Happy Chinese New Year 2021

Happy Chinese New Year 2021 | Esok merupakan tarikh penting untuk masyarakat berbangsa Cina. Setiap tahun, masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baru Cina (Chinese New Year) mengikut kalendar qamari Cina.

Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Untuk tahun 2021 ni, ciksun dah nampak dah dari hujung tahun lepas, Lembu atau Ox menghiasi iklan-iklan sale untuk Tahun Baru Cina. Tahun ni mengikut kalendar diorang adalah Tahun Metal Ox, salah satu daripada lima elemen Ox.

Persediaan dan Cara Sambutan Tahun Baru Cina 2021 di Malaysia
  • Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru
  • Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang
  • Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau
  • Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin
  • Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin
  • Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang
  • Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei

Info: MySumber

Happy Chinese New Year 2021

Untuk rakan-rakan ciksun yang menyambut perayaan ni,
ciksun ucapkan Happy Chinese New Year 2021 kepada uols!

Xin Nian Kuai Le
Selamat tahun baru

Gong Xi Fa Chai
Tahniah moga mendapat lebih kekayaan / Berbahagia dan cepat kaya

Mesti sekarang tengah kumpul reramai lepas makan besar.
Raya, raya juga. Teruskan stay safe and #kitajagakita ๐Ÿ’–

20 comments:

  1. Replies
    1. betul..lengkap sudah semua kaum beraya ikut SOP

      Delete
  2. Baca entry ni terus rasa nak pergi dapur makan limau

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tahun ni saya dapat 4 biji limau je kak..haha..alhamdulillah

      Delete
  4. Kawan PC sedih dia tak dapat balik kampung. Sementara moga air mata kali ini diganti dengan kebahagiaan kelak.

    ReplyDelete
  5. Selamat bercuti. Kurang meriah sikit CNY tahun ni. semua kena ikut SOP selagi belum habis pandemik Covid-19.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...raya ke tak raya, tetap kena patuhi SOP

      Delete
    2. Giliran kita berpuasa dan raya nanti macamana pulak kan, harapnya cepatlah berakhir new norma ni..nak hidup normal macamm dulu.

      Delete
  6. baru nk beli limau mandarin kat tesco tadi malam dh habis., huhuhu

    ReplyDelete
  7. Happy CNY! aaaa. esok dah naik kirijaaaa. huhu

    ReplyDelete
  8. CNY yang agak sendu tahun ni. Mercun pun tak semeriah dulu

    ReplyDelete
  9. Banyak ke tu dapat angpow hehehehe

    ReplyDelete
  10. gong xi fa cai.. rindu sambut raya cina kat kampung sebab jiran org cina mmg happening

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com