Ticker

6/recent/ticker-posts

Menu Takeaway & Delivery dari Serendah RM80 oleh Impiana Hotel Senai

Menu Takeaway & Delivery dari Serendah RM80 oleh Impiana Hotel Senai | Waktu PKP 3.0 ni, kebanyakan ibu-ibu ada di rumah. Sama ada yang memang surirumah mahupun yang Work From Home (WFH), tiap hari kena masak untuk keluarga dan anak-anak. Boleh tepu juga kepala otak nak fikirkan menu apa nak masak hari-hari. Belum cerita bab nak pantau anak-anak ber-PDPR lagi. Ibu-ibu yang WFH, ciksun tengok banyak juga mengadu berganda-ganda kerjanya sepanjang musim PKP 3.0. Semoga dipermudahkan urusan semua.

Untuk ibu-ibu yang takde idea dan takde masa nak memasak, ciksun cadangkan boleh juga ambil tempahan takeaway atau delivery untuk makan tengahari dan makan malam. Sekitar Johor Bahru ni banyak jugak restoran dan hotel yang sediakan tawaran takeaway dan delivery. Salah satu daripadanya adalah Impiana Hotel Senai. Ciksun yang bukan golongan ibu-ibu ni pun dah try jugak menu Takeaway & Delivery Impiana Hotel Senai ni beberapa hari lepas.

Menu Takeaway & Delivery dari Serendah RM80 di Impiana Hotel Senai

Ciksun order Western Set untuk 4 - 6 orang makan, harganya RM183 nett per set. Order awal within seminggu sebelum delivery. Aha, ciksun pilih untuk delivery ke rumah je sebab belum berapa berani sangat nak keluar sejak jadi bekas pesakit COVID-19 sebulan berapa hari yang lepas. Jarak dari Impiana Hotel Senai ke rumah ciksun dalam 15 minit perjalanan. Pukul 12 lebih sikit tengahari, staff diorang dah sampai depan rumah dengan van hotel. Dengan sopannya ucap salam dan bagitahu nak hantar makanan.

Menu Takeaway & Delivery dari Serendah RM80 di Impiana Hotel Senai

Siap ber-face-shield dan ber-face-mask juga bersarung-tangan. Bagus, jaga SOP. Ciksun minta dia letak makanannya atas meja kecil sebelah pintu rumah. Nak kurangkan contact dengan orang luar, ni rules yang kitorang buat sejak sebulan lepas. Tiga kotak besar berwarna hitam dengan logo Impiana Hotel Senai diletak atas meja, bersama dua botol F&N Grapes. Terima kasih, encik!

Apa yang ada dalam menu Western Set ni?

Nah, tengok apa yang ada ya!

Menu Takeaway & Delivery dari Serendah RM80 di Impiana Hotel Senai
Caesar Salad

Menu Takeaway & Delivery dari Serendah RM80 di Impiana Hotel Senai
Seafood Aglio Olio

Menu Takeaway & Delivery dari Serendah RM80 di Impiana Hotel Senai
Roasted Chicken with Mushroom Sauce

Menu Takeaway & Delivery dari Serendah RM80 di Impiana Hotel Senai
Hawaiian Pizza

Menu Takeaway & Delivery dari Serendah RM80 di Impiana Hotel Senai
Mushroom Soup

Menu Takeaway & Delivery dari Serendah RM80 di Impiana Hotel Senai
Grilled Fish in Lemon Butter Sauce

Menu Takeaway & Delivery dari Serendah RM80 di Impiana Hotel Senai
Lamb Chop with Black Pepper Sauce

Menu Takeaway & Delivery dari Serendah RM80 di Impiana Hotel Senai
Cream Cake

Menu Takeaway & Delivery dari Serendah RM80 di Impiana Hotel Senai
FREE 1 Kid's Meal for every set purchased, yang ni Fish & Chips

Dan 2 bottles of softdrink macam dalam gambar atas sekali. Amacam, berbaloi-baloi tak? Ni, kitorang makan berlima. Tengahari, saya dan dua orang housemate aje ada kat rumah. Sebelah petangnya kami ulang untuk makan malam dengan lagi dua orang yang baru balik dari kerja. Alhamdulillah, portionnya memang lebih dari cukup, puas hati makan! Kalau enam orang, memang cukup sangat lah!

Paling kitorang suka antara semua menu tu, Seafood Aglio Olio dia. Sesedap rasa, spaghetti al dente, tak terlalu keras, tak terlebih masak. Seafood meriah, siap ada ketam seekor. Roasted Chicken dia pun sedap, segala sos yang disertakan dengan main course pun nice dan sesuai dengan menunya. Masalahnya, Caesar Salad tu je punnnn housemates ciksun suka gila sebab saladnya fresh and crunchy. Dapat pulak dengan dressing yang sepadan, berulang-ulang diorang makan.

Menu Takeaway & Delivery dari Serendah RM80 di Impiana Hotel Senai

Hawaiian Pizza tu recommended, sedap dan tak terlalu overwhelmed topping dia. Yang kelakarnya, tak sempat ciksun nak panaskan untuk lagi dua orang tu makan sebelah petangnya, diorang dah suap masuk mulut dari peti sejuk. Dah lapar sangat agakanya, tak dan nak tunggu masuk air fryer. Haha! Nasib baik masih lembut lagi walaupun dah sejuk. Oh, paling best, setiap pembelian set dapat FREE 1 Kid's Meal, sama ada Fish & Chips atau Spaghetti Carbonara.

Menu Takeaway & Delivery dari Serendah RM80 di Impiana Hotel Senai

Ok guyss, kalau uols nak order menu-menu Takeaway & Delivery dari Impiana Hotel Senai ni, boleh terus order dengan diorang ya! Harga dari serendah RM80 aje untuk 4 hingga 6 orang makan. Menu-menu ala carte pun ada. Promosi ni akan berterusan sampai further notice. Kalau uols tak dapat nak pickup sendiri, diorang boleh delivery ke rumah uols with charge. Details semua ciksun sertakan kat bawah ni. Uols klik-klik aje ya!

Menu Takeaway & Delivery dari Serendah RM80 di Impiana Hotel Senai


⏰Takeaway: 11:00am - 7:00pm
🚗Delivery: 11:00am - 6:00pm

*Terms & conditions apply

Post a Comment

8 Comments

  1. Wawww,
    Warna warni gitu,
    sungguh menyelerakan...

    ReplyDelete
  2. Awal betul order seminggu before delivery. Banyaknya menu. Terliur tengok fish & chips. lama tak makan. Favourite tu :)

    ReplyDelete
  3. Meriahnya makanan (mata blink blink), hahaha :P .
    Murah juga serendah RM80. Hari tu ada kawan order RM180, menu dia banyak juga. nak try la nanti.

    ReplyDelete
  4. Bila tengok ni rasa berbaloi dengan harga CikSun. Puas hati. Baru tengok. Kalau ada depan mata mahu PC lompat bintang ni. Ngences PC.

    ReplyDelete
  5. Nanti aku nak order gak laaa, tunggu abang aku balik next week maybe..

    ReplyDelete
  6. Pakej dia best,..makanan pun looks tempting...bestnyaaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com