Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru | Kafe ni rupanya baru start beroperasi dalam 3 minggu. Tak sampai sebulan pun lagi. Lokasi dia sebelah Suasana All Suites Hotel, Johor Bahru dan hotel Amari Johor Bahru. Satu bangunan yang sama dengan Attrus Bed & Breakfast. Ada ruang parking yang banyak kat sebelah kafe ni. Kalau datang sini, nak makan tak sampai sejam, boleh dapat FREE parking. Memang bagus sangat lah untuk yang nak cari tempat makan tengah bandar JB tanpa bersusah-payah pusing cari parking.

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Suka warna kafe yang putih, nampak minimalis, simple dan kemas. Ruang kafe ada dua tingkat, sebelah atasnya sesuai untuk yang datang makan ramai-ramai dalam kumpulan yang besar. Ada lif dalam kedai, boleh access dari tempat parking lagi. Kalau naik lif, restoran tingkat G, tapi jangan tersilap masuk ke lobi Attrus B&B pulak! Haha. Tapi kalau silap, boleh aja keluar ke pintu lif seberangnya pulak. No problem. Sebab diorang kongsi satu lif yang sama.

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Ciksun datang sini untuk lunch dengan kawan-kawan ciksun hari Ahad lepas. Disebabkan tu pertama kali ciksun datang, ciksun masuk ikut main entrance. Tak tahu pun boleh naik lif, hihi. Macam biasa, kena check suhu, sanitasi tangan dan scan MySejahtera sebelum masuk ke dalam kafe. Depan kafe ni ada deco yang cantik, kami ambil kesempatan untuk bergambar dulu guna backdrop kafe yang indehhhh ituu, baru masuk ke dalam kafenya.

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Kalau tengok balik tajuk entri ciksun tadi, Cafe Eatura ni by Nyonya Leaf. Jadi makanan kat sini ala-ala kopitiam. Tema makanan sama macam Nyonya Leaf. Ada kuih-muih lapis Nyonya yang uols boleh pilih kat kaunter, dah siap pack dalam bekas kecik-kecik. Tak paham betul ciksun, kenapa lupa nak ambil gambar suasana dalam kafe tingkat bawah 🤦‍♀️ Kena pergi lagi gamaknye. Tapi takpe, uols boleh tengok gambar-gambar dekat Facebook Cafe Eatura juga.

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Ciksun start dengan menu-menu pembuka selera; Pisang Goreng, Gado-gado, Rojak Buah dan Kuih Seri Muka. Memang terbuka terus selesa bila pekena menu-menu ni. Pisang Goreng tu rangup sangat dan sedang-sedang manis pisangnya. Kuah kacang Gado-Gado tu pun sedap, ciksun boleh cicah tauhu goreng ulang makan banyak kali padahal ciksun bukan suka sangat tauhu. Bila makan Rojak Buah, teruja memasing sebab kak Ajan jumpa mangga dalam tu. Berebut la kitorang cari mangga sampai jumpa. Hahahah! Siapa biasa makan kuih-muih dekat Nyonya Leaf, tahu la macam mana sedapnya Kuih Seri Muka dia kan.

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Then kitorang beralih ke menu utama. Nasi Lemak Eatura. Meriah dengan telur mata, telur rebus, udang goreng dan ayam goreng berempah. Tak lupa juga kacang tanah, ikan bilis, hirisan timun dan sambal. Penuh pinggan dengan semua tu. Nasi lemaknya pula warna hijau, menambahkan selera mata memandang. Bila ciksun suap ke mulut, mmm sedap juga! Sambalnya tak terlalu pedas, manis-manis aje. Sesuai makan dengan ayam goreng, udang goreng dan telur tu. Udangnya fresh masa ciksun makan, kulit udang keras dan isinya juicy.

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Selain menu local, diorang ada jugak menu western, kitorang try Salted Egg Chicken Chop dan Black Pepper Chicken Chop. Antara dua ni ciksun suka Salted Egg Chicken Chop tu. Sedap kuah salted egg tu, fried wedges dia pun sedap tau! Untuk uols yang tak berapa suka fried chicken chop, boleh la makan Black Pepper Chicken Chop tu sebab ayamnya digrill sebelum dituang kuah lada hitam tu. Bagi ciksun, yang ni rasanya biasa-biasa aje, Salted Egg Chicken Chop lagi menang 😜

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Bila dah selesai main course, harus lah cuba menu pencuci mulut pulak kan! Ciksun dan kawan-kawan cuba Eatura Burnt Cheesecake, Tiramisu in a Cup, Ais Kacang dan Cendol. Wallawehhhhh, sedap gilerrrr Eatura Burnt Cheesecake tu! Berasa kejunya dan tak rasa hanyir telur. Makan banyak kali pun tak muak. Tiramisu tu dalam cawan, yang ni pun not bad walaupun ciksun bukan penggemar Tiramisu dan segala kek bertekstur begini.

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Ais Kacang dan Cendol dia ok, masa ni kami da terlampau kenyang dan ciksun pula dah rushing nak ke office uruskan hal emergency. Jadi tak dapat nak menikmati sangat sampai habis. But overall, memang sedap lah Ais Kacang dia sebab meriah dengan condiments. Kalau uols suka aiskrim, boleh order pulak Ice Kacang Eatura, yang ni ais kacang coklat, bukan yang pink macam selalu tu. And kalau dah kata konsep kopitiam, mesti la ada kopi sedap kan! Ciksun try Ipoh White Coffee diorang, sedapppp! Katanya buat sendiri, bukan pakai instant coffee tau!

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Harga macam mana? Bagi ciksun harga dia ok, harga standard kafe kat bandar. Uols boleh jugak nak belek menu-menunya kat SINI. Mana tahu nak bincang dulu ngan diri sendiri atau kawan-kawan, hari ni nak makan apa kan?

Lunch Nasi Lemak Sedap di Cafe Eatura by Nyonya Leaf, Johor Bahru

Oh, sekarang ni diorang ada buat promo gak untuk Nasi Lemak Nyonya Fried Chicken, daripada harga asal RM11.80, uols boleh dapat diskaun jadi RM8.80 aje dengan syarat check-in Cafe Eatura kat Facebook. Best kan?

Nah, ciksun bagi details kafe untuk uols rujuk.



Cafe Eatura
82-B, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu perniagaan:
Setiap hari
8.00 pagi - 6.00 petang

Facebook:

Instagram:

For Order & Delivery:

13 comments:

  1. habis kh semua yg diorder ya mem? hahaha... nyaman² jak rupa semua ya

    ReplyDelete
  2. haus plak tgk air yg colorful tu..mcm2 menu ada

    ReplyDelete
  3. meriahnya menu..semua nampak sedap.nanti boleh try kalau lalu ke sini

    ReplyDelete
  4. Terliur tengok gado2 dengan kuih seri muka tu. Sedapnya!

    ReplyDelete
  5. cantik dekorasi entrance luar kedai tu style baba nyonya. klasik. dalam cafe pun cantik. Banyaknya makanan sedap sedap..semua rasa teringin nak makan.

    ReplyDelete
  6. Bila nak bawa saya pula haaaa???

    ReplyDelete
  7. uiiii best nyaaa... tetiba sy rs mcm dah lama x mkn nasi lemak hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com