Ticker

6/recent/ticker-posts

Balik Bintulu Pun Memburu Keladi

Balik Bintulu Pun Memburu Keladi | Hahaha! Sebenarnya, benda yang paling ciksun tak sabar nak jenguk bila sampai rumah mamak kat Bintulu adalah dia punya kebun keladi. Kelakar sungguh bila diingat semula, masa awal-awal ciksun bagitahu mamak, ciksun dah start kumpul keladi, mamak rupanya dah lama start collect daripada ciksun. Sebelum mamak dan bapak positif COVID-19 lagi, mamak da start collect rupanya. Siap ada kebun dah macam mini nursery.

Tapi bila da kena kobid ri tu, terabai lah segala pepokok mamak. Dia ngadu ada banyak pokok yang mati. Kesian pulak ciksun dengar. Start dari dia tahu anak sulung dia ni pun dah jadi miang keladi, perbualan kat telefon kitorang tiap kali, mesti ada topik keladi. Haha! Siap pesan lagi, kalo ada pokok keladi Cat Tumpah, bawak la balik. Ciksun tak bawak balik pun, tapi belikan dekat Shopee aje pokok dari Sabah, pos terus ke Bintulu. Sebab pokok ciksun belum beranak, memang jenis lambat beranak agaknya Cat Tumpah ni. Tapi ciksun ada jugak la bawak balik anak pokok Colocasia Black Ilustris dengan Colocasia Aloha untuk mamak.

Balik Bintulu Pun Memburu Keladi

Teruja betul tengok pokok-pokok keladi mamak. Walaupun pokok keladi kampung aje, tapi rimbun-rimbun dan besar-besar daunnya. Paling takleh terima, ada Colocasia Tiger Stripe merata-rata. Bagi yang teringin nak ada Colocasia Lemon Lime Gecko, boleh lah bela Tiger Stripe aje sebab dah seakan-akan rupanya. Cuma batang Tiger Stripe ni hitam putih, kalo Lemon Lime Gecko, batangnya maroon putih. Daun Tiger Stripe pun gelap sikit dari Lemon Lime Gecko. And Tiger Stripe ni orang kata bole makan, buat campur dalam asam pedas or gulai. Tapi tak pernah lagi la ciksun try, tak berani pun ye. Alocasia Black Stem pun ada jugak, cantik batangnya warna hitam. Tanya mamak, tanam banyak-banyak tu, nak buat makan ke? Dia jawab, tak lah, saja tanam. Haha! Mana boleh makan woi!

Kerja ciksun tiap hari kat kampung, memang membelek pokok-pokok keladi mamak aje. Duk tolong tukar tanah dan tukar pasu. Kat sana, sabut kelapa dan sekam padi bakar agak mahal harganya berbanding kalo beli kat Shopee. Nanti kalo balik kampung lagi, ciksun nak beli kat sini siap-siap dan bawak balik bagi mamak.

Beberapa hari awal, sebelum suami balik KL, kitorang jalan-jalan cari keladi juga. Pergi pasar tamu Bintulu, beli Mickey untuk mamak. Kat sana boleh tahan murah sikit harganya. RM30 je tinggi betis ciksun, kat Johor ni ciksun beli RM45.

Balik Bintulu Pun Memburu Keladi

Tak stop sampai Mickey aje, hari suami balik KL, lepas hantar dia kat airport, mamak ajak pergi pasar dekat tapak airport lama. Tu dia rambang mata ciksun sebab banyak sangat penjual pokok keladi. Ada keladi kampung, ada keladi bandar, keladi hybrid pun ada. Harga pun ada yang murah, ada yang standard market price.

Balik Bintulu Pun Memburu Keladi

Kali pertama pergi, merembat sampai empat plastik jugak pokok. Ciksun beli Alocasia Frydek tu RM40, tapi tak bawak balik Johor lagi sebab pokoknya besar. Tak muat kotak. Bagi dia beranak dulu kat Bintulu, nanti raya ciksun bawak balik sini, ko tunggu yeeee! Haha! Rembat juga Cat Tumpah RM10, buat tambah Cat Tumpah dari Sabah hari tu. Pokok Calathea Lancifolia tu tak ingat rega berapa, dengan pokok daun sup sekali yang dah rimbun dalam pasu besar, pun beli jugak.

Balik Bintulu Pun Memburu Keladi

Kali kedua pergi, konon nak beli sabut pulak, tapi sabutnya takde. Sekam padi mentah je ade. Tapi time ni terembat jugak la pokok Syngonium Three Kings dengan rega RM15 aje weiii! Murah sangattt! Seller tu pun cakap, ni kalo biasa tengok online, rega dia RM40 ke atas, rugi dia jual kat Bintulu ni sebab orang tak pandang. Aduhai. Dengan Keladi Askar, RM10 aje. Mamak suka Hilo Beauty, tapi ciksun belum mampu lagi nak belikan yang tu, kita belikan yang seakan-akan je dulu. Insya'Allah next time kalo ada rezeki lebih, kita belikan Hilo Beauty yang dah besar, ok!

