Ticker

6/recent/ticker-posts

Vietnamese Spring Roll, Pertama Kali Buat Sendiri

Vietnamese Spring Roll, Pertama Kali Buat Sendiri | Dah lama tak berkongsi cerita harian kat sini. Tak nyempat lerr. Ni pun pujuk diri sendiri supaya update blog. Haha! Kesian blog terabai. Entri ni dah draft tajuk dia lama dari hujung bulan Ogos. Tapi hari ni baru la terbuka hati nak edit gambor dan menaip dalam selang masa singkat tinggal 5 minit lagi, kena mandi. Sebab pagi ni ciksun ada appointment dengan bakal penyewa yang nak tengok ruang pejabat kitorang. Banyak betul kerja bertimbun, hari ni jugak ciksun kena siapkan chapter 3 thesis dan kena siapkan rakaman presentation untuk satu conference kat Perlis minggu depan. Aduh, serabut dan makin bertambah uban dibuatnya. Haha!

Vietnamese Spring Roll, Pertama Kali Buat Sendiri

Jadi, untuk kesempatan yang pendek ni, ciksun share lah apa yang mudah dan ringkas. Kisah ciksun pertama kali buat Vietnamese Spring Roll sendiri. Disebabkan beli udang kolam banyak hari tu, ada satu portion khas untuk buat Vietnamese Spring Roll. Alang-alang ada Rice Paper yang kawan ciksun bagi beberapa bulan sebelumnya, boleh lah kan buat guna bahan apa yang ada je.

Vietnamese Spring Roll, Pertama Kali Buat Sendiri

Vietnamese Spring Roll, Pertama Kali Buat Sendiri

Vietnamese Spring Roll, Pertama Kali Buat Sendiri

Ni je bahan yang ciksun guna. Su'un celur sekejap, timun, lobak, green pea sprout buat ganti salad sebab salad takde masa tu, dan of course lah udang yang dah direbus sekejap. Senang je nak buatnya, rice paper tu celup sekejap dalam air suhu bilik, letak atas pinggan yang dah dispray sedikit air supaya rice paper tak melekat dengan pinggan. Rice paper yang keras tadi serta-merta jadi lembut.

Vietnamese Spring Roll, Pertama Kali Buat Sendiri

Then susun lah bahan-bahan lain. Su'un, timun, lobak, green pea sprout dan udang. Gulung ikut peraturan dengan patuh. Dah siappp. Sos nya, ciksun pakai aje sos Thai yang ada dalam peti ais. Memang sos tu khas untuk dip dip macam ni. Nak lagi sedap, kena tambah hirisan daun ketumbar. Masa tu takde kot daun ketumbar, jadi sos nya kosong aje gini.

Alhamdulillah, sedap juga!

Uols dah pernah buat tak?


P/S: Dah masuk bulan Oktober! Wow! Cepat betul masa berlalu!

Post a Comment

11 Comments

  1. Pernah buat..cuma akak jenis x sabar hahaha...makan takpe..sebab sedap dan sihat...hahahha...pos KL please...

    ReplyDelete
  2. wow nampak menyelerakan sungguh tu

    ReplyDelete
  3. tahniah!! mun kmk x pernah buat dikpun.. tp mun sambalnya pedas merecik mmg kompom sedappp... sambal yg main peranan mun vietname roll tok

    ReplyDelete
  4. lama tak baca cerita akat sini kan. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Pernah buat vietnam roll sendiri. Tak kena dengan selera. Tak pernah rasa yang asal jugak. Sos memainkan peranan untuk ada rasa sedap. Mungkin nak lagi sedap kena letak perasa dalam gulungan tu.

    ReplyDelete
  5. Dah pernah makan beberapa kali. Buatnya belum pernah.

    ReplyDelete
  6. Selalu jadi tukang makan je, tukang buatnya tak pernah..hehe

    Sos tu yang mahal sebenarnya kan..sedap sos, bertambah sedaplah vietnam rolls ni

    ReplyDelete
  7. tak pernah buat, pernah makan je. hehe. kalau buat ni kena udang fresh, baru sedap

    ReplyDelete
  8. iols tak pernah buattt..Nampak senangggg eh caranya..pssttt.. Busyy nauu nauuu ni youuuu . i fahamm

    ReplyDelete
  9. kite tak pernah buat ha..dok beli je memanjang hahaha

    ReplyDelete
  10. Pernah juga buat tapi tidak pasti rasa macam popia Vietnam punya.
    Oh sos guna sos cili Thai.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com