Ticker

6/recent/ticker-posts

Menginap 2H1M di Hotel Baru, Four Points by Sheraton Desaru

Menginap 2H1M di Hotel Baru, Four Points by Sheraton Desaru | Tanggal 18 November 2021, hari bersejarah untuk satu lagi hotel dibuka di Desaru, Johor. Four Points by Sheraton Desaru merupakan hotel ke-33 Marriot International di Malaysia, dengan lokasi yang strategik di tengah-tengah bandar Desaru. Kalau masuk aje simpang ke Desaru, pasti akan nampak hotel ni dari jalan besar. Masuk dari simpang yang sama nak ke Amansari Hotel Desaru, betul-betul sebelah stesen Petronas Desaru tu.

Menginap 2H1M di Hotel Baru, Four Points by Sheraton Desaru

Hotel 4 bintang ni ada 311 bilik, dengan kategori Deluxe, Premium dan Family Suite. Kalau menginap dekat sini, uols boleh pergi ke mana-mana tempat menarik dekat Desaru tu dalam 10 minit aje kalau naik kereta. Desaru Coast Adventure Water Park, pantai Desaru, The ELS Golf Club, Desaru Fruit Farm, semuanya dah dekat. Bagus gila ciksun rasa, makin bertambah hotel untuk kita rehat lepas seharian berjalan-jalan kat Desaru ni.

Menginap 2H1M di Hotel Baru, Four Points by Sheraton Desaru

Masa ciksun ke sana 18hb tu, Menteri Besar Johor, YAB Dato' Haji Hasni bin Mohammad merasmikan majlis pembukaan hotel Four Points by Sheraton Desaru ni. Meriah acara pembukaan dengan tarian singa dan mercun bunga api. Bergegar jugak gegendang telinga ciksun dengan bingitnya bunyi mercun lepas YAB potong riben tu. Ni first time lah bagi ciksun ngadap bunyi mercun depan mata sekuat tu 😂

Sempat juga YAB umumkan bahawa sempadan Malaysia - Singapura kemungkinan akan dibuka pada 29 November 2021, kalau tak ada aral melintang. Allahu, moga-moga tak ada apa halangan untuk tu. Dah lama benar sempadan tu ditutup, semoga bila dah bukak nanti, dapatlah ahli keluarga yang dah lama terpisah, bertemu kembali. Tapi dalam kegembiraan tu, tetap kena berjaga-jaga dan beringat juga sebab virus COVID-19 ni masih belum lenyap sepenuhnya dari muka bumi.

Menginap 2H1M di Hotel Baru, Four Points by Sheraton Desaru

Berbalik kepada hotel Four Points by Sheraton Desaru, hotel ni sebenarnya asal dulu adalah Amansari Residence, tapi dah refurbished jadi hotel yang baru. Masih under owner yang sama, iaitu SKS Group tapi now managed by Marriot International Inc. Haa, kalau ada yang keliru siapa management, siapa owner, dah jelas kan kat sini?

Ok jom tengok bilik ciksun pulak 🤭

Menginap 2H1M di Hotel Baru, Four Points by Sheraton Desaru

Ciksun stay kat sana 2 hari 1 malam kat bilik Deluxe King dengan kak Ajan. Bilik seluas 38mps/409kps, dengan 1 katil King, 1 sofa bed, meja, flat TV 50", wardrobe sorang satu tak payah berebut, iron dan safety box dalam wardrobe, peti ais, mini pantri lengkap dengan mesin kopi Arissto, bilik air dengan shower head, lengkap dengan toiletries, towels dan hair dryer.

Menginap 2H1M di Hotel Baru, Four Points by Sheraton Desaru

Menginap 2H1M di Hotel Baru, Four Points by Sheraton Desaru

Sempurna. Kalau tak cukup towel, boleh mintak aje dekat housekeeping. Nanti diorang akan hantar ke bilik uols. Paling best, setiap bilik kat Four Points by Sheraton Desaru ni ada balkoni! Ikut kedudukan bilik, uols akan dapat tengok sunset atau sunrise. Macam kitorang, bilik mengadap sunset. Cantik sangat view matahari terbenam, tapi takde la macam uols duduk kat tepi pantai tu.

Menginap 2H1M di Hotel Baru, Four Points by Sheraton Desaru

Nampak la dari kejauhan gitu ha. Aircond bilik sejuk, berfungsi dengan baik. Internet pun laju berdesup. Tu yang syok. Dah rakam macam-macam memori kat Desaru, mesti lah nak haplod segera ke dunia tipu-tipu memasing kannnn 😆 Ok, tak, tak. Senang nak update family tengah buat ape, ye, ye 🤭

Ape beza bilik Deluxe ni dengan bilik Premium and Family Suite?

