Gurindam Jiwa

Gurindam Jiwa by Dayang Nurfaizah & Hael Husaini



Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

6 comments:

  1. eh eh bdk dowang ni, bila la nak kawen?
    #ehtetiba hahhaha

    ReplyDelete
  2. Suara duo ni tak pernah mengecewakan. Memang sedap didengar selalu.

    ReplyDelete
  3. Suka sangat lagu ni, dok ulang ulang..sedap pulak lagu lama ni kan :)

    ReplyDelete
  4. Dah bau nasi minyak laaaa... sweet sangatt...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com