Ticker

6/recent/ticker-posts

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort | Ok, seperti yang dijanjikan, hari ni ciksun nak share tentang percutian ciksun dengan family my sister yang datang dari Shah Alam, hujung tahun lepas. Cuti Krismas 3 hari, kitorang spend masa bersama kat Johor ni. Hari Jumaat, family adik sampai rumah ciksun dalam pukul 12.30 tengahari gitu. Ciksun carpool dengan diorang, terus menuju ke destinasi yang dirancang, iaitu LEGOLAND Hotel Malaysia di Iskandar Puteri.

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

LEGOLAND Hotel Malaysia

Dalam pukul 1 lebih, kami sampai dan park dekat basement parking, bawah hotel. Parking kat hotel ni RM50 per day, tapi kalau uols duduk kat hotel sini, parking adalah complimentary. Jadi, kalau uols nak pergi attractions aje tanpa bercadang nak duduk LEGOLAND Hotel, boleh park dekat Zone 1 & 2 (RM10 per entry) atau kat Medini Mall. Murah sikit.

Nak pergi ke lobi dari basement, menapak sikit menuju ke main door dekat Lower Ground yang menghadap jalan ke LEGOLAND Waterpark, scan MySejahtera, check suhu dan sanitasi tangan sebelum menuju ke lif LEGOLAND Hotel. Masuk dalam lif, Aisyah dah teruja sebab lif ada lagu dan lampu disko. Haha.

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Naik ke lobi kat Ground Floor, terus berbaris untuk check in. Mulanya ingat nak letak beg je dulu kat concierge, tapi alhamdulillah dalam pukul 2 petang tu dah boleh masuk bilik. Proses check in pun senang aje, segala maklumat tentang aktiviti dekat lobi sempena Candyland celebration dan waktu operasi swimming pool diorang bagitau siap-siap. Mudah untuk kita plan masa sepanjang stay kat sini.

Kitorang stay bilik Adventure Theme dekat 6th floor. Tinggi betul. Syok la Aisyah dapat dance lama sikit dalam lif. Haha! Masuk aje dalam bilik, seronok lerr budak-budak tu tengok deko bilik cantik warna-warni and penuh dengan lego. Tapi paling diorang suka, tingkap bilik besar yang ngadap ke struktur depan hotel. Tak paham betul ciksun, apa yang best sangat sampai menari-nari dak Aisyah 😂

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Bilik ni ada 1 katil King dan 1 katil bunkbed yang bawahnya boleh tarik keluar jadi extra bed. TV ada dua, satu yang besar dekat ruang katil King, satu lagi yang kecik dekat ruang bunkbed. Bilik air satu, besar dan selesa. Ada shower dan dua sinki sekali dengan cermin. Satu sinki untuk dewasa, satu sinki khas untuk kanak-kanak. Towel dengan toiletries semua cukup. Yang bestnya, petang tu kitorang keluar pergi SEALIFE Malaysia kejap, balik dari sana, housekeeper datang bilik tanya nak towel lagi tak.

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Bukan tu je, minuman kat pantri pun boleh minta sekali petang tu, diorang akan tanya kita nak topup tak. Syok la dak Aisyah dapat VICO banyak. Air mineral pun ciksun minta topup sebab faham sangat esok mesti semua haus masuk Themepark and Waterpark. Dalam bilik takde iron dengan iron board, yang ni boleh call receptionist minta diorang hantarkan.

Adik Aisyah, dak Sarah kan toddler bawah 2 tahun. Kalau tidur hotel, ibu dia biasa minta baby cot. Alhamdulillah, masa call receptionist diorang cakap ada sediakan baby cot. Housekeeper hantar sekali dengan iron. Bila dah dapat baby cot, kita kena sign form dia sebagai tanda penerimaan lengkap baby cot tu. In case hilang apa-apa ke esok masa checkout, haa bayorrr lahhh!

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Benda special dalam setiap bilik kat LEGOLAND Hotel ni of course lah set-set legonya. Siap ada satu  kotak LEGO Duplo Set untuk budak-budak main dengan ibu ayah memasing. Aisyah bila ciksun tunjuk aje kotak tu, dia terus keluarkan semua LEGO tu tapi dia tak main sangat pun. Kejap aje dia teruja, lepas tu dia susun masuk kotak balik letak tepi. Hahahaha! Apo lahhh!

And lagi satu, dalam bilik ni ada treasure box. Kena selesaikan teka-teki yang diorang sediakan untuk bukak treasure box tu. Yang ni ibu aisyah yang teruja. Hahaha! Dia nak suruh Aisyah kira beetles, tapi budak tu susah nak fokus, asyik main lari ke sana sini aje dalam bilik. Tapi bila ayah Aisyah dah berjaya keluarkan treasure dari dalam box tu, Aisyah lah yang kemain paling gembira.

