Ticker

6/recent/ticker-posts

Sedapnya Daging Harimau Menangis Hany Thai Kitchen Ni!

Sedapnya Daging Harimau Menangis Hany Thai Kitchen Ni! | Masya Allah, sedap gilaaa! Beberapa hari lepas, ciksun order Daging Harimau Menangis by Hany Thai Kitchen ni dekat JDT Blogger, Farahuda. Satu bungkus lebih kurang 350 gram, harganya RM25 aje. Tapi sebungkus tu kalau makan 1 - 2 orang, ok lah. Ciksun beli dua bungkus untuk makan sama-sama dengan housemates. Huda delivery sampai ke rumah. Tu lah kali pertama ciksun jumpa orang luar sejak sembuh dari COVID-19.

Sedapnya Daging Harimau Menangis Hany Thai Kitchen Ni!

Dalam pek ni ada Daging Harimau Menangis yang dah siap diperap dengan perapan istimewa diorang dan juga sos Thai. Masa mula-mula ciksun belek tu, tak bukak peknya lagi, ciksun tertanya-tanya jugak. Kat mana lah sos nya? Betul ke ada sos? Eh, Huda lupa bagi ke sos?

Sedapnya Daging Harimau Menangis Hany Thai Kitchen Ni!

Rupa-rupanya, haa gitu pek sos dia terselit juga kat dalam pek daging ni. Nipiss aje, tapi saiznya sepertiga dari pek tu lah. Memang cukup-cukup sedang elok portionnya dengan portion daging. Sos Thai tu sedap gila tau, dan ada potongan daun ketumbar dalam tu. Jadi wangiiiii aje sos nya.

Sedapnya Daging Harimau Menangis Hany Thai Kitchen Ni!

Sedapnya Daging Harimau Menangis Hany Thai Kitchen Ni!

Sedapnya Daging Harimau Menangis Hany Thai Kitchen Ni!

Ciksun bakar dalam frying pan aje. Tak buh minyak apa, just tuang terus dalam kuali leper tu. Bakar guna api kecik sampai air daging kering. Separuh masa terakhir, ciksun tutup kuali. Entah ek, lupa pulak kenapa tutup masa tu. Kalo nak kata bagi cepat kering, tak juga. Tapi orang putih bakar daging, mesti nak tutup griller kan?

Sedapnya Daging Harimau Menangis Hany Thai Kitchen Ni!

Senang sangat proses membakarnya. Tak payah susah-susah. Alhamdulillah. Dalam 20 minit jugak lah ciksun membalik-balikkan daging sekali-sekala, supaya dagingnya masak sekata. Maybe sebab api kecik jugak kot, amek masa sikit nak masak sempurna. Dekat pek takde pulak instruction nak masak berapa minit. Jadi, ikut kita je lah. Hihi.

Sedapnya Daging Harimau Menangis Hany Thai Kitchen Ni!

Nah, menggoda tak kejadiannya? Sedap weiii, sumpah! Ciksun masa tu kan deria rasa tak berapa betul lagi. Tapi rasa sedapnya tu bila daging tu cicah dengan sos Thai tu ha. Pedas ada sikit-sikit. Tapi tak lah terlalu pedas. Ok-ok je.

Kalau uols yang duduk area JB, boleh order dengan Huda ya! Wassap aje --> Daging Rimo Nangis

Alhamdulillah, ciksun da makin sihat. Cuma perubahannya akan jadi cepat penat, batuk-batuk on off, perut pun mudah sakit kalo tersalah makan, terutama yang pedas-pedas. Jalan kat AEON sikit jumpa klien, tak sampai sejam pun, masa turun kat exculator, dengar degupan jantung and rasa mengah sebab berjalan banyak. Tapi orang kata jadi pelupa tu ye. Tengah edit gambar, lupa ape keyboard function nak besarkan saiz gambar, padahal selama ni tu lah rutin harian 😓

And ada juga simptom yang tak tertulis pun dalam fakta Post COVID-19 Syndrome tu. Paling ketara, lepas dah potong gelang hari tu, jari-jemari ni cepat kecut kalau buat kerja berkaitan dengan air. Tengah mandi tak sampai 2 minit, jari da kecut. Masak kat dapur, main dengan air kat sinki, habis telapak tangan sekali kecut. Minum air CoolBlog order dengan FoodPanda, tangan yang pegang cup CoolBlog tu abis kecut. Adehhh. Nak cakap dehydration, minum banyak jugak air. Mungkin ade sistem saraf dalam badan belum recover sepenuhnya lagi.

But syukur deria rasa dan bau da start nak baik. Dah boleh bau najis kucing dalam toilet, hahaha! Da boleh rasa sedap makanan walaupun kadang-kadang on off jugak. Makan Semur Ayam sendiri masak, rasa tawar padahal orang lain cakap sedap gilerr. Adoii!

Doakan ciksun makin sihat tau!


P/S: Kecoh semalam pasal Siti JamuMall tertukar anak lepas bersalin dekat Hospital Umra Shah Alam. Aduhai, kalau kena kat diri sendiri, tak tau la nak cakap macam mana. Pengajarannya lepas ni, kalau bersalin dan nak bawak balik anak, jangan tak check tag nama mak kat baby tu dulu. Itu pun nasib baik ek ada lagi tag tu, nurse tak potong sebelum bawa balik macam ada sesetengah hospital. Huhu. Alhamdulillah dah selesai isunya dan kedua-dua ibu pun dah jumpa balik anak masing-masing - Aisar dan Aiman.

Post a Comment

10 Comments

  1. Memang sedappp pun daging harimau hany thai kitchen ni Cik Sun, pernah viral beberapa kali haritu hehehe. Apa apa pun, saya doakan Cik Sun makin sihat! Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Sos dia kalau ada hirisan daun ketumbar barulah lagi bertambah selerA

    ReplyDelete
  3. akak pun kalau beli daging harimau menangis ni bakar guna frying pan je...akak doakan Sunah sihat seperti biasa ye..

    ReplyDelete
  4. perghhh nampak menarik daging nya....
    sellau dok baca org makan tp x teringin lagi nak cuba...
    ekceli apa yang lain daging ni ye?

    ReplyDelete
  5. Terliur la pulak. In sya Allah bila dah ok semua, boleh minta tolong sepupu belikan bawa balik kampung bila PC boleh balik kampung.

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan lagi tapi kawan2 opis cakap sedap jugak.

    Kesiannya baca pasal jari kecut tu. yang normal pun rasa tak selesa bila jari kecut apatah lagi kalau berendam air 2 minit pun dah kecut ni. Stay safe kak sunnah :)

    ReplyDelete
  7. thank you kak sun support <3

    ReplyDelete
  8. tengok ke gambar terliur habis.. nak kena cari ni..


    jemput singgah sini ya https://saripkay.com/

    ReplyDelete
  9. Sampai sekarang tak pernah cuba lagi sebarang daging harimau menangis. nak nangis pulak kita. Sos sedap memang sedap betul lah cerita dia. Alhamdulillah kesihatan dah bertambah baik.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com