Ticker

6/recent/ticker-posts

Grab Melebar Usaha #TechUntukSemua untuk Membantu Peladang dan Peniaga Durian Tempatan

Grab Melebar Usaha #TechUntukSemua untuk Membantu Peladang dan Peniaga Durian Tempatan | Tiada siapa menafikan buah durian semakin menarik perdebatan antara yang menggemar dan yang tidak menggemar raja buah ini, khususnya dikalangan rakyat Malaysia. Dengan bau yang menyesakkan, isi yang harum dan rasa pahit dan manisnya, tidak hairan durian kini mencapai reputasi yang hebat - sama ada dengan yang gemar atau benci buah ini. Bagi kita warga Malaysia, masa yang ditunggu-tunggu sepanjang tahun telah tiba - inilah musim durian!

Namun musim durian kali ini tiba ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa sepenuhnya, dan ramai kalangan penjual dan peladang durian - terutama peniaga kecil  meluahkan kebimbangan akan berlakunya lambakan stok durian. Lebih-lebih lagi arahan melarang menjamu selera di kedai, membuatkan para peniaga kecil ini terpaksa mencari jalan untuk memenuhi permintaan dan idaman pelanggan.

Grab Melebar Usaha #TechUntukSemua untuk Membantu Peladang dan Peniaga Durian Tempatan

Oleh demikian, sebagai sebahagian daripada matlamat #TechUntukSemua yang berhasrat memperkasa peniaga kecil memanfaati ekonomi digital, Grab kini memfokus kepada para peniaga durian. Langkah ini membolehkan warga Malaysia mendapat bekalan durian dengan mudah, serta membantu para peniaga dan peladang durian melebarkan keseronokan menikmati raja buah itu kepada semua penggemar.

Hassan Alsagoff, Ketua Pemasaran Wilayah Grab Malaysia, berkata, “Di Grab, kami sentiasa berusaha memain peranan memberi sokongan kepada para peniaga kecil dan tradisional yang menjadikan Malaysia ini unik. Inisiatif GrabDurian kami adalah acara tahunan untuk membantu peniaga dan peladang durian yang menanti-nantikan musim durian yang sememangnya jangkamasa paling sibuk untuk mereka. Pandemik ini memberi tekanan tambahan kepada industri ini dan kami berperanan untuk membantu para peniaga dengan menjadikan mereka ini sebahagian daripada penggiat ekonomi digital dan sekaligus membolehkan mereka menerus dan memajukan bisnes masing-masing mengguna ruang dan peluang yang dikenal pasti dapat melaris dan menguntungkan jualan. Ketika seluruh Malaysia berjuang mengharungi waktu yang penuh mencabar ini, kami berharap dapat melaksana tanggungjawab membantu warga kita meraih kejayaan sedaya mungkin dengan sokongan daripada pelanggan.”

Grab Melebar Usaha #TechUntukSemua untuk Membantu Peladang dan Peniaga Durian Tempatan

Dapatkan keperluan anda, sama ada anda penggemar mahupun yang benci durian

Oleh kerana setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza terhadap buah ini, Grab ingin memastikan supaya setiap penggemar dan yang kurang minat dengan durian mendapatkan keperluan mencukupi bagi menghadapi musim durian yang dinanti-nantikan ini. Bagi sang penggemar, Grab membantu mempromosi segala yang berkaitan dengan durian seperti buah durian segar, juadah pemanis mulut perisa durian, pastri dan seumpamanya. Bagi yang kurang menggemari durian, anda boleh mendapatkan keperluan seperti penghapus bau durian (: perlengkapan anti durian) supaya musim kali ini lebih mudah diharungi dengan produk seperti sarung tangan, pembasuh dan pembilas mulut, penyegar udara dan banyak lagi.

Grab Melebar Usaha #TechUntukSemua untuk Membantu Peladang dan Peniaga Durian Tempatan

Pengguna Grab juga berpeluang menikmati penjimatan sehingga 50% atas produk daripada pedagang seperti Durian Man, Lubuk Durian, Purple Monkey, Watsons, Guardian dan lain-lain lagi.

*Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai promosi di musim durian ini, sila klik SINI.

Luahan hati peniaga dan peladang durian

Grab Melebar Usaha #TechUntukSemua untuk Membantu Peladang dan Peniaga Durian Tempatan

Cheah Kim Wai, DurianMan SS2: Dengan SOP dan peraturan yang ketat tahun ini kerana pelaksanaan PKP, kami terpaksa mengharungi penurunan dalam bilangan pelanggan yang dahulunya menikmati durian di kedai jualan serta menambah pesanan untuk membawa pulang. Tahun ini kami terpaksa menerima pesanan daripada para pelanggan setia menerusi panggilan telefon dan mesej Whatsapp. Kami bersyukur kerana jualan bertambah baik setelah menyertai Grab sebagai platform penghantaran dalam talian dan kami mendapat respon positif daripada pelanggan yang datang sendiri mengambil pesanan atau yang dihantar menerusi Grab ke kediaman masing-masing. 

Grab Melebar Usaha #TechUntukSemua untuk Membantu Peladang dan Peniaga Durian Tempatan

Romi Hidayat Zainintawa, Rizky Durian: Tidak boleh dinafi bahawa tahun ini telahpun membawa banyak cabaran kepada kami. Kami terasa terkilan dengan penurunan pesanan daripada pelanggan yang turut menjalankan bisnes kecil-kecilan di warung masing-masing ketika arahan PKP yang mengekang perjalanan dan larangan pelanggan makan dalam premis. Akibatnya, kini terdapat isu lambakan stok durian, kadang-kadang saya sendiri terpaksa menghantar pesanan kepada pelanggan. Selepas menyertai Grab, para pelanggan setia saya dapat membuat pesanan dengan penuh selesa daripada kediaman masing-masing - iaitu secara dalam talian. Tahun ini juga kami dapat ramai pelanggan baharu. Ada kalangan pelanggan yang membuat pesanan berkali-kali untuk diri mereka dan rakan serta taulan kerana menikmati khidmat penghantaran mudah.

Post a Comment

7 Comments

  1. Nice usaha.. siap buat penjimatan tuuu

    ReplyDelete
  2. Bagus. Pesan, bayar, tunggu dan nikmati.

    ReplyDelete
  3. Wahh bagus ni. untuk pencinta durian dan pembenci durian pun ada boleh sembur sembur hilangkan bau durian. Terbaik Grab!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com