Ticker

6/recent/ticker-posts

Bersedia untuk Menikmati Nutella B-Ready!

Bersedia untuk Menikmati Nutella B-Ready! | Digemari dalam balang, kini dapatkannya dalam bentuk bar | Nutella, sapuan kacang hazel yang ikonik, telah memperluas rangkaian produknya dengan Nutella B-Ready, iaitu produk biskut yang diperkenalkan baru-baru ini di Malaysia. Direka khusus untuk mereka yang sentiasa aktif dan sibuk serta mereka yang ingin mendapatkan makanan ringan antara sajian utama, Nutella B-Ready baharu merupakan penyelesaian yang sesuai dan tepat.  

Para peminat Nutella yang selama ini menikmatinya dalam bentuk balang kini boleh mencubanya dalam bentuk bar! Nutella B-Ready adalah rangup pada bahagian luar dengan kulit biskutnya, dan berkrim pada bahagian dalamnya dengan  Nutella® yang lazat serta taburan bertih gandum rangup.  Bar biskut yang sentiasa dicari-cari ini dibungkus secara individu dan sesuai untuk dimakan sepanjang hari, pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.  

Bersedia untuk Menikmati Nutella B-Ready!


Sulabh Madhwal, Ketua Pemasaran Nutella Asia Tenggara berkata, “Rakyat Malaysia menggemari makanan ringan, dan di Ferrero, kami sentiasa berusaha untuk memahami dan menangani keperluan tempatan secara inovatif. Dengan Nutella B-ready, kami menawarkan cara baharu kepada rakyat Malaysia untuk menikmati makanan ringan yang sedap pada waktu aktif dan sibuk, dijadikan istimewa dengan perisa ikonik Nutella yang disukai ramai.” 

Nutella B-Ready menggabungkan sapuan kacang hazel yang ikonik dengan kombinasi tekstur berbilang, dan diperbuat daripada tujuh ramuan yang dipilih secara teliti dan berkualiti tinggi tanpa pewarna atau pengawet tambahan. 

Nutella B-Ready kini boleh didapati di rak-rak di kesemua peruncit utama, termasuk pasar raya, kedai serbaneka, kedai runcit, dan kedai dalam talian dalam 2 bentuk – bar tunggal dan pek berbilang yang mengandungi 6 bar. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Nutella Malaysia atau layari  www.nutella.com/my/en/ 

Post a Comment

1 Comments

  1. Wahh...confirm sedap ni. Kalau jumpa kena beli ni cuba rasa.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com