Premium King Room at Four Points by Sheraton Desaru

Family Suite at Four Points by Sheraton Desaru

Ok, bilik Premium hampir serupa dengan bilik Deluxe ni tapi lebih luas sedikit dan ada kerusi tambahan dekat mejanya. Manakala bilik Family Suite pulak, sama luas macam bilik Premium tapi ada tambahan sebuah tent untuk kanak-kanak lengkap dengan soft toys. Jadi, kalau bawak anak-anak kecil tidur kat sini, memang happy la diorang!

24-hours Gymnasium at Four Points by Sheraton Desaru

Four Points by Sheraton Desaru ni ada kolam renang (6.30 am - 10.00 pm) dan gimnasium (24 jam) untuk kegunaan para tetamu yang menginap dekat sini. Istimewanya, kolam renang dia jenis salt-induced waterpool. Diorang consider hotel ni tak menghadap pantai or tak betul-betul tepi laut. Jadi, diorang bagi la air garam kat kita. Bila mandi kolam, boleh la rasa macam mandi laut 🤣

Salt-Induced Swimming Pool at Four Points by Sheraton Desaru

Sebelah kolam renang ada mini playground untuk budak-budak bermain, dan ada game room juga. Tapi Family Games Room ni kena book kalau nak pakai. Hari tu tak sempat ciksun nak jenguk, tengok apa ada kat dalam. Tapi kawan ciksun ada ambil gambarnya, seperti di bawah lah. Kredit to Yoshiko-san.

Family Games Room at Four Points by Sheraton Desaru

Untuk breakfast, diorang ada buffet breakfast @ The Mesh, sama aras dengan lobi. Kita akan lalu The Mesh ni kalo nak masuk lif naik ke bilik. Pilihan menunya tak terlalu banyak, tapi sedap-sedap semuanya. Pilihan ciksun kalau breakfast kat hotel, sentiasa wajib kena cuba sarapan ala English. Ye, kekadang sosej hotel ni tak sama dengan hotel nun. Mesti nak rasa, hahahahahha!

The Mesh Restaurant at Four Points by Sheraton Desaru

The Mesh Restaurant at Four Points by Sheraton Desaru

The Mesh Restaurant at Four Points by Sheraton Desaru

The Mesh Restaurant at Four Points by Sheraton Desaru

The Mesh ni all-day dining restaurant. So, uols nak makan tengahari or makan malam kat sini pun boleh. Diorang ada jugak menu ala carte. Kitorang try jugak dinner menu ala carte dekat sini, aduhhh paling ciksun suka lahhhh Wat Tan Hor dia (gambar di bawah, yang tengah-tengah). Kuetiau dimasak ala Kantonis, dilengkapkan dengan udang kara. Uishhh, enakkk!

The Mesh Restaurant at Four Points by Sheraton Desaru

Gambar-gambar lain, uols boleh tengok kat page FB Sunah Sakura ek! Sempena pembukaan ni, diorang ada buat promosi pakej Cuti-cuti Desaru Opening Special sehingga 30 November 2021. Dari hanya RM242.00, uols boleh stay dekat bilik Deluxe, tambah RM1.00 je untuk breakfast, dan naik shuttle bus percuma ke pantai Desaru. Untuk ahli Marriott Bonvoy, uols boleh dapatkan harga istimewa untuk menjamu selera di The Mesh dan juga lebih mata ganjaran bila membuat tempahan bilik kat sini.

Oh ya, diorang ada juga buat weekend buffet dinner @ The Mesh Restaurant bermula dari 19 November sehingga 18 Disember 2021, setiap hari Jumaat dan Sabtu. Hanya RM168 nett untuk dua orang, siap ada fresh seafood on ice tau!

Untuk maklumat lanjut:

Call 07-832 9999

Post a Comment

7 Comments

  1. kita igt bln 12 nak stay sini tp x jadi...
    terus plan kita bertukar dr desaru ke kuantan ....
    next time bole try!!

    ReplyDelete
  2. Bilik dia luas dan cantik. Sukalah family suite tu ada tent. Hotel 4 bintang confirm best staycation sini.

    ReplyDelete
  3. Wah lawa hotelnya. Nanti boleh la stay sini pulak

    ReplyDelete
  4. puasnya dpt bercuti kat sini..luar jugak bilik die..banyuak kemudahan. best2

    ReplyDelete
  5. Hotel Four Points ni memang tak pernah menghampakan dari bilik sampai makanan, by Sheraton kan.. klu ke Penang, akk selalu stay hotelnya di Tg Bungah tapi yg di sana dah bertukar pulak. Klu rindu, boleh ke sini la.. dah dekat.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com