Ticker

6/recent/ticker-posts

Appointment Doktor Gigi di Klinik Pergigian Taman Universiti, Skudai, Johor

Appointment Doktor Gigi di Klinik Pergigian Taman Universiti, Skudai, Johor | Pagi ni ciksun pergi Klinik Pergigian Taman Universiti, Skudai, Johor. Ada temujanji dengan doktor gigi. Ciksun booked online dalam dua bulan yang lepas. Kisahnya gigi depan ciksun pecah masa ciksun floss, tapi pecahnya dekat belakang gigi, so kalo senyum pun masih tak nampak rongaknya. Haha. Jadi, jumpa doktor untuk tanya dia, apa yang ciksun perlu buat.

Appointment Doktor Gigi di Klinik Pergigian Taman Universiti, Skudai, Johor

Sekarang ni, semua kena buat appointment kalo nak buat rawatan gigi kat klinik kerajaan negeri Johor. Kalo kat tempat lain, ciksun tak sure lah. Appointmentnya uols boleh buat dekat website EPRS Klinik Kesihatan. Pilih daerah yang uols nak, then jenis klinik, nanti keluar option nama-nama klinik dalam area daerah tersebut. Kalau belum pernah daftar, nanti akan keluar paparan untuk daftar dulu. Lepas tu baru boleh pilih tarikh, untuk tampalan/cuci atau cabutan/jumpa doktor.

Untuk gigi ciksun, banyak jugak yang nak kena buat sebab da lebih 8 tahun ciksun tak jumpa dentist. Bahahahhaha! Teruk bebenor, sejenis pemalas nak periksa gigi setiap 6 bulan sekali or setahun sekali. Apo lah ekkk, bila dah teruk gigi or dah bermasalah, baru nak jumpa doktor. Tu yang jadi camni punya banyak nak kena repair. Tapi tadi ciksun takde buat apa-apa lah, sebab hanya pilih untuk konsultasi. Gigi ciksun banyak berlubang, yang pecah tu kena tampal. Gigi bongsu bawah belah kanan kena bedah buang sebab dah berlubang sampai gusi, tapi kena pergi buat x-ray dulu sebelum dapat tarikh untuk operation. Lepas tu kena scaling jugak, ni patutnya tiap tahun kena buat.

So, esok baru ciksun boleh buat appointment tampalan yang baru. Tapi kena buat kat klinik lain lah sebab kat Taman Universiti ni da penuh sampai bulan Julai. Ciksun ingat nak buat dekat UTC nanti, sebab nampak ada kosong bulan April, tapi bulan puasa. Aduhhh, kita tengok nanti macam mana. Yang penting nak pergi x-ray dulu gigi dalam minggu ni kat HSA, nak buang gigi bongsu tu sebab selalu terselit makanan, and takut nanti lama-lama akan bawak masalah yang lain pulak.

Uols, bila last jumpa dentist?

Post a Comment

8 Comments

  1. 8 tahun ek, macam sama lama tu. Rasanya akak pun last masa Iman sekolah rendah, hihi. Selagi tak sakit gigi, susah nau2 nak jumpa doc.

    ReplyDelete
  2. PC pun dah lama juga ni tak buat rawatan gigi.

    ReplyDelete
  3. dalam 3 bulan lepas rasanya...ingatkan tampalan lama tertanggal. rupanya ada lubang baru sebelah tampalan lama

    ReplyDelete
  4. 8 tahun lama tu ciksun semoga lepas ni gigi semuanya ok. mama ni pun kena jumpa dentist gak ni api malas laa

    ReplyDelete
  5. last dlm 3-4 thn lepas kot... hihihihi

    ReplyDelete
  6. Tahun ni belum ada, tahun lepas sebelum pose pi cuci GG..

    ReplyDelete
  7. Saya pun pecah haritu rongak kejap. mujur tunggu seminggu je. Sekarang klinik gigi pun appointment penuh. Semua pilih klinik swasta sebab klinik kerajaan pun menunggu lagi lama. Kalau betul betul sakit gigi nak tahan lama tu tak dapat bayangkan.

    ReplyDelete
  8. Sebelum beranak si kecik ada cuci gigi. Tapi tok pun dah pecha gigi di belakang. hmm.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com