Ticker

6/recent/ticker-posts

Balik Bintulu Seminggu

Balik Bintulu Seminggu | Entri terakhir ciksun sebelum menyepi hari tu, Wordless Wednesday bertarikh 5 Januari 2021. Tajuk entri pun Fly Away, memang ciksun dah terbang pada 6 Januari 2021. Terbang pulang ke kampung halaman di Bintulu, Sarawak. Setahun lebih ciksun tak balik kampung disebabkan halangan pandemik. Kali terakhir balik, bulan Oktober tahun 2019. Ikut hati memang nak balik lama sikit, mamak ciksun pun minta balik dua minggu, tapi tak boleh sebab ciksun kena kejar deadline thesis submission in February. Insya'Allah next time bila da setel semua ni, ciksun balik lama sikit spend masa dengan diorang lebih lama.

Ada banyak kisah sebenarnya nak balik kali ni. Banyak betul kejadian yang di luar jangkaan, mengganggu serba sedikit planning asal. Tiket flight KL - Btu da beli awal, dalam suku akhir tahun lepas dah beli once kerajaan dah bagi kebenaran untuk rentas negeri. Tapi tiket paling murah yang suami dapat waktu tu adalah bulan Januari 2022. Bayangkan lerr, berapa bulan jugak delay nak balik kampung, sedangkan orang lain da bersama keluarga tersayang.

Balik Bintulu Seminggu

Then, asalnya dari JB ke KL, ciksun dah beli tiket Air Asia berharga RM49, tapi diorang cancel flight ciksun dalam seminggu sebelum tarikh fly. Aduh, kena cari tiket lain untuk ganti. Yang Air Asia tu ciksun request refund, terus dapat pada hari yang sama, alhamdulillah. Tapi masuk credit Air Asia lah. Tak masuk bank. Then, ciksun belek tiket Malindo Air. Ada flight ke Subang pagi 6hb Januari tu. RM109. Terus beli sebab dah takde pilihan lain. Bas YOYO ke KLIA2 pulak takde waktu yang sesuai,  4 kali perjalanan je sehari sebab kita masih dalam fasa pandemik.

Tup tup, dua hari sebelum fly, Malindo reschedule flight ciksun dari pagi ke petang. Alamak, tak boleh sebab flight ciksun ke Bintulu pukul 2 petang. Hoi hoi ya hoi! Panik. Waktu tu pukul 10 lebih malam kot, Malindo bagi email. Ciksun terus bagitahu suami. Suami suruh minta refund. Ye, memang kena minta refund. Tapi masalahnya sekarang ni nak pergi KL macam mana? Suami waktu tu da terlelap, tak balas dah whatsapp. Ciksun bagitau kawan ciksun, Sis Lin. Tanya pendapat dia macam mana.

Akhirnya, ciksun beli aje tiket YOYO bus dari Terminal Bas Taman Ungku Tun Aminah, Skudai ke KLIA2 (RM56). Bas yang available pukul 10.30 malam, itu pun tinggal dua seats aje pada 5hb Januari. Then ciksun tempah capsule dekat CapsuleTransit Airport Hotel @ KLIA2. Patutnya ciksun book untuk 6 jam je dari pukul 3 pagi - 9 pagi, tapi entah lah kepala ni tengah serabut masa tu, ciksun terbook 12 jam pada harga RM95. Adusss! Pagi 5hb tu baru perasan, takpe lah...boleh rehat lama sikit dan tak rushing nak checkout.

Malam tu housemate ciksun tolong hantar ke stesyen bas TUTA. Bas YOYO penuh dengan warga Nepal. Sebelah ciksun pun mat Nepal. Tak dapat single seat, terpaksa la duduk aje. Tawakkal je lah, mudahan mat Nepal tu baik-baik orangnya. Alhamdulillah, sampai KLIA2 dengan selamat, takde perkara yang tak diingini berlaku. Waktu tu jam 2.25 pagi. Lagi setengah jam nak check in CapsuleTransit. So, ciksun isi perut dulu dengan Hazukido Croissant yang Sis Lin belanja, bawak dari JB sementara tunggu waktu nak check in.

Balik Bintulu Seminggu

Bila nak check in lak, staff takde dekat reception. Tekan loceng banyak-banyak kali pun takde sape datang ke kaunter. Ada guest lain juga tengah menunggu. Ciksun belek dekat website dan jumpa nombor telefon. Terus call. Telefon berbunyi dekat kaunter tu tapi takde orang ahahahahah! But, maybe sebab staff tu dengar bunyi telefon, selang seminit dua lepas tu, dia pun muncul. Alhamdulillah. Boleh check in dah.

