Ticker

6/recent/ticker-posts

Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru | Tinggal berapa hari je lagi nak masuk bulan Ramadhan, macam mana persiapan menyambut bulan puasa uols? Ciksun punya persiapan biasa-biasa saje, setakat cukupkan stok kurma untuk berbuka, instant oat untuk sahur, heavy meal pulak nanti fikir. Dah decide nak berbuka dengan apa, baru beli barangnya.

Agak-agak tak sempat nak berfikir, ciksun ajak uols berbuka puasa dekat Thistle Johor Bahru aje lah, aci tak? Start dari 13 April hingga 12 Mei 2021, diorang ada buat buffet Ramadhan "Selera Malaysia" dekat Orchid Ballroom, bermula pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam setiap hari. Pelbagai menu kegemaran rakyat Malaysia, masakan kampung dan juadah keluarga menanti uols kat sini.

Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Antara menu highlight diorang adalah Kambing Kuzi, Kari Kepala Ikan Bertairu, Nasi Briyani Gham, Rendang Ayam Kampung, Rendang Rusa, Ayam Opor Maharani, Talapia Goreng Masak Sambal Belado, Pecal Jawa dan aneka pencuci mulut berasaskan durian di Durian Delights section.

Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Sepanjang Ramadhan nanti, menu akan bertukar-tukar dengan 5 rotating menus, yang dibahagikan pula kepada tujuh hidangan utama di Lapan Kawah, Rencah Timur Tengah, Western Corner, Bakar-bakar, Salam Aneka Johor, Tradisi Ramadan dan Durian Delights tadi.

Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Sup Tulang Merah tu antara febret ciksun, sedap gilaaa kuah sup dia, walaupun ciksun takde la expert sangat makan sup tulang macam tu. Kalau orang lain, mesti dah cari straw dan sedut sum sum dia, tapi ciksun pulak korek-korek cari isi daging belah keliling tulang aje. Haha!

Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Kat bahagian bakar-bakar pulak, ada BBQ Beef Brisket, Grilled Lamb Chop, Chicken Wing, Ikan Caru Bakar, dengan Satay Ayam dan Daging. Beef Brisket tu sedapp, kali pertama ciksun rasa daging lembu lebih sedap dari kambing 🤭

Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Orchid Ballroom kat Thistle Johor Bahru ni merupakan function room terbesar kat hotel ni, boleh memuatkan bilangan tetamu sehingga 500 orang (theatre-style), dan boleh dibahagi kepada tiga bilik kecil dengan muatan tempat duduk dari 100 hingga 150 sebilik mengikut SOP.

Ok lah, kalau uols nak book voucher buffet Ramadhan kat sini, better beli awal sebelum 12 April 2021. Oh, hari ni last day uols boleh grab rega Early Bird! Cepat!

Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Selera Malaysia
Orchid Ballroom, Thistle Johor Bahru

13 April - 12 Mei 2021
6.30 petang - 10.00 malam

Harga biasa:
RM118nett per Dewasa
RM58nett per Kanak-kanak (6 - 12 tahun)
RM58nett per Warga Emas (60 tahun ke atas)

Harga Early Bird (beli sebelum 12 April 2021):
RM98nett per Dewasa
RM48nett per Kanak-kanak (6 - 12 tahun)
RM48nett per Warga Emas (60 tahun ke atas)

Untuk tempahan atau pertanyaan:
🕿 +607 222 9234
📧 fnbcoordinator.jb@thistle.com.my

Post a Comment

2 Comments

  1. Buffet di Thistle tak pernah mengecewakan

    ReplyDelete
  2. Lauk pauk tradisional yang sedap. cencaluk pun ado! Jarang hotel hidangkan cencaluk. Memang kena dengan citarasa masakan melayu :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com