Ticker

6/recent/ticker-posts

Selepas Dua Tahun, Anje Balik Rumah

Selepas Dua Tahun, Anje Balik Rumah | Memang teruja sungguh kakak kucing kalo kucing kesayangan yang bertahun-tahun menghilang, tiba-tiba balik rumah dalam keadaan lebih gemuk dan lebih sihat. Haa, tu la perasaan ciksun bila Anje tiba-tiba muncul depan rumah masa ciksun tengah berkebun. Siap mengiau-ngiau ajak bercakap.

Selepas Dua Tahun, Anje Balik Rumah

Dua tahun lepas, Anje ambik keputusan keluar dari rumah, siap heret dak Kiki ikut dia. Masa awal-awal dulu, nampak la jugak dia dengan Kiki lepak-lepak dekat rumah jiran. Tapi lama-kelamaan, dah tak nampak dah kelibatnya. Ciksun berlapang dada, mungkin Anje dah pergi tempat lain atau dah takde. Mungkin juga dah dapat tuan baru.

Rupanya Anje ada lagi kat taman ciksun. Rumah jiran mana tah dia duduk. Nampak Kiki jugak dekat rumah jiran selang dua tiga rumah. Mungkin jiran tu yang bagi makan and jaga. Dedua pulak dah dikembirikan, memang beruntung kalo sesape jumpa and jaga. Agaknya, bila anak-anak bulus hampir semua da balik kampung ikut housemate, bila tinggal seekor je dak Lugia kat rumah ni, dia pun rasa selamat nak muncul semula. Dulu dia stress, mungkin sebab ramai sangat kucing.

Tapi kalau dia datang rumah time ciksun berkebun, ciksun memang tutup pintu depan sesiap. Takut Lugia keluar serang dia. Dak Lugia tu bukan boleh nampak kucing lain masuk kawasan dia. Habis kena belasah nanti. Hari tu pun Anje masuk rumah sekejap, dak Lugia terus serang dia. Adeiii, berlari keluar balik dak Anje dibuatnya 🤦‍♀️

Takpe lah Anje, kakak dapat duduk berkebun sambil ditemani Anje pun dah bahagia.

Alhamdulillah.

Post a Comment

12 Comments

  1. Tempat jatuh lagi dikenang, tak gitu, Anje?? 😍

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..ada yang sudi jaga dia..:)

    ReplyDelete
  3. Gemok.. ko tanya tak mana dia pergi, makan apa, berak mana hehehe dah ada pakwe ke belum...

    ReplyDelete
  4. tudiaaa...dua tahun merajuk ..nasib baik tau jalan balik...

    ReplyDelete
  5. Anje.. Anje.. selepas dua tahun tu.

    ReplyDelete
  6. Anje rindu tmpt dia bermanja tu hehehe

    ReplyDelete
  7. Allahu seronoknya...nampaknya tak mustahil kot kucing2 akk yg hilang tu balik semula aamiin

    ReplyDelete
  8. wehhhhh...pandaii dia balikk ehkkkk..hahahhaha..

    ReplyDelete
  9. Pandainya anje balik rumah. Lama tu menghilang 2 tahun. Syukur dapat jumpa anje lagi.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, makin comel ye dia. Syukur balik semula ke rumah.

    ReplyDelete
  11. lepas 2 tahun tak balik ye. emm.. kucing saya dah seminggu tak balik ni. mana ntah dia. harap ada la yang menjaganya dengan baik.

    ReplyDelete
  12. lama tu 2 tahun. sepanjang pandemik la ye Anje takde. hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com