Ticker

6/recent/ticker-posts

Jacob’s Menyemarakkan ‘Gerakan Kebaikan’ dalam Kalangan Rakyat Malaysia Sempena Merdeka Ini

Jacob’s Menyemarakkan ‘Gerakan Kebaikan’ dalam Kalangan Rakyat Malaysia Sempena Merdeka Ini | Jacob’s menginspirasikan rakyat Malaysia untuk ‘bergerak’, di samping memperkenalkan Jacob's Baked Crisps baharu yang merupakan snek yang lazat, sihat dan bukan goreng | Berikutan ‘lockdown’ dan sekatan pergerakan yang tidak berkesudahan, ramai rakyat Malaysia kini menjalani gaya hidup tidak aktif, tanpa menyedari impak negatifnya terhadap kesihatan mereka. Bagi membantu rakyat Malaysia menghindari gaya hidup sedemikian, Jacob’s menggalakkan semua untuk mengamalkan ‘Gerakan Kebaikan’ ke arah pilihan kehidupan yang lebih sihat sempena Merdeka ini.

Jacob’s Menyemarakkan ‘Gerakan Kebaikan’ dal	am Kalangan Rakyat Malaysia Sempena Merdeka Ini

“Jacob's telah berada di Malaysia sejak 68 tahun dahulu, dan selama ini, kami sentiasa terdorong untuk membantu rakyat Malaysia makan dengan baik dan berasa positif. Menerusi ‘Gerakan Kebaikan’, kami ingin menegaskan, sekecil manapun sesuatu ‘gerakan’ dalam kehidupan harian kita, ia cukup bermakna dalam membantu kita kekal sihat. Kami menggalakkan rakyat Malaysia agar membuat pilihan yang betul – tidak kira ‘bergerak’ ke arah snek yang lebih sihat, pilihan yang lebih sihat, mahupun gaya hidup lebih aktif. Kami yakin, apabila kita semua bersatu hati mengamalkan ‘Gerakan Kebaikan’, kita pasti dapat meningkatkan kesejahteraan keseluruhan negara dan mengorak langkah ke arah Malaysia yang lebih sihat,” demikian kata Arpan Sur, Ketua Pemasaran Mondelez International Malaysia dan Singapura.

Jacob’s Menyemarakkan ‘Gerakan Kebaikan’ dal	am Kalangan Rakyat Malaysia Sempena Merdeka Ini
Arpan Sur, Ketua Pemasaran Mondelez International Malaysia dan Singapura.

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, satu daripada dua orang dewasa di Malaysia direkodkan mengalami berat badan berlebihan atau obesiti. Di samping itu, satu daripada empat orang dewasa didapati tidak aktif secara fizikal.

Bagi membudayakan ‘Gerakan Kebaikan’, Jacob mengajak rakyat Malaysia untuk merakam diri ketika melakukan pergerakan mudah dengan menggunakan penapis Instagram baharu. Anda digalakkan untuk berkongsi video pergerakan anda berserta hashtag #GerakanKebaikan64, tag @jacobs_malaysia di hantaran anda, dan mencabar keluarga atau rakan untuk sama-sama bergerak. Bagi mengakses penapis Instagram, imbas kod QR atau kunjungi profil Instagram Jacob's Malaysia (@jacobs_malaysia) untuk maklumat lebih lanjut.

Bagi menginspirasikan ‘Gerakan Kebaikan’ dalam kalangan rakyat Malaysia ke arah tabiat snek yang lebih sihat, Jacob’s telah melancarkan Jacob’s Baked Crisps baharu. Sebagai usaha sulung jenama melebarkan sayap ke dalam kategori keripik bakar, Jacob’s Baked Crisps merupakan pilihan snek yang enak lagi sihat yang dibakar, dan bukannya digoreng. Jacob’s Baked Crisps didatangkan dalam tiga perisa yang lazat - Sour Cream and Onion, Cheddar dan Original.

Jacob’s Menyemarakkan ‘Gerakan Kebaikan’ dalam Kalangan Rakyat Malaysia Sempena Merdeka Ini

“Seperti didedahkan dalam satu tinjauan baru-baru ini, ramai rakyat Malaysia bergantung pada snek sebagai sumber ketenangan jiwa, terutamanya dalam tempoh pandemik ini. Jadi, pelancaran Jacob’s Baked Crisps kami amat bertepatan pada masanya. Dengan memperkasakan pengguna dengan snek yang betul, untuk saat yang betul, dan dibuat dengan cara yang betul, kami berharap dapat menggalakkan rakyat Malaysia untuk bukan sahaja memilih snek yang sihat dan lazat, tetapi juga memberi tumpuan kepada jenis snek yang dinikmati,” tambah Arpan.

Jacob’s Baked Crisps boleh didapati di semua pasar raya dan gedung beli-belah di seluruh negara, serta platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada, dengan harga runcit saranan RM9.70 untuk pek 229g dan RM2.50 untuk pek 45g.

Sebagai pelengkap kepada kempen ‘Gerakan Kebaikan’, Jacob’s akan menyalurkan dana kepada sebuah pertubuhan bukan untung bagi membiayai pelbagai program, inisiatif serta kajian lain yang akan menyokong usaha Malaysia ke arah negara yang lebih sihat.

Post a Comment

5 Comments

  1. Oh no... dia pomot apa plak kat sini...
    aritu citer pasal iceley, dah x pasal2 kita terpaksa cari agen sebab nak merasa juga tau :p

    ReplyDelete
  2. hebat ye kakak. snek sumber ketenangan jiwa gitu tp memang betul pong hahaha. makan snek pun boleh tenang sikit jiwa yang bergelora. gituh

    ReplyDelete
  3. Macam sedap je yang baru ni. So far rajin membeli yang weetameal tu. Pasni cuba yang ni pulak lah.

    ReplyDelete
  4. Hujungnya disalurkan untuk kebaikkan itu yang sangat baik.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com