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Dapat dua set LEGO ni, dekat pek tu nampak kan untuk 6 tahun ke atas. Aisyah tak sesuai nak pasang sendiri, Sarah apatah lagi. Maka bunda lah yang jadi tukang pasang dengan gembiranya. Tak sempat nak ambil gambar LEGO nya dah jadi apa, tapi memang jadi mainan Aisyah sepanjang kat sana sampai lah balik KL. Satu pek tu figura lelaki dan perempuan, siap bagi nama lagi Siti dan Abu 🤣 Kalau hilang kepala Abu, nanti dia cakap "bagusnya Abu, tak sakit pun kepala hilang." Lagi satu pek tu figura anjing dua ekor dengan pinggan berisi tulang. Dia sebut "anjing Aisyah, haaa makan, makan!" 😂

Kita yang dengar pun rasa lapar. Apa kata kita pergi dinner dulu.

Bricks Restaurant at LEGOLAND Hotel Malaysia

Malam tu, mulanya kitorang plan nak order FoodPanda aje. Tapi rasa macam rugi pulak order FoodPanda, baik pergi makan buffet kat hotel ni alang-alang dah bercuti kan. Jadi malam tu lepas Maghrib, kitorang turun ke Bricks Restaurant kat level lobi. Sebab dah reserve awal-awal, kitorang dapat meja yang elok lokasinya. Hari tu pulak cuti Krismas, jadi tema makan malamnya Christmas Day Buffet Dinner.

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Nah menu yang ciksun pilih untuk diri sendiri. SOP kat restoran ni ketat ye, walaupun tema buffet, kita tak boleh ambil makanan sendiri. Staff restoran yang akan ceduk makanan untuk kita. Kita bagitahu aje staff yang bertugas, menu apa yang kita nak dari buffet depan mata tu, nanti diorang masukkan dalam pinggan. Barisan pun terjaga elok jaraknya antara tetamu yang lain.

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Sarapan pagi kami pun kat sini juga. Kena pilih slot waktu makan masa check in sebab setiap guest diberi slot 45 minit sahaja untuk jaga SOP. Pagi-pagi memang ramai yang turun breakfast, penuh restoran dengan manusia. Tapi makanan-makanannya memang sedap pun, ada Nasi Lemak, Nasi Goreng, Bihun Goreng, Mee Goreng, English Breakfast, Bun and Pastries dan macam-macam lagi.

SEA LIFE Malaysia

Kitorang pergi SEA LIFE Malaysia pada hari pertama. Petang lepas check in, kitorang masuk kejap kat Themepark untuk lunch, tengok apa yang ada sebelum ke SEA LIFE. Yang ni pun diorang ada limit berapa pax kat dalam. Kalau full capacity, diorang akan minta kita tunggu sekejap sampai guest sebelumnya keluar.

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Aisyah paling tak sabar nak tengok fish. Dari dalam Themepark lagi dia dah sebut-sebut bila nak tengok fish. Haha! Dah masuk dalam SEA LIFE, nahh tengok la fish puas-puas yeee. Sesambil tengok fish, boleh cari Candy tersembunyi di dalam akuarium. Sempena Bricktacular Holidays Candyland ni, diorang ada buat Candy Rush Challenge. Ambil semua gambar Candy yang uols jumpa, upload kat Instagram, letak hashtag #LEGOLANDMalaysia #SEALIFEMalaysia dan #Candyland.

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Kat kedai cenderahati hujung SEA LIFE nanti, tunjuk post kat Instagram tu kepada mana-mana Host yang ada kat situ. Haaa, boleh lah tebus gula-gula untuk Aisyah. Kakak tu suruh amek banyak-banyak, tapi genggaman Aisyah kecik sangat. Ibu dia tolong genggamkan kasi banyak sikit 🤣

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Bagi ciksun, SEA LIFE ni memang syok la bawak budak-budak sebab diorang kan suka tengok benda-benda camni. Tapi dak Aisyah tu, bila sampai akuarium besar kat hujung, dia gerun nengok ikan biru besar tu. Dah la muka menggerunkan, biru pulak tu. Aisyah nak pergi depan akuarium pun tak jadi, dia ke belakang balik bila nampak ikan tu. Hahaha!

