Inilah Hobi Baru PPN, Jemput ke Kebun Sekangkang Kucing Ciksun

Inilah Hobi Baru PPN, Jemput ke Kebun Sekangkang Kucing Ciksun | Entah sejak bila exact date ciksun start semua ni. Yang pasti dalam fasa PPN lah. Banyak duduk rumah musim PPN, suka tengok Youtube life sharing dekat countryside sambil buat kerja. Rasa menenangkan aje tengok. Kadang tu buka sebab nak dengar muziknya aje. Lama-lama jadi suka pulak, terus subscribe.

Antara Youtuber kategori ala Liziqi yang ciksun subscribe adalah:

Youtuber Vietnam yang menetap di German bersama suami dan seorang anak perempuan yang masih kecil. Dulu diorang duduk balkoni aje, suka tengok mini kebun dekat balkoni dia. Rasa kagum sangat sebab tak sangka boleh buat balkoni sampai jadi macam nursery. Bulan lepas, dia dah pindah dari rumah apartment ke rumah landed di countryside. Lawa gilerrr rumah baru dia!

Inilah Hobi Baru PPN, Jemput ke Kebun Sekangkang Kucing Ciksun

Youtuber Indonesia bernama Syifa yang tinggal bersama suami dan seorang anak lelaki di Pamulihan Sumedang, Jawa Barat, Indonesia. Channel ni baru je ciksun jumpa berapa minggu lepas, terus subscribe sebab masakan dia ala-ala masakan kita. Best sikit kot bole tiru idea memasak. Diorang bercucuk tanam depan rumah aje. Suka tengok kebun diorang bersih dan kemas.

Inilah Hobi Baru PPN, Jemput ke Kebun Sekangkang Kucing Ciksun

Youtuber Jepun yang ciksun tak sure lah dia duduk Jepun ke atau luar negara. Dia ada laman yang sederhana besar, tanpa tanah macam ciksun. Semua simen. Tapi dia antara youtuber petani yang gigih buat para sendiri guna kayu. Kagum ciksun dengan dia, teringin juga nak buat sendiri tapi tengok rega drill kat Shopee, ciksun batalkan aje lah niat, haha! 

Inilah Hobi Baru PPN, Jemput ke Kebun Sekangkang Kucing Ciksun

Youtuber Jepun yang menetap di countryside Amerika bersama suami dan haiwan peliharaannya. Tak ingat pulak dia dah ada anak ke tak, macam ada tapi tak sure lah. Suka tengok kehidupan dia yang sangat menenangkan. Menariknya, semua haiwan, tumbuhan, dan objek dalam video dia ada dialog. Haha, comel pulak!

Inilah Hobi Baru PPN, Jemput ke Kebun Sekangkang Kucing Ciksun

Ni Youtuber Korea Selatan, selalu share masak-masak guna tanaman di sekitar rumah dia atau pun yang dia beli. Ni pun lebih kurang macam nekoniwa gak, ada kucing kat rumah dia. Ciksun rasa dia belum kahwin lagi, duduk dengan parents dia, tapi entah lah ek. Sebab kekadang privacy ni diorang simpan baik-baik.

Inilah Hobi Baru PPN, Jemput ke Kebun Sekangkang Kucing Ciksun

Ok, lima ni lah yang paling ciksun suka tengok selain Liziqi. Liziqi kan sekarang agak slow update. Sebulan sekali, kadang dua bulan sekali. Yang kat atas ni ada lah dalam seminggu atau dua minggu sekali. Bila follow ramai sikit, takde la kita boring atau tertunggu-tunggu nak tengok update dari Liziqi.

Bila dah asyik tengok rancangan gini, jadi teringin pulak nak buat kebun sendiri. Kalo yang duduk rumah balkoni pun boleh bercucuk-tanam, takkan kita yang rumah landed ni tak boleh kan? Dengan limited space dan takde laman bertanah, ciksun start sikit-sikit.

Awalnya, ciksun try tanam microgreens je dulu. Yang hanya perlukan tray hidroponok dan tak payah guna tanah. Antara microgreens yang ciksun dah pernah tuai adalah Alfalfa, Matsuyanagi, Red Amaranth, Broccoli, Red Radish, Carrot, Maple Peas dan Peas Shoot.

