Review Novel: Menebus Rindu oleh Hany Hisham Musa

Review Novel: Menebus Rindu oleh Hany Hisham Musa | Bukan senang ciksun nak habiskan novel fiksyen setebal 415 mukasurat macam ni. Dah lama tak membaca macam dulu-dulu, ambil masa lama sikit nak habiskan. Ditambah dengan pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sebulan dua ni, lagi melambatkan proses pembacaan.

But alhamdulillah, ciksun berjaya habiskan baca novel ni dua malam yang lepas dengan linangan air mata yang tak sempat kering 😥

Review Novel: Menebus Rindu oleh Hany Hisham Musa

Novel Menebus Rindu, mengisahkan tentang pengalaman hidup Azim dan Khadija, dua insan dari dunia berbeza, dipertemukan dalam keadaan yang tidak dijangka. Perkenalan dalam suasana yang begitu tragis, akhirnya mengubah persepsi mereka tentang kehidupan dan Pencipta.

Review Novel: Menebus Rindu oleh Hany Hisham Musa

Permulaan novel menyebabkan ciksun tertanya-tanya macam mana diorang boleh berjumpa, dan apa sebenarnya yang berlaku kepada diorang hingga hidup diorang pernah bertukar 360°. Latar masa di permulaan novel adalah hari ini, kemudian pembaca dibawa menyorot kembali peristiwa dalam hidup Khadija dan Azim bermula dari penghujung seperempat awal novel.

Review Novel: Menebus Rindu oleh Hany Hisham Musa

Kisah tentang Khadija yang putus cinta kemudian berubah untuk mengejar semula cintanya agak meleret, nasib baik lepas tu masuk kisah Azim yang rasanya lebih hidup dan dekat dengan realiti. Ciksun juga suka bila dah masuk latar tempat Sri Lanka, penulis berjaya meletakkan ciksun dalam jalan cerita, rasa macam betul-betul ciksun ada dekat sana dengan segala bayangan yang begitu terperinci. Buat ciksun rasa nak backpacking jugak ke sana satu hari nanti, insya'Allah ❤️

Review Novel: Menebus Rindu oleh Hany Hisham Musa

Tak sangka, pertemuan tragis Azim dan Khadija begitu singkat dan ringkas di seperempat akhir novel ni, namun mampu mengubah haluan hidup Azim ke arah yang sepatutnya. Ada ayat yang buat kita terpukul dan muhasabah diri, ada ayat yang buat kita mengalirkan air mata keinsafan. Paling ciksun tak sangka, air mata ciksun mengalir deras masa scene Khadija bertemu dengan ayah kandungnya. Allahu, bersyukur sangat masih kenal mamak dan bapak dari lahir.

Review Novel: Menebus Rindu oleh Hany Hisham Musa

Review Novel: Menebus Rindu oleh Hany Hisham Musa

Huraian surah Ad-Dhuha juga buat kita berfikir macam Azim, selama ni tak kaji secara mendalam pun tafsirnya.

Walau ada beberapa typo, tapi ni cetakan pertama, bila ciksun berbual dengan penulis, katanya dah banyak yang diperbetulkan untuk cetakan seterusnya, alhamdulillah.

Sebab nilai dalam novel ni sangat bagus, ciksun rekemen sangat untuk uols membacanya. Boleh terus DM penulis di instagram @mhanyhisham untuk maklumat lanjut ya! Atau kalau nak beli sendiri, boleh search dekat Shopee or pergi kedai-kedai buku berdekatan uols, macam POPULAR.

Atau kalau uols nak direct order melalui ciksun pun boleh. Harga novel RM32 + RM6 kos pos, total RM38. Nanti kalo nak order, just whatsapp aje ciksun tau! 

Review Novel: Menebus Rindu oleh Hany Hisham Musa

P/S: Dan siapa tahu ada antara doa kalian yang Allah makbulkan untuk ciksun sembuh melawan COVID-19, masya Allah 🌸

Review Novel: Menebus Rindu oleh Hany Hisham Musa

Hany Hisham Musa berasal dari Kuala Terengganu dan menetap di Kuala Lumpur. Lulusan Sarjana Muda Kejuruteraan, beliau pernah berkerja sebagai Jurutera sebelum bergiat sepenuh masa sebagai penulis. Novel debut beliau berjudul Antara Langit, Bumi dan Dua Hati. Dipacu minat mengembara, beliau mula berjinak dlm dunia penulisan dgn menulis artikel travelog utk majalah Libur. Artikel travelog beliau juga pernah memenangi "travelogue of the month" dan tersiar dalam majalah kabin pesawat Air Asia Travel 3Sixty. Selain travelog, beliau juga gemar menulis cerpen. Cerpen-cerpen tulisan beliau pernah disiarkan di beberapa akhbar utama seperti Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.

5 comments:

  1. Sedihnya bila perhubungan putus di tengah jalan lepas tu berjumpa semula. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Bagus juga bagi pengajaran pada pembaca bukan sekadar kisah cinta semata-mata. Ada huraian surah juga. Thumbs up untuk penulis.

    ReplyDelete
  2. Baca novel ni dia macam satu ketagihan tau. Tambah-tambah kalau jalan cerita dia best & menarik.Kalau tak ada kekangan masa nak membaca, silap2 dalam 1 hari pun boleh habis baca 😁.

    ReplyDelete
  3. suka novel yg boleh buat kita muhasabah diri

    ReplyDelete
  4. Alamak macam kisah akak..hubungan putus, kemuadian bertemu semula..tapi takut untuk menjalinkan ikatan percintaan kembali...alahaiiii....akak suka novel yang ending dai buat kita tertanya- tanya apakah kesudahan.. samada happy ending atau terus menjauhkan diri demi kebaikkan...

    ReplyDelete
  5. mesti dia selitkan jugak pengalaman dari profession dia dalam cerita tu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com