Dah Masuk Fasa Bertukar-tukar Kuih Raya

Dah Masuk Fasa Bertukar-tukar Kuih Raya | Hari tu ciksun ada kongsi tentang cenderahati tupperware raya dari Prof dan Boss ciksun. Rupa-rupanya aktiviti tukar-tukar kuih raya belum tamat lagi. Hari ni, staff company satu lagi merangkap tenant bagi kuih raya jugak.

Kuih Tart Nenas

Tart Nenas untuk my boss, Batang Buruk untuk ciksun dan officemate. Alhamdulillah. Hari Khamis minggu lepas pun ada juga tenant bagi kuih raya, tapi lupa pulak ciksun nak ambil gambarnya. Ada kat rumah dah kuih raya tu. Tahun ni tak beli kuih raya, buat pun tak kot. Dah banyak jugak yang orang bagi, kang tak habis membazir pulak.

Kuih Batang Buruk

Kek Lapis Sarawak? Brownies? Pun ciksun tak buat. Beli aje kat Shopee. Huhu, tahun ni tak rajin sungguh! Dengan keadaan mak mertua yang kurang stabil juga. Tapi alhamdulillah lepas CT Scan pagi tadi, doktor cakap brain semua ok. Mak cuma hypo aje dan terlalu banyak berfikir sampai jantung jadi lemah sangat.

Mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya. Ameen.


P/S: Alhamdulillah atas rezekinya, terima kasih encik suami.

7 comments:

  1. wahh nmpk sedapp kuih tart tuuh 😅

    ReplyDelete
  2. Kann. Raya tak semeriah dulu-dulu sebelum pandemik melanda. Nak buat kuih sendiri pun macam tak berbaloi.

    ReplyDelete
  3. Kann. Raya tak semeriah dulu-dulu sebelum pandemik melanda. Nak buat kuih sendiri pun macam tak berbaloi.

    ReplyDelete
  4. Byk ke dpt kuih2nya tu ciksun😁

    ReplyDelete
  5. Samalah Cik Sun, saya pun membeli je di shopee hehehe. Senang.
    Alhamdulillah tak ada yang serious, semoga mak mertua Cik Sun cepat sembuh seperti sediakala.

    ReplyDelete
  6. Favourite tu tart nanas. Alhamdulillah kesihatan mak mentua bertambah baik. Sejak pandemik ni membuatkan kita banyak berfikir. Harap harap semua ni akan berakhir.

    Samalah kita, tahun ni apa kuih pun tak buat. huhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com