Alhamdulillah, Rezeki Nasi Mandy Ayam Sekor

Alhamdulillah, Rezeki Nasi Mandy Ayam Sekor | Semalam, makan malam kami ditaja sepenuhnya oleh sahabat blogger ciksun, Sis Lin. Alhamdulillah, terima kasih sis, ciksun faham dia rindu nak belanja ciksun makan tu. Sebab tu dia order dari kejauhan. Haaa gituhhh 😆

Sehari sebelum, sis dah tanya dah ada kat rumah ke tak semalam. Dia nak hantar makanan. Ciksun memang kat rumah je lah kalo PKP, melainkan siang almost five days a week ciksun kat office. Kadang-kadang je mood nak WFH, ciksun tak pergi office.

Petang semalam, dalam pukul 6.40 petang, driver Grab Express Delivery sampai depan rumah ciksun. Sedulang sesuatu diserahkan, ciksun balas dengan ucapan terima kasih. Lari-lari anak penuh kebahagiaan masuk dalam rumah. Terus letak dulang atas meja.

Alhamdulillah, Rezeki Nasi Mandy Ayam Sekor

Tu diaaa, sedulang Nasi Mandy dengan seekor ayam ye. Baunye aje dah sedap, tak sabar sungguh masing-masing nak makan. Nasi dia tu sedap sangat, rempahnya kena dengan anak tekak ciksun. Ayam dia besar, lembut dan sedap. Dak Ibah pulak menambah: sambal tu sedap, dia suka sebab sama macam yang dia makan kat Jordan dulu.

Alhamdulillah, Rezeki Nasi Mandy Ayam Sekor

Semua ni, seller letak dalam dulang aluminium nipis yang cantik. Suka sangat sebab boleh pakai balik dulangnya in the future. Satu dulang ni kitorang makan berenam, banyak kali tambah nasi. Ingatkan nak suku-suku separuh, memang hancusss sebab berganda-ganda suku ciksun ceduk nasi 🤣

Alhamdulillah, Rezeki Nasi Mandy Ayam Sekor

Kalau uols yang duduk sekitar JB nak order, boleh contact nombor dekat sticker tu ek. Ni bukan review berbayar, tapi sebab sedap memang ye sedappp sangat, semua puas hati. Jadi kita share lah supaya orang lain pun boleh rasa!

Alhamdulillah, terima kasih Sis Lin berkongsi rezeki. Semoga Allah murahkan lagi rezeki sis sekeluarga, dan diberi kesejahteraan serta kesihatan yang baik sehingga akhir hayat. Ameen!

9 comments:

  1. Wah makan busat dia ye... Eh Eh CNY lambat lagi hahaha

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Habis ke makan sekor ayam tu ek

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah rezeki sesama kita..
    Nanti aku rindu aku hantar lagi makanan hahahahahah :p

    ReplyDelete
  4. sedulang nasi dgn sekor ayam mmg lumayan tu

    ReplyDelete
  5. Puas hati dapat makan nasi mandhi sedap! Ayamnya pun kemain lagi tenggek atas nu...terliur tengok tau!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Wah seronoknya ada sahabat blogger yang support mcm ni.. sedap nampak ayam tu...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..rezeki..sedapnya nasi mandy. bau rempah dia tu buat rasa tak sabar nak makan.

    ReplyDelete
  8. Whoa.. Untung behtul.. Bila dah rezeki tertulis tu... Ya sis.. i know ini bukan Review berbayor.. Bahahahhaaha.. Nanti leh try gaks..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com