Tanam Microgreens di Rumah

Dari kategori kekacang pulak, pernah buat Green Beans (tauge) sendiri, try jugak Black Beans, Red Beans dan Soybeans. Tapi yang tiga tu susah sikit, mencabar dan tak jadi sangat. Cabaran nak semai microgreens ni adalah biji benih akan mudah rosak sebab kulat akan muncul bila kita terlebih spray air. Air berlebihan tu tak diserap sepenuhnya oleh biji benih, mengundang bau seakan yis dan lengas. Kalau lambat detect, muncul lah ulat.

Then ciksun semai juga biji benih sayur yang akan dimakan hari-hari, beli tanah, beli pasu, beli rak pasu. Sebab tu masa birthday ciksun, housemates hadiahkan rak pasu dengan pokok tu. Ciksun try tanam pak choy, kangkung, sawi, bendi, kacang buncis renek, kacang panjang renek, tomato renek, tomato moneymaker, aneka cili, daun bawang besar, daun bawang putih, kobis, daun sup, daun ketumbar, timun jepun, dan banyak lagi. Jemput tengok pokok-pokok kat kebun ciksun.

tanam cili, tomato dan lobak di rumah

tanam daun ketumbar, daun kesum dan daun bawang

tanam kangkung, kobis dan pak choy di rumah

tanam kunyit, halia, kacang buncis renek dan bayam di rumah

tanam mulberry, strawberry, bendi dan timun jepun di rumah

tanam daun pudina dalam pasu

semai sawi kailan jepun dan herba

Semua masih kecik lagi. Belum cukup matang untuk dituai dan dibuat masak. Tapi alhamdulillah, puas hati bila nampak diorang sihat dan membesar. Ada jugak pokok daun kari, daun limau purut, daun pandan dan serai tapi pokok-pokok yang ni ciksun tanam dah lama dulu, dah besar semua. Dalam pasu besar dekat luar pagar. Pokok tanaman hiasan pun ada juga tapi nanti ciksun share dalam entri lain ya!

Kadang-kadang ada jugak serangan makhluk perosak. Awal-awal dulu, ciksun gigih rawat koya dekat pokok limau dengan pokok cili. Benci betul serangga tu sebab nanti semut datang reramai kerumun dia. Memula ciksun buat racun organik sendiri, guna bawang putih, cili padi, dengan sabun cuci pinggan. Tak jalan kooo! Gigih ciksun join group berkebun dekat FB, tengok ramai juga ada masalah yang sama. Dan ramai juga yang promote produk masing-masing. Entah kenapa, satu hari tu ciksun tertarik nak try S7Guard, racun serangga organik juga katanya.

S7Guard Cecair Kawalan Serangga dan Baja Foliar

Memang berkesan bila guna, kalo bau pun macam ada bau bawang dan cili. Orang kata, biasanya racun serangga organik yang dijual ni ada sukatan yang tepat sampai boleh matikan dan jauhkan serangga perosak walopun dia guna bahan yang sama aje dengan kita.

Berkebun di Rumah

Ciksun siap beli rainshade tu untuk teduhkan pokok dari kena hujan. Panas tu tak kisah sebab laman depan rumah ciksun memang dapat cahaya matahari pagi sampai tengahari, lepas tengahari, dah tak kena cahaya matahari dah. So, memang nice sangat lah lokasi tanaman tu. Alhamdulillah.

Encik suami mula-mula dulu macam tak bagi jugak ciksun beli barang-barang pertanian ni, rak pasu pun dia tak kasi beli. Tapi bila ciksun bagitahu yang ciksun tanam pokok untuk dimasak, baru dia bagi green light. Ye lah, boleh jimat kat situ, kalo semua jadi elok, tak payah beli kat luar tiap minggu. Cuma modalnya pun banyak juga nak start. Bila semua dah ada, alhamdulillah tinggal beli biji benih aje lah.

Ni pun, housemate nak try buat hidroponik pulak. Bagus juga sebenarnya, boleh jimat beli tanah dan pokok lebih terpelihara daripada serangga perosak yang selalu datang dari dalam tanah.

Uols doakan lah ya, semoga tanaman ciksun sihat-sihat dan subur semuanya hingga boleh dituai. Ameen!

P/S: Malaysia pun ada wei Youtuber ala Liziqi, nama dia Marbitter, cuma dia tak banyak bercucuk tanam, duduk dekat Terengganu dengan mak dia. Content banyak bab masakan Malaysia guna tanaman sekitar rumah. Pun seronok jugak tengok. Jemput support!

