Ticker

6/recent/ticker-posts

Christmas & New Year Festive Buffets @ Thistle Johor Bahru

Christmas & New Year Festive Buffets @ Thistle Johor Bahru | Tinggal berapa hari je lagi nak Krismas, lepas tu masuk pula tahun baru 2022. Namun, negara kita masih lagi dirundung kesedihan kerana bencana banjir besar yang melanda negeri-negeri tengah Semenanjung Malaysia. Sampai hari ni, masih ada lagi kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap dilakukan. Pagi ni, suami share juga matahari dah terbit menampakkan dirinya selepas mendung dan hujan beberapa hari.

Semoga air semakin surut di kawasan-kawasan banjir. Banyak juga yang perlu dibersihkan, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga dipermudahkan urusan semua yang terjejas dengan bencana banjir ni dan diberi ketabahan kepada keluarga dan rakan-rakan yang kehilangan insan tersayang. Ameen.

Untuk kita yang berada di Johor Bahru, tetap juga kena berjaga-jaga walaupun tak termasuk dalam kawasan amaran banjir. Benda macam ni sukar dijangka. Mamak ciksun pun tiap kali call, mesti pesan angkat semua barang-barang penting ke tempat tinggi. Risau dia kalau banjir melanda. Sama-sama kita doakan moga dijauhkan dari perkara-perkara yang tak diingini. Apa-apapun, hidup perlu diteruskan.

Ciksun dah lama menyepi, tak update blog. Hanya update dekat IG dan kadang-kadang muncul di Facebook. Tak sihat beberapa hari selepas balik dari Shah Alam. Demam panas, selsema dan batuk. Terlalu penat agaknya ciksun ni sebab dari Shah Alam, esoknya terus pergi job review hotel opening dekat JB. Masa dekat hotel pun dah rasa macam nak demam. Balik rumah keesokan harinya, memang terus demam panas. Terus buat self test kit COVID-19, alhamdulillah negatif. Risau kan sebab kita travel dan jumpa ramai orang. Alhamdulillah, ni dah semakin baik, cuma masih lagi selsema dan kadang-kadang batuk berkahak. Doakan moga ciksun makin sembuh ya!

Bagi uols yang duduk sekitar JB, nak cari bufet Krismas atau Tahun Baru, boleh lah teruskan membaca. Ciksun nak share Christmas & New Year Festive Buffets dekat Thistle Johor Bahru sempena Krismas dan Tahun Baru tak lama lagi ni. Diorang ada buat promo Christmas Eve dan Christmas Day Buffet Lunch & Dinner, serta New Year's Eve dan New Year's Day Buffet Lunch & Dinner dekat Glass Restaurant.

Christmas & New Year Festive Buffets @ Thistle Johor Bahru

Antara menu-menu hot yang uols kena cuba nanti adalah BBQ Beef Brisket, Roasted Whole Cajun Chicken, Itik Salai Masak Lemak Cili Padi, Seafood on Ice, Garlic Prawn Skewer, Sate Ayam & Daging, Stuffed Chicken Breast with Spinach & Feta Cheese dan banyak lagi! Boleh belek gambar-gambar kat bawah ni antara makanan yang ciksun cuba.

Christmas & New Year Festive Buffets @ Thistle Johor Bahru

Christmas & New Year Festive Buffets @ Thistle Johor Bahru

Christmas & New Year Festive Buffets @ Thistle Johor Bahru

Christmas & New Year Festive Buffets @ Thistle Johor Bahru

Christmas & New Year Festive Buffets @ Thistle Johor Bahru

Christmas & New Year Festive Buffets @ Thistle Johor Bahru

Christmas & New Year Festive Buffets @ Thistle Johor Bahru

Amacam, nampak menyelerakan tak? Bagi ciksun, memang semua sedap-sedap menu kali ni. Semuanya secukup rasa. Paling ciksun suka lah Itik Salai Masak Lemak Cili Padi tu. Memang sedap gilerrr, masa ceduk masuk pinggan tak tahu lagi daging apa dalam kawah tu. Bila da suap masuk mulut, perghhh terus nampak itik terkedek-kedek di awang-awangan. Ahahaha! Over!

Christmas & New Year Festive Buffets @ Thistle Johor Bahru

Christmas & New Year Festive Buffets @ Thistle Johor Bahru

Christmas & New Year Festive Buffets @ Thistle Johor Bahru

Menu-menu pencuci mulut dia pun meriahhh. Tak Thistle kalo tak meriah uolsss! Dulu bulan puasa pun meriah dengan tema durian, kali ni mesti la tema Krismas pulak. Kek-kek memenuhi dessert counter dia, jangan tak try Raspberry Tart tu, memang kegilaan ramai. Masa preview hari tu, chef siap kena restock sebab cepat habis. Hahaha!

Untuk tengok lagi banyak gambar menu yang lain, uols boleh belek kat Facebook Page Sunah Sakura ek. Ciksun dah upload awal hari tu sebelum 15 Disember 2021 sebab nak bagi peluang kepada yang nak grab rega Early Bird. 



Berapa harga buffet ni?

Christmas Eve - 24 Disember 2021
Buffet Lunch: RM88nett (Dewasa) | RM48nett (Kanak-kanak)
Buffet Dinner: RM128nett (Dewasa) | RM68nett (Kanak-kanak)

Christmas Day - 25 Disember 2021
Buffet Lunch: RM88nett (Dewasa) | RM48nett (Kanak-kanak)
Buffet Dinner: RM128nett (Dewasa) | RM68nett (Kanak-kanak)

New Year's Eve - 31 Disember 2021
Buffet Lunch: RM88nett (Dewasa) | RM48nett (Kanak-kanak)
Buffet Dinner: RM128nett (Dewasa) | RM68nett (Kanak-kanak)

New Year's Day 01 Januari 2022
Buffet Lunch: RM88nett (Dewasa) | RM48nett (Kanak-kanak)
Buffet Dinner: RM128nett (Dewasa) | RM68nett (Kanak-kanak)

Untuk tempahan, uols boleh terus contact pihak Thistle Johor Bahru ya!

Tel. No.
+607 222 9234

Whatsapp
+6012 789 2092

Email
fnbcoordinator.jb@thistle.com.my | salesthistle.johorbahru@thistle.com.my

Post a Comment

2 Comments

  1. Okey scroll laju- laju la...terliur tengok semua gambar makanan tu...

    ReplyDelete
  2. Bersiapsiaga lah kita. Risau jugak kan. Semoga cepat sembuh ciksun.
    Silap timing datang sini. Masuk tengah malam terasa laparlah pulak.
    harga lunch tu kira okay lagilah kan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com