Balik Bintulu Pun Memburu Keladi

Itu cerita dekat pasar, nursery pun kitorang pergi jugak sebab mamak nak beli pasu. Tapi kalo dah sampai nursery, kena la belek pokok keladi apa yang ada, ye tak? Masa ni la ciksun terjumpa keladi Jessi berlambak-lambak sampai ke bawah meja. Nampak nau tak berapa laku kat sana. Sebab mamak belum ada lagi, ciksun belikan lah (ecewah, nanti kalo beranak, ciksun yang nak bawak balik Johor). RM28 je satu pasu saiz sederhana, dengan dua daun yang sihat.

Mamak ciksun pulak banyak kali cerita kat ciksun, pak cik ciksun ada banyak gila pokok keladi. Dulu pak cik yang selalu bagi mamak anak pokok keladi. Tak boleh tak, ciksun mesti nak jenguk juga kebun keladi pak cik sebelum balik. Pak cik sebelah mamak ni anak Nek Usu, adik arwah nenek ciksun. Dulu kecik-kecik dia suka usik panggil ciksun "anak Cina" sebab muka ciksun Chinese-looked dari kecik ye guysss 😝

Balik Bintulu Pun Memburu Keladi

Balik Bintulu Pun Memburu Keladi

Haaa, berlambak ke tak pokok keladi pak cik ciksun ni? Hahaha! Terkezutttt ciksun bila sampai, kemain dah macam hutan simpan, bak kata bff ciksun. Rasanya ada lebih 200 jenis keladi kat sini, terpegun sungguh nengok ada AMV @ Keladi Albino jugak, bior aje dalam pasu kat depan rumah. Masya Allah, baik-baik orang kampung sini 😂

Masa pergi ni, pak cik ciksun takde, ada Nek Usu aje kat rumah. Jadi tak dapat lah nak ngecek berborak-borak pasal keladi dengan pak cik. Rasanya pak cik pun buat jualan juga pokok-pokok keladi dia tu sebab nampak ada propagation corner. But, tak tahu la kan kalau-kalau dia just bela suka-suka aje. Kalau bff ciksun pulak, memang dia ada nursery untuk jual pokok keladi depan rumah.

Balik Bintulu Pun Memburu Keladi

Sempat ciksun snap beberapa jenis pokok keladi kat rumah dia masa ambik pokok syngonium Milk Confetti dan sygonium Mojito yang ciksun dah book berbulan-bulan lepas. Seronok betul tengok pokok keladi sihat-sihat. Banyak pokok kayangan jugak kat sini, bff ciksun memang pandai buat business, dulu yang jual baju dengan tudung Mia Ajmal tu pun dia jugak! Hihi.

Balik Bintulu Pun Memburu Keladi

Amek gambar dengan bff, sambil peluk pasu Colocasia Mojito, ko hado? Hahaha! Tapi ciksun peluk je tau, tak bawak balik 😂 Sila google berapa harga dia, ahahahahahah!

Macam mana ciksun bawak keladi naik flight? Memula tu was-was jugak nak bawak balik JB. Tapi bff ciksun cakap, boleh bawak masuk kargo. Dia pernah buat dulu. Kena balut elok-elok setiap pokok macam yang Shopee seller selalu buat, supaya pokok boleh tahan in case kena lempar.

Balik Bintulu Pun Memburu Keladi

Haa gitu kekdahnya. Setiap kotak ni ciksun padatkan dalam satu kotak besar pulak. Memang tak gerak-gerak la pokok-pokok dalam kotak tu. Jangan lupa tulis Fragile dekat kotak. Masa nak check in kargo nanti staff airline akan tampal sticker Fragile dan minta kita sign form yang diorang berlepas tangan kalo jadi apa-apa dekat barang kita atas kecuaian kita sendiri. Haha. Ye lah, ko letak Fragile tapi tak pack elok-elok sedangkan ko tau benda tu Fragile, memang salah ko lerrr. Pihak airlines akan berusaha sebaik mungkin jaga setiap barang yang ada sticker Fragile, tapi kalo jadi ape-ape lepas diorang da berusaha tu, ko tanggung sendiri ye. Faham?

Balik Bintulu Pun Memburu Keladi

Alhamdulillah, pokok-pokok keladi ciksun sampai dengan selamat ke KL. Dan dah bawak balik JB pun. Syukurrrr!

Begitu lah kisah ciksun dan keladi kat kampung. Haha!

Post a Comment

10 Comments

  1. tu dia, Bintulu boleh jadi syurga bagi peminat pokok keladi. dasyat kebun pak usu Cik Sun.

    ReplyDelete
  2. lagi meriah laaa rumah cik sun skrg ni hahaha

    ReplyDelete
  3. Bukan main ek.. nanti rumah ko dah banyak, boleh pasang sign depan rumah menjual keladi hehehe boleh buat duit..

    ReplyDelete
  4. Belum datang seru minat pokok ni Tangan panas. Hahaa

    ReplyDelete
  5. Betul betul memburu keladi ni. Banyak tempat mencari pokok keladi. Macam macam jenis keladi ada. Mungkin kat sana banyak spesis rare yang dianggap biasa kot. Tu yang macam murah sikit. Ramai yang mengikut balik. Jauh perjalanan keladi :)

    ReplyDelete
  6. Aduhaiii....geram je tengok...kena cari gak la..kat opis baru ada 2 pasu...kat rumah x leh letak nanti kena sailang

    ReplyDelete
  7. Woww...Helo penggila keladi..Hahaaa.... Banyakk gila pokok keladi ekkk.. Niceeee behtolsss..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com