Hello March!

Hello March! | Assalamualaikum dan selamat petang semua.. Orang lain da hampir setengah hari pertama Mac, ciksun baru nak update hello. Haha! Adehh, kebizian hari ni. Ye lah, semalam kan hujung bulan, hari ni pulak awal bulan. Sibuk kutip sewa kunun. Sepatutnya semalam dah setel operasi hantar invois sewa bulan baru kepada penyewa, tapi Allah nak bagi cuti. Tak sampai setengah jam duduk kat office, ciksun dah gerak balik ke rumah semula.

Diserang gastrik pulak semalam, alhamdulillah mujur ciksun cepat sedar simptom dia. Sempat lah ciksun drive balik rumah dan cari ubat. Ubat gastrik ciksun kat bilik housemate sebab dia pernah kena gastrik juga dalam berapa bulan yang lepas. Kali pertama cari, tak jumpa. Sampai Kak Ajan pun tolong cari, tak jumpa juga. Hampir-hampir nak ke klinik dah, baru la housemate ciksun reply ubat tu dekat mana. Alhamdulillah tak payah pergi klinik sebab ubatnya masih ada baki dua kapsul lagi dan belum expired.

Jangan kecam, yeee sebenarnya dah lama tahu tapi kadang-kadang terlupa. Lepas da jumpa ubat dan google tu ubat yang betul, baru la tersedar tak boleh share ubat kita dengan orang lain sebab mungkin penerimaan mereka terhadap ubat tu tak sama dengan kita. Boleh memudaratkan kalau tiba-tiba orang lain ada alahan terhadap kandungan dalam ubat kita tu. Aduhh, terhantuk sekejap kepala. Ok, ok lepas ni ingat.

Macam mana boleh kena serang gastrik lagi?

Pagi semalam, ciksun lapar dan lambat sarapan. Dalam pukul 10 baru nak breakfast. Ciksun makan baki Nasi Kari Kambing Adabi dengan kuah kurma dan acar jelatah yang ciksun masak hari sebelumnya. Yee, acar jelatah guysss. Terlupa sungguh ciksun masa tu, ada cuka dalam acar dan perut ciksun kosong! Patut lah semacam aje lepas makan tu. Sikit je pun makannya tapi perut terus kembung dan rasa macam kenyang dia tu boleh sampai ke petang. Ish, pelik sungguh.

Bila da sampai office baru la rasa lemah semacam dah. Rasa loya dan nak muntah pun ada, perut gru gru gru. Alamak, tak boleh jadi ni. Tanda angin dah start datang selang dua minit. Bahaya. Ciksun bagitahu dekat officemate nak balik sebab dah rasa macam gastrik. On the way balik rumah tu, nak singgah isi minyak pun tak jadi takut jatuh terjelepuk. Erkk! Alhamdulillah sempat sampai rumah dengan selamat.

Itu lah kisah pada hari terakhir bulan Februari ciksun. Sampai tergendala banyak benda. Huhu.

Welcome March

Hello March 2021

Make today better 💕

Tak pe lah, benda dah jadi. Now dah hari baru, dah masuk bulan baru. Jadikan semalam sebagai pengajaran dan iktibar. Kena beringat-ingat dah lepas ni, supaya tak terjadi lagi. Takut sangat-sangat kalau gastrik macam dulu.

Bila tak sihat, banyak benda akan terjejas. Kerja-kerja kita terutamanya, banyak yang akan tergendala. Kalau efek kita seorang, tak apa. Tapi bila dah memberi kesan kepada orang lain sekeliling kita, haa jadi tak sedap hati dibuatnya.

Uols pun jaga kesihatan ya!

6 comments:

  1. jaga diri aok.. Mun kamek kenak masa preggy tok, sik cukup makan mula laa palak macam mok pitam jak. hehe

    ReplyDelete
  2. allah sakitnya kena gastrik!!
    Paling seriau bila salah makan ubat..berdebo2 dada...
    pape pun semoga cepat sihat... n pasni bole makan sedap-sedap lagi

    ReplyDelete
  3. Allahu. Mujur selamat sampai kat rumah. kena take note dan lebih careful lepas ni. take care. Semoga cepat sihat. Aamiiin...

    ReplyDelete
  4. Hati- Hati ye Sunah...welcome March..hope tahun ni bonus berbunga- bunga..ehhh...hahahahaha...boleh x?

    ReplyDelete
  5. Ooo lama tak jumpa ko ek.. ada rezeki jumpa laa kita Isnin depan hehehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com