Ticker

6/recent/ticker-posts

Ar-Rahnu Express Beroperasi Setiap Hari, Tawar Bantuan Pembiayaan Kepada Pelanggan

Ar-Rahnu Express Beroperasi Setiap Hari, Tawar Bantuan Pembiayaan Kepada Pelanggan | Malaysia kini berada dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan pandemik COVID-19, yang melibatkan pembukaan sektor-sektor yang terpilih sahaja mengikut kapasiti pekerja yang telah ditetapkan. Penutupan beberapa sektor lain seterusnya memberi impak dari segi ekonomi dan kewangan kepada rakyat di mana ada antara mereka terpaksa diberhentikan kerja atau kehilangan mata utama pencarian di samping simpanan wang yang semakin menyusut. Ini menyebabkan segelintir masyarakat terpaksa bergantung kepada aset emas simpanan mereka bagi menampung perbelanjaan harian. 

Ar-Rahnu Express Beroperasi Setiap Hari, Tawar Bantuan Pembiayaan Kepada Pelanggan

Bermula dengan pembukaan cawangan pertama di Ampang pada tahun 2010, Ar-Rahnu Express kini mempunyai lapan cawangan di seluruh Malaysia dan telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan. Merupakan salah sebuah jenama di bawah kumpulan HABIB, Ar-Rahnu Express menawarkan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah Islam dan pembiayaan mikro yang mudah dan pantas untuk membantu orang ramai menukarkan emas mereka kepada tunai. 

Ar-Rahnu Express Beroperasi Setiap Hari, Tawar Bantuan Pembiayaan Kepada Pelanggan

Kesemua cawangan Ar-Rahnu Express kekal beroperasi setiap hari sepanjang tempoh PPN, termasuk hari-hari cuti umum yang terpilih. Semua cawangan beroperasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan setiap kakitangan telah dilatih untuk mengendalikan transaksi dengan cekap menurut SOP yang ditetapkan termasuk:
  1. Kod MySejahtera disediakan di laluan masuk setiap cawangan dan kesemua kakitangan dan pelanggan diwajibkan untuk mengimbas kod sebelum dibenarkan masuk. 
  2. Penyediaan cecair sanitasi di pintu masuk dan di setiap kaunter
  3. Pemeriksaan suhu untuk semua kakitangan dan pelanggan.
  4. Mensanitasi ruang transaksi termasuk meja, kerusi dan peralatan selepas selesai setiap transaksi. 
  5. Proses sanitasi berkala dilakukan di setiap cawangan Ar-Rahnu Express.
  6. Semua pegawai khidmat pelanggan Ar-Rahnu Express telah divaksinasi sebagai satu langkah keselamatan tambahan untuk para pelanggan.

Ar-Rahnu Express Beroperasi Setiap Hari, Tawar Bantuan Pembiayaan Kepada Pelanggan

Ar-Rahnu Express menawarkan perkhidmatan pembiayaan kepada pelanggan melalui pajakan atau gadaian emas. Selain itu, kami turut menerima pelbagai jenis barangan emas seperti jongkong emas dan dinar emas, emas pelbagai mutu daripada 999 sehingga emas 375, emas putih, emas Oro Italia 916® dan emas rosak. Ar-Rahnu Express juga  menerima berlian dan barangan kemas batu permata dan mutiara sebagai barang pajakan, seterusnya menawarkan lebih pilihan kepada pelanggan.

Ar-Rahnu Express Beroperasi Setiap Hari, Tawar Bantuan Pembiayaan Kepada Pelanggan

Selain itu, untuk peniaga-peniaga kecil dan usahawan-usahawan yang mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan juga boleh mendapatkan modal pusingan dengan hanya mencagarkan barangan kemas atau menjual emas lama mereka bagi mendapatkan tunai dengan segera tanpa sebarang komitmen. Ini kerana Ar-Rahnu Express (di bawah Koperasi Habib Malaysia Berhad) juga menawarkan servis pembelian barang kemas dan kami menawarkan harga yang kompetitif dalam pasaran. 

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Ar-Rahnu Express amat mudah di mana para pelanggan yang berusia 18 tahun ke atas hanya perlu membawa kad pengenalan atau passport dan barangan kemas untuk dicagar atau dijual bagi mendapatkan pembiayaan dan pulangan tunai, dan perkhidmatan ini terbuka untuk warganegara dan bukan warganegara. Ar-Rahnu Express turut menawarkan pelbagai perkhidmatan percuma seperti ujian mutu emas, pengiraan zakat emas dan khidmat cucian emas. Perkhidmatan tambahan yang diberikan ini adalah untuk menjamin keselesaan pelanggan selari dengan slogan Ar-Rahnu Express iaitu “Peace of Mind” atau ketenangan fikiran.

Ar-Rahnu Express Beroperasi Setiap Hari, Tawar Bantuan Pembiayaan Kepada Pelanggan

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman sesawang Ar-Rahnu Express di arrahnuexpress.com dan ikuti Instagram (@arrahnuexpress) dan Facebook (Ar-Rahnu Express) untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan Ar-Rahnu.

Post a Comment

1 Comments

  1. Semoga perkhidmatan yang ditawarkan dapat membantu mereka yang memerlukan semasa pandemik ni.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com