Masak Lemak Cili Padi Udang dengan Nanas

Masak Lemak Cili Padi Udang dengan Nanas | Beberapa minggu lepas, ciksun dan housemates tong tong beli udang saiz dari FRI Gelang Patah. Pensyarah ciksun share dalam group whatsapp office, ada penjualan udang kolam saiz L kat sana. Sekilo dalam RM35. Diorang akan hantar ke satu tempat kalo pembelian lebih 20kg. Pensyarah ciksun kumpul order bebanyak sampai jadi 32kg.

Pada hari kejadian, ciksun nak keluar ambik kat rumah dia sebab orang tu hantar ke sana. Tapi kereta ciksun kena block pulak. Haha! Lupa kereta housemate rosak pada hari tersebut. Jadi anak pensyarah tu yang hantar udangnya ke rumah.

Masak Lemak Cili Padi Udang dengan Nanas

Ni rupa udang tu. Besar-besar dan nampak segar gila. Cantik betul warnanya, kebiruan gitu. Sekilo dapat dalam 30 - 40 ekor udang. Ciksun terus bahagi-bahagikan ke dalam ziplock bag, bagi sekali masak 20 ekor. Hidangan pertama, Udang Buttermilk, dak Ibah dah masak terus pada cuti awal Muharram hari tu.

Hidangan kedua, ciksun buat Masak Lemak Cili Padi Udang dengan Nanas. Alang-alang ada nanas dua ketul yang dak Nada bawak balik dari felda, boleh lah buat masak kan. Kali ni ciksun follow resepi Che Nom, tapi ciksun ubah-ubah la ikut portion ciksun. Nanas pun ciksun guna sebiji terus. Suka rasa nanas dalam masak lemak. Masam-masam manis gitu.

Nah, ciksun share resepi nya ya!

Masak Lemak Cili Padi Udang dengan Nanas

Resepi Masak Lemak Cili Padi Udang dengan Nanas

Bahan-Bahan:
1/2 kilogram udang

Bahan untuk dikisar:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci kunyit hidup
15 biji cili padi

Bahan-bahan lain:
garam dan gula secukup rasa
2 batang serai
3 cawan santan
1/2 biji nanas dipotong ikut kesukaan

Cara Penyediaan:
  1. Bahan kisar dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan nanas, bersama santan dan serai, masak sehingga nanas lembut.
  3. Sentiasa kacau kuah supaya tak pecah minyak.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan udang selama 2 minit, jangan terlalu lama untuk mengelakkan udang daripada keras.
  6. Tutup api dan hidangkan.

9 comments:

  1. Bila campur dengan nenas lagi sedap la masak lemak ni. confirm bertambah.

    ReplyDelete
  2. Berbaloi beli banyak sekali. Fresh fresh udangnya pun. Sedap tu masak lemak cili padi campur nanas.

    ReplyDelete
  3. Tu diaaaa.. gulai udang sebelanga. Akak pun suka ada nenas dalam udang tapi orang dalam rumah ni kurang gemar pulak

    ReplyDelete
  4. Laa samalah menu kiat hari ini
    Cuma on is3 wak masak tak letak nanas

    ReplyDelete
  5. Wah! Udang sebelanga! Puas makan ni.

    ReplyDelete
  6. segarnya udang-udang tu.. mmg best makan kan..

    ReplyDelete
  7. Sodap...masam masam lemak gituuuu.. Nyum!!!!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com