22 comments:

  1. suka tengok semua tanaman cik SUn, akak paling jeles tengok ketumbar tu... akak tanam dari benih asyik tak hidup je sampai putus asa hahahha....

    akak mula bercucuk tanam dari pkp tahun lepas, paling seronok bila kita dapt tuai hasil tanaman kita... seronok dia lain macam heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketumbar tu alhamdulillah biji benih beli kat shopee, high germination rate..tabur je kat tanah..dalam seminggu da bercambah dah..hari tu pasu besar, rebah ke bumi sebab budak2 bulus main kat kebun..nak nangis rasa, selamatkan mana yang boleh masuk pasu kecik..tu je la yang tinggal..huhu

      kann, seronok rasanya walopun lambat lagi nak tuai..haha

      Delete
  2. Nampak macam ada makhluk nak selongkar pasu Cik Sun tu, jaga2 Cik Sun, karang dia tolong membaja pulak, adeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ui kak, memang da menyelongkar...hari esoknya lepas amek gambar ni, abis pasu tomato tu diorang korek..hahahahah!

      nasib baik "baja"nya takde, kat luar jugak dia membaja..

      Delete
  3. Kuc9ng ko tak makan ek daun tu, kucing aku daun pandan daun kari aku pun dia bedalll.. gerammm jee..
    Nanti bila ada datang sini aku belanja ko pokok pokik pokuk pokak yaaaaa

    ReplyDelete
  4. Dalam banyak-banyak tanaman Cik Sun itu, pokok ketumbar jawa paling susah nak hidup. Banyak kali tanam, mati juga akhirnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli anak pokok dekat shopee...da pakai gak tu sekali dua...mula2 risau juga takut tak boleh tahan lama..alhamdulillah da tumbuh pucuk baru..dia takleh kena panas..kena tempat teduh...

      Delete
  5. Bahagia tau bila apa yang kita usahakan berhasil, walau kecil-kecilan. Bila nampak apa yang disemai mula hidup tumbuh dan bertunas. Rasa macam nak nangis pun ada.

    ReplyDelete
  6. Hahaha k ret mmg tangan panas.. Buat apa mesti x menjadi nasib baik la ada mama uyum... Dia ni jenia buat apa semua menjadi haha.. So ni pun dia buat tanam sayur2 utk dia masak blkg rumah.. Tanam dlm pasu je.. Alhamdulilah nnt nak try suruh dia tanam salad plk.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ret nak baca ceramah tak? :p

      takde tau sebenarnya tangan panas tangan sejuk ni..dia kena belajar..nak bercucuk tanam, kena dengan ilmu juga..kalo tak, kita mungkin tersilap apa2 yang buat pokok tu tak jadi...haa gituhhh lah yang kawan2 dalam FB group Berkebun untuk Beginner selalu share..

      Delete
  7. saya pulak suka tengok channel Dianxi Xiaoge. seronok betul tengok suasana dipenuhi tanaman hijau dan masak cara tradisional. ini ada yang terjebak jugak kang. Nak tanam herba herba untuk kegunaan harian pun best gak. Semoga berhasil hobi baru ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayuhhh tanam! tu ada jugak semai herba tu...dalam kotak telur tu ha...ade thyme, oregano, rosemary dengan basil..curly parsley pun ada tapi dalam pasu semaian lain..

      Delete
  8. Harap menjadi bercucuk tanam. Nanti bolehlah tunjuk-tunjuk tanaman yang berjaya ditanam.

    ReplyDelete
  9. Semoga menjadi tanamannya.
    Salam bertani

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen! terima kasih wak! sumber inspirasi bertani!

      Delete
  10. suka content natural macam tu. aritu pun addicted kejap layan video liziqi kat youtube. nanti boleh tru usha youtuber lain yang kak sun mention ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeeee, rasa tenang je kan! and addicted terus..tak tau kenapa..hahahahha

      Delete
  11. daun kesum entah berapa puluh kali gaknya mati..hahaha..last-last beli jelah bila nak guna..seronok tengok vlog-vlog kat atas tu.Bestlah duduk kat kampung gitu ek

    ReplyDelete
  12. Jimatttt..xyah beliiii ..nice..... aaa.. nak singgah la nantiii .. Hahahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com