Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021 | Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021. Perintah ini melibatkan tiga peringkat pelaksanaan seperti berikut:

PKP: Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor dan Sabah
PKP-B: Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan
PKP-P: Sarawak dan Perlis

Aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali kecuali negeri-negeri di bawah pelaksanaan PKP-P, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat.

Pergerakan rentas negeri adalah TIDAK DIBENARKAN di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga TIDAK DIBENARKAN.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021

Hmmm. Nampaknya dah PKP balik. Allahu. Ciksun kan dekat Johor, encik suami pulak dekat KL. Dua-dua tempat kena PKP. Ikutkan, hujung minggu ni encik suami akan turun ke Johor, dah siap tempah hotel tau. Kena postpone la bila dah jadi begini. Bukannya tak suka PKP, memang setuju kalau buat PKP tapi itu lah, semua planning kena ubah.

Moga semua yang terjejas, bertabah ya!

Musim Dalgona Coffee fasa dua ek?

4 comments:

  1. ber PKP lah kita semula nampaknya. sini masih PKPB tapi tetap rasa macam kena PKP juga.

    ReplyDelete
  2. Kita akur aje dengan peraturan yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  3. Aishhh tak jumpa lagi laaa kita yaaaa...

    ReplyDelete
  4. aduhai. bersabar la, Sun.
    hubungan jarak jauh ni gitu la time PKP ni.
    ofismet aida ada 2-3 org yg h.j.j jugak.
    sebab kami govt kan kena transfer sana sini.
    itu yg laki bini lelain neger kerja.

    bertabahlah ye. moga ni PKP terakhir utk Malaysia.
    kita kena jaga kita.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com