Terima Kasih Blogger Anak Omak | Alhamdulillah, rezeki tak terduga pada Tahun Baru Cina. Hari tu, blogger Ako Retna atau lebih manja dengan panggilan kak Ret, ada buat segmen dekat blog dia. Segmen "Menuju ke Satu Juta", mencari pembaca yang berjaya snap angka 1,000,100 atau mana-mana yang terdekat.

Kebetulan masa ciksun masuk blog kak Ret, angkanya menunjukkan 1,000,099 tapi ciksun tak snap la pulak. Ciksun kebingungan kejap beberapa saat ke satu minit, then ciksun refresh..ehhh, dah jadi 1,000,103! Hahaha! Alamak, terlepas! Tapi ciksun tetap snap dan hantar ke email kak Ret. Mana la tahu, ada rezeki kann huhu.

Dan akhirnya kak Ret umumkan nama pemenang segmen, alhamdulillah ada nama ciksun! Yeehaaa, gembira tak terkata! Dah lama tak menang segmen, gitu lah kekdahnya. Haha. Dan Sis Lin pulak dapat snap angka kurang satu nombor je dari ciksun. Perghhh, memang rezeki memasing lah ni. Syukurrr.

Hadiahnya? Hari yang ciksun hantar email tu jugak la kak Ret dah whatsapp tanya ada kat rumah ke tak masa cuti CNY. Mesti lah ada kat rumah, tak pergi mana-mana pun huhu. Tempahan brownies yang nak delivery pun customer tukar kepada self pickup. Jadi, ciksun memang di rumah je lah.

Yang kelakornya, masa orang tu delivery gift dari kak Ret, ciksun tengah mandi. Housemate cakap ada orang datang. Ciksun ingatkan customer ciksun yang datang amek brownies. Beria ciksun bersiap lelaju dan ambil kotak brownies pergi depan. Tiberr nampak seorang lelaki bawak kotak kek depan rumah. Ehhhh.

Hahahah! Kufikirkan nak bagi brownies kat customer, rupanya ciksun yang dapat kek 😂

Terima Kasih Blogger Ako Tetap Ako

Ni haa, kak Ret bagi surprise delivery kek dari The Kukus. Cantik betul keknya. Chocolate Moist Cake dengan lelehen Cream Cheese dua tingkat. Dihiasi dengan beberapa biji buah beri biru dan strawberi. Ada cake topper bertulis Congrats kat atasnya. Nampak sedap dan menyelerakan nafsu makan seketul ciksun yang tengah diet. Haha!

Terima Kasih Blogger Ako Tetap Ako

Ada lilin bunga api tu sekali tapi ciksun tak pasang pun, simpan aje. Segan pulak nak pasang haha! Ciksun ambil gambar kek nya, kemudian bawak ke meja depan TV, nak makan dengan housemate semua. Masa nak potong kek tu, ciksun tarik lah perkataan Congrats tu supaya senang nak potong. Tiber macam berat lak nak tarik, eh ada benda bersambung dengan cake topper tu.

Terima Kasih Blogger Ako Tetap Ako

Hahahahahhahahahahahhaha!!! Tergelak ciksun sebab kak Ret kenakan ciksun dengan double surprise! Selalu nampak orang lain dapat kek tarik-tarik duit gini, now ciksun sendiri pulak yang dapat. Sape ada follow ciksun kat IG, boleh nampak story ciksun tarik duit ni keluar dari kek Jumaat lepas. Nak tengok sekarang, dah takde dah 😝

Alhamdulillah atas rezeki ni. Terima kasih kak Ret atas surprise delivery dan hadiahnya. Tak sangka sampai gitu sekali haa hadiah yang dapat, kita join pun suka-suka support aje. Hihi. Semoga Allah murahkan lagi rezeki kak Ret sekeluarga dan diberi kesihatan serta kebahagiaan berpanjangan, dipermudahkan urusan dunia juga akhirat. Ameen ameen.

Yang lain tak sure la dapat apa, maybe hadiahnya berlainan antara satu sama lain ekk. Kreatif betul kak Ret ni.

Nanti hantar la surprise lagi 😜