Sampai ke hari esoknya dia duk sebut nak tengok fish lagi 🥰

LEGOLAND Malaysia Themepark

Meriah betul Themepark kalau musim Bricktacular Holidays ni. Banyak gilerrr aktiviti dekat depan pintu masuk, The Beginning tu. Ada Advent Calendar Lucky Draw kalau uols beli barang minimum RM50 dalam satu resit, boleh masuk cabutan bertuah. Petang-petang pukul 6.50 diorang akan cabut resit pemenangnya.

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Ada jugak Candyland-themed LEGO Builds untuk budak-budak besar sikit dari Aisyah. Acaranya adalah bina cupcake guna LEGO ye uolss. Bila dah siap, boleh lah ambil gambar sebagai bukti dan kena display bersama-sama LEGO cupcake yang orang lain dah siapkan.

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Kat pentas The Beginning tu jugak ada macam-macam live show termasuklah dari LEGO Friends. Masa tu kitorang tengah lunch kat restoran The Cafe sebelah The Beginning, nampak LEGO Friends tengah live show dari dalam restoran. Tak sempat habis makan, Aisyah dah ajak ayah dia keluar tengok LEGO Chef punya show pulak 😂

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Selain tu, ada macam-macam binaan kat The Beginning tu yang uols boleh bergambar dengan family termasuklah binaan dari LEGO. Disebabkan pergi time cuti Krismas, Santa pun ada yeee. Tiberr ciksun disuruh budak cameraman kat situ masuk bergambar dengan santa, sebab tu muka tak ready sangat tu. Tudung pun entah berapa kelim karipap tu! Haha!

Dah puas duk kat The Beginning, kitorang pun explore the park pulak. Berpeluang jugak la ibu ayah Aisyah naik roller coaster, bunda tolong jaga Aisyah and Sarah kat bawah. But Themepark bukan lah tempat yang sesuai untuk toddler (oh, toddler masuk percuma ya, tunjuk IC aje bukti umur bawah dua tahun) dan budak umur bawah 4 tahun. Banyak rides yang Aisyah tak boleh naik sebab tinggi tak cukup. Sampai nangis jugak dia bila nampak ibu ayah dia naik roller coaster and naik log boat terjun dalam air. Huk aloh, Aisyah. Nangis nak naik kunun, nanti dah naik, nangis nak turun pulak 😂

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Jangan tak tau, masa dia naik Beetle Bounce dengan ibu dia, time ride tu naik atas dia senyum lagi. Tapi bila benda tu da start bouncing, muka dia da mula berubah jadi cuak and dia terus nangis kat atas tu. Ahahahaha! Kelakor la Aisyah ni!

So, bunda tahu lah, Aisyah ni kena bawak ride yang slow and steady aje macam keretapi, observation tower tu ok lah. Sebab dia kan kecik lagi, masih takut-takut lagi dengan benda terkejut-terkejut ni. Kalau naik roller coaster, mau menangis! Tapi tunggu Aisyah besar sikit, okayyy! Nanti bunda bawak Aisyah lagi! Mana tahu masa tu Aisyah dah berani!

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Kat Themepark ni tak sah kalau tak singgah Miniland. Benda ni kan kat tengah-tengah park, jadi kalau cuaca panas, memang terik lah jugak. Kitorang jenjalan kat Miniland ni kejap sambil cari Gingerbread Men, jumpa la seketul, sebelum budak-budak dah mula menampakkan muka resah kepanasan.

Sebabkan hari panas, kitorang decide untuk keluar pergi Waterpark pulak.

LEGOLAND Malaysia Waterpark

Pertama sekali, toddler tak payah guna tiket biasa untuk masuk Waterpark ye. Just beli tiket khas untuk toddler RM11 aje kat main ticket counter Themepark. Kitorang tak tahu, memang rugi lerr pakai tiket biasa untuk Sarah masuk Waterpark. Takpe lah, lain kali dah tahu kannn, senanggg.

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Masuk sini, kitorang tukar pakaian dulu. Semua yang nak masuk main air kat Waterpark, kena bersihkan diri dulu. Kena mandi sebelum dan selepas ke Waterpark, kaedahnya. And kitorang sewa locker sebab barang banyak. Nak mengangkut masuk Waterpark macam leceh, so sewa aje lah sini. Just bawak benda penting aje masuk dalam.

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Locker dia ada saiz besar dan kecik, yang besar RM40 per day, yang kecik RM20. Kitorang ambik yang besar. Locker dia self-service, memula pening gak. Dah bayar semua, tiberr locker tak terbukak pun. Ooo, rupanya ciksun yang lambat nak bukak sebab dah confuse dengan warna locker dan warna untuk password. Yang bagusnya, password dia pakai tarikh lahir kita, so tak mudah la nak terlupa kan.