Balik Bintulu Seminggu

Balik Bintulu Seminggu

Ni la tempat ciksun berehat malam tu sampai pagi esoknya. Malam ke kalo kul 3.30 pagi? 😆 Alhamdulillah, boleh lah tido walaupun macam lama jugak nak tido nya. Ye lah, tido tempat baru kan. Walaupun sebelum ni pernah juga tido sini masa nak travel dengan suami. Tapi takde masuk blog lak time tu. Kat sini takde surau ya, kalau nak solat, kena keluar dari CapsuleTransit, tak jauh dari public toilet depan kaunter hotel tu lah suraunya. Menapak beberapa langkah aje dah sampai. So, don't worry and rest assured. Haa gituh!

Bilik air sini sharing, tapi cukup selesa dan bersih. Ciksun uzur waktu tu, jadi pukul 8 pagi baru bangun pergi toilet nak mandi. Cleaning staff tengah bersihkan tandas. Oh lupa nak bagitau, masa check in, diorang akan bagi satu beg yang berisi tuala, berus gigi, ubat gigi dan air mineral botol kecik. So, uols tak payah beratkan beg bawak tuala sendiri. Syampu dan shower gel ada dalam bilik air. Hair dryer pun ada disediakan. Memang sangat memudahkan. Ciksun puas hati!

Balik Bintulu Seminggu

Dalam pukul 11 lebih ciksun checkout sebab dah lapar. Ye lah, skip breakfast kan. Ciksun pergi KK Mart tak jauh dari CapsuleTransit tu untuk alas perut. Beli roti Gardenia satu beg plastik jugak sebab my family kat Bintulu suka sangat makan roti ni.  Ciksun breakfast pun dengan roti Gardenia aje dan air kopi panas. Masa ni hidung dah berair dan asyik batuk-batuk. Ciksun ada resdung, memang gini la pagi-pagi kalo bangun dari tido. Risau jugak kalo tak dapat naik flight sebab ada simptom batuk, maka beli la ubat batuk Hurix untuk legakan sikit batuknya.

Ciksun tunggu suami sampai dekat ruang menunggu. Lepas appointment dengan klien, suami naik bas dari KL Sentral ke sini, dulu harganya RM13 sehala. Sekarang tak sure lah masih sama atau da murah sikit. Pukul 12 lebih sikit tengahari tu, suami pun sampai. Kitorang terus masuk boarding hall, tapi dekat boarding hall gate tu, ground staff check dulu segala dokumen kemasukan ke Sarawak. Disebabkan ciksun orang Sarawak, so tak perlu isi EnterSarawak. Suami ciksun pun tak perlu isi. Kami hanya perlu isi e-Health declaration aje dekat website SDMC. Suami pulak hanya perlu tunjuk sijil nikah kami yang menunjukkan isteri adalah orang Sarawak. Alhamdulillah, lancar semuanya. Terbang dalam 2 jam sebelum tiba di Bintulu pukul 4.45 petang.

Balik Bintulu Seminggu

Alhamdulillah, rindu dendam pada kampung halaman terlerai sudah. Buat apa je kat Bintulu sampai seminggu? Nanti ciksun share dalam entri lain ek!

Bye!

Post a Comment

6 Comments

  1. Kawan ofis saya pun baru balik Sarawak beberapa minggu lepas selepas 2 tahun. Mesti seronok dpt jumpa family setelah sekian lamaaa

    ReplyDelete
  2. Mencabar perjalanan nak balik kampung. Bermacam macam dugaan banyak hal jadi. Alhamdulillah akhirnya sampai jugak kat kampung. Boleh bercuti lama lama. Seminggu tu rasa tak cukup kan sebab lama tak balik.

    ReplyDelete
  3. Macam-macam hal la bila mok pulang. Ya sama kedak mak pak mek madah, orang lain dpt jak cuti lamak. Apa kumampu jawab.. Haha

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dapat pulang ke kampung dengan selamat walau pun banyak karenah yang terpaksa di tempuh.
    Tentu seronok dapat bertemu ahki keluarga tercinta

    ReplyDelete
  5. Next time aku nak ikut ea ko balik kampung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Iye ke tu sislin? 6 tahun kat Bintulu tunggu korang tak datang2 pun! :D dah verangan2 nak ajak korang roadtrip pegi Niah, Miri & Sibu masa tu tapi tak kesampaian pasal kami dah pindah balik KL balik hehehe.

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com