Terima Kasih Blogger Anies

Terima Kasih Blogger Anies | Semalam, balik rumah nampak ada bungkusan XpresDrop dalam beg sampul surat depan rumah. Tertanya-tanya ciksun, siapakah gerangan empunya bungkusan tu. Bila ambil dan belek, ohhh ciksun punya. Hihi. Pengirimnya pula blogger Anies.

Hujung tahun lepas, Anies ada tinggalkan komen, minta ciksun letak details kat entri blog dia. Rupanya ada cenderahati kenang-kenangan yang Anies nak kirim. Buka bungkusan, ada komik Lawak Kampus ni. Ya Allahhhhh, dah lama kay ciksun tak baca komik!

Terima Kasih Blogger Anies

Serius, ni antara komik kegemaran ciksun dulu-dulu zaman sekolah. Nampak je komik dari Gempak Starz, memang selalu grab kat kedai. Tapi bila dah semakin tua ni, da kurang membaca sangat, maka dah tinggal lama komik-komik ni.

Memang menggamit memori sungguh. Terima kasih tau Anies! Suka sangat! Kalau uols nak kenal Anies, boleh lah jenjalan ke blog dia. Anies suka share pasal travel stories dan makanan-makanan sedap kat tempat orang.

14 comments:

  1. Tahniah dapat kiriman.
    Moga ukhuwah terus berpanjangan.

    ReplyDelete
  2. Samalah, suka betul baca komik ni. memang lawak tergelak membaca sorang sorang. Tahniah dapat hadiah :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah smpi jg. bimbang kalau2 sbb pkp jd lmbt.

    sama2

    happy reading;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..surprise sangat nampak parcel...mekasih tau!

      Delete
  4. Alhamdulillah syiok dapat beri rakan blogger hadiah k merapatkan lagi hubungan sesama blogger.. ^^

    ReplyDelete
  5. tahniahnyer ciksun dpt majalah komik lawak kampus tuuh.. aak is jeless ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  6. Baru semalam baca komik Gila-Gila hahahaha terjumpa dalam kotak simpanan aku masa kemas stor..betapa lagendnya kannn aku simpan..

    ReplyDelete
  7. wow. best nyer.
    sgt pemurah blogger anies :)

    ReplyDelete
  8. Bestnye. Dah lama xbaca komik lawak

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com