Hadiah Pokok dan Rak Pasu dari Housemates

Hadiah Pokok dan Rak Pasu dari Housemates | Sebenarnya yang ni pun ciksun tak expect adalah hadiah birthday. Dak Nani lah, dalam dua minggu lepas, asyik cakap nak beli pokok. Ciksun pun tunjuk kat dia pokok yang ciksun jumpa dekat Shopee. Pokok Njoy kaler hijau putih. Warna yang sangat kontra. Cantik pada pandangan mata ciksun. Sekadar cadangan untuk dia sebab dia cakap tak tahu nak beli pokok apa. Dia tunjuk la pokok-pokok mak dia kat kampung, ada jugak pokok kaler hijau putih, yang penting bukan keladi. Lepas tu perbualan terhenti di situ.

Keesokkan harinya, dia tanya dalam whatsapp group, "kak Sunah ada kat rumah ke tu?" Ciksun jawab lah, ada. Memang tak ke mana pada hari tersebut, WFH aje. Dia pun gitau, ada pokok on the way. Erkk! Dah beli rupanya. Haha! Ciksun masih anggap tu pokok yang dia nak beli untuk tambah kat laman kebun depan rumah kami tu. Dak Ibah lak asyik "jeng jeng jeng" dalam group. Tak faham ciksun dibuatnya.

Bila dah sampai, ciksun keluar lah jumpa orang yang nak delivery pokok tu. Tiga pasu dia bawak, satu adalah Ficus elastica 'Tineke' yang berwarna hijau putih dengan sedikit hint kaler pink, satu pasu pokok Rama-rama (Oxalis), dan satu lagi orang tu bagi percuma, Spider plant. Setahu ciksun, pokok Rama-rama tu kesukaan Ibah. Memang semalamnya ada cakap kat Nani, Ibah suka pokok tu. Tak sangka pulak dia beli juga. Haha.

Hadiah Pokok dan Rak Pasu dari Housemates

Bila tunjuk kat Ibah, dia cakap la "tu semua pokok kak Sunah lah!" Aik? Tak faham. Rupa-rupanya Nani pura-pura tanya pasal pokok tu sebab nak tau ciksun teringin pokok apa. Dia nak hadiahkan pepokok rupanya. Alahai bebudak ni. Hahaha! Lagi bertambah kelakornye dan surprise nye tu bila parcel Ibah dari Shopee sampai pada hari yang sama.

Dia suruh ciksun bukak parcel dia. Ha?? Blur sungguh la ciksun ni. Hahahaha!

Ibah dah plan dengan Nani awal-awal, Nani beli pokok, Ibah belikan rak pasu. Alo comel sangat adik-adik ciksun ni! Haha!

Hadiah Pokok dan Rak Pasu dari Housemates

Hadiah Pokok dan Rak Pasu dari Housemates

Ni la rupa rak pasu dan pokoknya. Alhamdulillah, terima kasih korang! Kena jaga leklok la ni ek. Tu pun ciksun da pecah-pecahkan lagi Spider plant tu kepada tiga pasu. Kucing-kucing kat rumah ni suka pokok tu. Bagi la satu kat diorang nanti. Haha!


P/S: Sekarang ni musim hujan, bila la rain shade ciksun nak sampai ni. Kesian pokok-pokokku.

24 comments:

  1. sweetnya cik Sun oi.... cantik rak tu... akak pun skrg pengumpul rak pasu ada dua dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh..saya ada satu lagi yang belum pasang..hahaha! tunggu penghadang hujan sampai baru nak pasang dia..

      Delete
  2. boleh tambah lagi tu pokoknya...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai da tak cukup rak ni kak..hahahahahhahahah

      Delete
  3. alahai comelnya.. sorg bg rak pasu sorg bg pokok!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah
    Dapat hadiah pokok yang diidamkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah wak...alhamdulillah..sekarang pun saya da jadikan bercucuk tanam sebagai hobi ni wak..masya Allah menenangkan rupanya aktiviti ni!

      Delete
  5. Cantik pokok tu . Kalau nak beli berpuluhan ringgit juga tu

    ReplyDelete
  6. wah..sweetnya..dapat hadiah pepokok lagi..:)

    ReplyDelete
  7. Cantik rak tu. Best kan dapat hadiah pepokok ni.

    ReplyDelete
  8. Cute alu jak rak yaa. dengan kelatah orang rumahnya.

    ReplyDelete
  9. Waaa banyaklah pepokok ko ekkkk.. nanti aku bagi balakkk hahahahaa

    ReplyDelete
  10. Cantiknya pokok Ficus elastica Tineke tu. Teringin nak beli tapi memikirkan sekarang tengah mood down dengan tanaman. Jadi simpan dulu hasrat menambah pokok. Alhamdulillah..dapat pepokok cantik. Pandai dorang tag team risik risik tanya pokok apa. Tahu tahu dah sampai rumah hadiahnya.

    ReplyDelete
  11. Seronoknya, dapat hadiah rak pasu, dapat hadiah pokok! Moga hidup subur.

    ReplyDelete
  12. Comel je housemate cik Sun buat surprise. Boleh bayangkan cik Sun blur kena bukak kan parcel orang lain. Hihi

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com