Ticker

6/recent/ticker-posts

Hilangkan Stress Dengan Main Game Percuma

Hilangkan Stress Dengan Main Game Percuma | Entah hari apa, berapa haribulan, ciksun tengah buat kerja kat office, otak tepu sebab lama sangat duduk mengadap laptop. Sekarang ni, dah hujung-hujung sem, jadi makin serabut kepala otak dan penuh jadual ciksun dengan kerja siapkan thesis. Kelam-kabut kejar deadline, tapi dalam masa yang sama dilanda jammed sampai tak tahu nak start ayat macam mana.

Time-time camni, ciksun akan stop kejap dari menulis. Cari benda lain yang boleh lapangkan fikiran ciksun sekejap dari semua yang complicated ni. Lupakan semua buat sementara waktu, nanti lepas setengah jam ke, sambung balik. Kalau tak cari cerita best dekat Netflix, ciksun cari lifestyle vlog dekat Youtube. Tapi ada masanya, sampai dah jemu jugak scroll Netflix dengan Youtube. Sampai dah tak tahu nak tengok apa lagi.

Hilangkan Stress Dengan Main Game Percuma

Dalam minggu lepas lah, time gitu ciksun teringat entri Sis Lin. Dia ada share tentang game percuma untuk kanak-kanak dan dewasa dekat website Plays.org. Memula baca entri sis tu, ciksun ingatkan: "alahh, game kanak-kanak je kot!" Tak terfikir pulak akhirnya ciksun akan terjebak main game kat sini. Ciksun takde banyak sangat game dalam handphone. Dulu-dulu rajin juga main Candy Crush, tapi sampai satu masa ciksun uninstall sebab pakai memori banyak sangat. Masa tu telefon ciksun memori dia 16GB aje uols. Susah betul nak install ape-ape, kena fikir dua tiga kali.

Bila da tukar handphone baru, ciksun tak pulak install Candy Crush tu. Main game dekat Shopee aje pun dah puas hati. Free pun free aje, tapi still lah ada limit dia berapa jam sekali, untuk refill live. Bila asyik game over, sakit hati jugak. Sekarang duk main Shopee Pets tu, membesarkan dan menyekolahkan seketul anak hayam bernama Chibi. Comel gilerrrr game tu, dengan suara ayam tu yang pelik-pelik. Kadang ciksun confuse dia tu ayam ke kucing ๐Ÿ˜…

Hilangkan Stress Dengan Main Game Percuma

Tapi dekat Plays.org, ciksun boleh pilih banyakkkkkk sangat game dari macam-macam genre! Paling ciksun suka tentulah jenis simulation. Dari zaman hingusan lagi memang suka game-game macam The Sims. Hari tu, saja lah try game LEGO - Build and Protect. Game dia simple aje, level macam remaja gitu. Tapi entah kenapa lah ciksun jadi melekat depan laptop sebab nak main game tu. Mungkin jiwa remaja ciksun dah terjatuh hati dengan game tu. Hahaha!

Hilangkan Stress Dengan Main Game Percuma

Dalam Build and Protect, ciksun kena siapkan bandar-bandar ciksun secara berperingkat. Start dari bandar kecik aje, sampai lah nanti ke bandar besar yang ala-ala Kuala Lumpur. Tapi nak bina bandar ni kena guna LEGO blocks, nak cari LEGO blocks kena korek tanah, nak korek tanah kena ada coins. Coins pulak hanya boleh dapat dari bangunan yang kita dah siapkan. Haa, dia berlegar-legar, berpusing-pusing kat situ jugak.

Hilangkan Stress Dengan Main Game Percuma

Setiap bandar ada nilai bangunan yang berbeza, dari yang murah-murah sampai yang mahal-mahal. Yang murah-murah ni siap cepat, tapi earnings dari bangunan tu pun kecik-kecik aje tak sampai $200 kadang-kadang. Yang mahal-mahal pulak siapnya ambil masa hingga lebih 30 minit, tapi earnings dia besar-besar sampai lebih $10,000. Tapi yang bestnya, takde sape tetapkan bandar kita tu kena ada apa, kita buat la sesuka hati kita, takde sape menang atau kalah.

Yang mengancam hanya lah kebakaran dan perompak. Nak lawan benda ni, cuma kena klik laju-laju aje ikut arahan kat skrin tu. Baru lah bangunan kita selamat, dan sekaligus kita dapat duit jugak. Eh, jangan lah ingat tu duit betul. Tu coins untuk kita bina bandar kita sampai siap sepenuhnya, untuk buka level bandar yang baru. Haa gituhhh. Kalau lah tu duit sebenar, aku kayooooo! Hahaha!

Hilangkan Stress Dengan Main Game Percuma

Yang menariknya, browser akan ingat IP kita masa main game tu. Bila kita stop main, dan bukak balik pada hari lain, kita tak perlu start dari awal. Dia akan automatik sambung aje game yang kita tinggalkan tu. Lagi syok, LEGO Build and Protect ni boleh main kat background sambil kita buat kerja lain. So, sementara tunggu bangunan siap, boleh lah kita sambung kerja sikit. Jangan risau sebab time ni tak akan ada kebakaran atau perompak. Benda ni akan jadi hanya bila kita sambung main.

Uish, suka bebenor gamaknya ciksun dengan game ni ek, sampai gitu sekali penerangannya. Hahahah! Kalau tak berapa gemar simulation game, uols boleh jugak main game dari genre pendidikan, tembak-tembak, sukan, atau jenis solitaire. Memang banyak sungguh lah pilihan game dekat website Plays.org tu, uols boleh klik dekat tab New kalau nak tengok tambahan game terbaru diorang. Setiap minggu memang diorang akan tambah lagi game baru untuk memenuhi citarasa semua.

Hilangkan Stress Dengan Main Game Percuma

In case ade game yang uols suka tapi takde dalam website tu, boleh aje bagi feedback dekat diorang. Nanti diorang akan usahakan lah. Hihi. Best kan? Oh, nak main dekat handphone pun boleh, asalkan uols bukak website dia kat browser handphone. Senang, kat mana-mana pun boleh main game. Bila-bila rasa nak hilangkan stress, haa boleh bukak aje Plays.org.

Nak kena bayar apa-apa ke kalo main? Takde guys, takde langsung. Game ni percuma sepenuhnya, tak keluar duit pun. Malah, website dia takde iklan langsung! Boleh lah main game dengan tenang tanpa apa-apa gangguan.

Ye, silakan main sekarang: Plays.org ๐Ÿ˜†

Post a Comment

9 Comments

  1. Lama tak singgah plays.org main game. Game semua best2๐Ÿ˜Š๐Ÿ’•

    ReplyDelete
  2. Banyak games best best kat plays.org ni. Saya masih setia dengan candy crush. Itupun dah lama tak main. Risau dah main nanti tak reti nak stop melainkan nyawa habis. Hehe...

    ReplyDelete
  3. memori henfon ciksun dulu tu 16GB? bia betik, bukan jaman now pun memori smartphone paling besar 8GB jeeew?

    ReplyDelete
  4. mak aaiii.... ni ada yang terjebak sama ni kang nnt hahhaa....
    kita hold dl.... takut ketagih plk kang tp konpom mesti akan terjebak punya la nnt hahaha

    ReplyDelete
  5. phewwww.. sekali hadap build and protect xda lalek lain.

    ReplyDelete
  6. website plays.org ni memang banyak game best-best. sekali-sekala suka main game di sini untuk release tension

    ReplyDelete
  7. bestnya game super mario ada x kak sun?

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com