Rabbi.. adeiiii runtuh!
    Ni dah siap kemas ke belum?..

    ReplyDelete
  15. x dpt byg kan kalau ada mangsa yg terlibat... hrp semuanya baik2 sahaja...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com