Masuk Waterpark, kitorang lunch dulu sebab dah tengahari. Lunch dekat Beach Grill, menu-menu dia macam lagi best dari kat The Cafe. Ada set Nasi Lemak, set Nasi Goreng dan mostly set Burger. Ciksun order BBQ Pulled Turkey Burger, yang ni kalau tak silap ciksun jenis limited time menu, sempena Krismas and New Year je ada, memang sedap, very recommended!

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Lepas masing-masing dah kenyang, haa apa lagiii. Pergi la mandi pool masing-masing. Ciksun jaga beg aje, tak rasa nak mandi pulak masa tu. Entah lerr. Tapi syok la tengok diorang gembira. Berapa kali nampak Aisyah tertelangkup dalam air, lepas tu bangun, nangis. Hahahaha! Suka betul dia dapat main air jugak akhirnya. Kitorang santai-santai aje sini, memang lebih banyak spend masa kat sini rasanya dari Themepark and SEA LIFE.

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Siap ada Surfer’s Retro Show kat Waterpark tu yee, tapi ciksun je lah yang tengoknye. Budak-budak semua tengah mandi dalam pool, tak perasan dah keriuhan kat depan Beach Grill tu. Takpe lah, nanti bunda bagi tengok video yeee Aisyah Sarah!

Hujung-hujung tahun gini, cuaca petang-petang tak berapa nak ok, pukul 3 aje mesti hujan. Langit pun gelap dan mula menunjukkan tanda-tanda guruh akan berdentum. Bila kilat memancar aje, lifeguard kat tepi-tepi kolam terus tiup wisel panjang menandakan semua aktiviti pool kena hold buat sementara waktu. Announcer pun minta semua keluar dari attractions buat sementara demi keselamatan masing-masing.

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Masa ni, Aisyah dan Sarah memang dengan bunda, dah tertidur dah dekat kerusi tunggu ibu ayah dia siap main water slide. Ikutkan dak Aisyah tu nak sambung mandi pool lagi tapi dah tertidur tu, kitorang decide untuk bersihkan diri dan keluar dari Waterpark.

Bricktacular Holidays Candyland Sehingga 19 Januari 2021

Fuhh, memang puas hati lah playcation ciksun dengan family dan anak buah weekend tu! Syok sebab penuh dan padat jadualnya walau tak sempat nak explore semua attractions. Jadi ciksun cadangkan, kalau uols datang sini, stay lama sikit 3H2M, must be cukup la untuk explore puas-puas semua attractions.

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Weekend Playcation Sempena Bricktacular Holidays Candyland di LEGOLAND Malaysia Resort

Bricktacular Holidays Candyland ni diorang buat sampai 19 Januari 2021 ya, haaa cepat-cepat la datang sementara masih ada pelbagai aktiviti menarik ni. Uols boleh terus book tiket dan book stay dekat website www.legoland.com.my. Psst, alang-alang tengah promo kan, jom weii kita beli Annual Pass! Rega 1-day ticket sama dengan rega Annual Pass untuk rakyat Malaysia, whatttt!!???

Tak boleh jadi ni, ciksun sendiri nak beli nanti 🤭

Adoi panjang betul ek entri ni? Gambar pun sebenornya banyak lagi tau! Ciksun share kat page FB Sunah Sakura aje. Nanti kalo uols nak tengok lagi gambar-gambar masa ciksun bercuti kat LEGOLAND Malaysia Resort ni, boleh tengok kat sana tau!

Post a Comment

7 Comments

  1. menarik g sini..bila musim covid nie mmg kesini la suzie bawa anak2..rasa selamat sikit..

    ReplyDelete
  2. Wahh seronoknya Aisyah dan Sarah ke Legoland. Best betul dok hotel legoland. Serba legoland dan serba lengkap. Serba selesa lah gitu. Saya ni bila nak sampai tak tau :)

    ReplyDelete
  3. Bestnya cik sun. Tak pernah sampai lagi Legoland. Setakat ambil gambar depan tu je. Saya suka themepark. Sehari memang tak cukup. Nantilah tunggu habis musim hujan

    ReplyDelete
  4. cantek hotel dia. mesti anak2 suka sakan kat sana

    ReplyDelete
  5. Bila la nak g JB lagi ni huhuh....

    ReplyDelete
  6. Semalam aku dah baca kat telefon, ni baru nak komen hahahaha..
    Ni laa entri terpanjang ko buat ek sampai kuar seketul je post at homepage hahahaha..
    Kemain happy Aishah!!!..

    ReplyDelete
  7. sealife memng tak pernah masuk lagi.nanti bolehla bawak bebudak ni pegi sane

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com