Ticker

6/recent/ticker-posts

Rancang Kewangan Betul-betul, Tiba Masanya Untuk Ada Rumah Sendiri

Dah Tiba Masa Untuk Ada Rumah Sendiri, Kena Buat Apa Ni? | Pada umur ciksun sekarang, memang sepatutnya ciksun dah ada rumah pertama. Rakan-rakan sebaya yang dah bekerjaya, kebanyakannya dah duduk rumah sendiri bersama keluarga masing-masing. Bila nampak diorang update dekat media sosial, baru lepas ambil kunci rumah, rasa seronok dan bahagia. Lagi teruja bila follow proses diorang buat rumah tu dari beli tanah sampai lah rumahnya dah siap. Ada yang masih berkongsi perkembangan menghias laman, ishh termotivasi terus untuk ada rumah sendiri! Ye lah, sejak-sejak membela keladi ni, berangan nak ada rumah landed dengan laman yang luas. Baru la seronok bela banyak pokok!

Rancang Kewangan Betul-betul, Tiba Masanya Untuk Ada Rumah Sendiri

Erm, macam mana nak mula? Ciksun sendiri bekerja sambilan dalam bidang hartanah. Tapi ciksun bukannya masuk betul-betul dalam field. Hanya duduk as admin aje. Walaupun hanya kuli, hari-hari bergelumang dengan perkembangan kerja-kerja tanah. Kiranya ciksun ni kalau dalam proses beli rumah, ciksun dekat bahagian penjual. Jadi, ciksun nampak kerja-kerja tanah ni dari beli tanah, bersihkan tanah, readykan tanah, iklankan hartanah bila dah siap sedia, cari pembeli, sediakan agreement sampai lah tanahnya beralih tangan kepada pembeli.

Baru-baru ni pun boss ciksun ada update, tanah lot banglo dekat Kg. Pulai, Gelang Patah, Johor, dah ready untuk diiklankan kepada pembeli. Kalau ciksun grab tanah tu, ciksun akan dapat geran individu berstatus rumah sesebuah satu tingkat. Tengok keadaan terkini memang bahagia, tanah dah rata dan bersih, boleh terus buat rumah. Lokasinya pulak bersebelahan dengan Taman Nusantara, bank-bank dan highway Perling. Ada masjid dan sekolah agama berdekatan. Lokasi memang sangat best dan strategik dah.

Rancang Kewangan Betul-betul, Tiba Masanya Untuk Ada Rumah Sendiri

Tapi sebelum membeli, ciksun kena ambil kira banyak perkara. Ciksun kena survey betul-betul, buat kira-kira sama ada ciksun mampu atau tak untuk memiliki tanah tu dengan income sedia ada, kena ambil kira juga kos untuk ciksun dirikan rumah atas tanah tu sampai siap nanti. Ini sangat-sangat penting! Bahaya kalau ciksun hanya fikirkan kos masa nak beli tanah aje, tapi tak fikir kos selepas-selepas tu. Ini kalau beli tanah and buat rumah sendiri. Kalau beli rumah dengan bank, kena fikir pulak bayaran bulanan yang ciksun kena hadap bila rumah da siap nanti.

Bila baca tips daripada Property Guru, pinjaman rumah tak patut melebihi satu pertiga (1/3) gaji kasar. Jadi kalau gaji kita RM3,000 sebulan, kita tak patut bayar lebih daripada RM900 untuk pinjaman perumahan. Ada banyak kos lain dalam membeli rumah yang kita kena ambil kira termasuklah bayaran wang pendahuluan/downpayment, kos guaman, duti setem, Memorandum Of Transfer (MOT), dan banyak lagi. Lagi-lagi sekarang ni musim pasca pandemik COVID-19, ramai antara kita yang terjejas kewangannya termasuklah ciksun dan suami. Harga rumah mungkin lah turun sikit masa musim COVID-19, sesuai sangat beli rumah sekarang. Tapi pendapatan kita pun turun bersama jugak. Hahaha!!

Rancang Kewangan Betul-betul, Tiba Masanya Untuk Ada Rumah Sendiri

Sebab tu, wajib ye untuk kita buat perancangan kewangan yang teliti bila melibatkan pembelian hartanah ni. Lagi bagus bila kita ada buat investment tepi sebagai salah satu cara untuk beli hartanah pada masa hadapan. Ciksun kan buat unit trust, ada je klien yang invest cash sebab nak kembangkan duit tu untuk beli rumah. Memang termotivasi ciksun dibuatnya, nak kena ada juga tabung investment khas untuk ciksun memilik rumah sendiri nanti. Insya'Allah.

Selain daripada buat investment, kita jugak boleh buat pinjaman perumahan kalau cukup kelayakan. Terma dan syarat bagi setiap pakej pinjaman adalah berlainan dan kompleks, biasanya bank tak paparkan kat laman web diorang. Jadi, time ni lah kita kena gunakan peguam hartanah untuk rujukan, tanya betul-betul dengan pegawai bank dan minta nasihat dengan peguam yang kita dah pilih. Nak start buat pinjaman ni pun semua kena pakai duit jugak, ya! Haa, jangan ingat khidmat peguam tu percuma ajeee and takde duti-duti setem yang kene bayar. Huhu.

Rancang Kewangan Betul-betul, Tiba Masanya Untuk Ada Rumah Sendiri

Tapi macam mana kalau tak mampu untuk beli rumah dalam masa sekarang?

Tak mengapa, jangan bersedih. Duduk aje rumah sewa buat masa ni, sambil kumpul duit untuk beli rumah sendiri. Kena lah berjimat-cermat bila dah pasang niat nak beli rumah. Sama macam kena berpuasa beli keladi bajet bila dah pasang niat nak beli Pharaoh's Mask. Ehhh!

Hanya peminat keladi yang faham 🤣

Kesimpulannya, memang kena rancang kewangan betul-betul bila dah terdetik dalam hati, nak ada rumah sendiri. Mulakan dari sekarang, buat kaji selidik dalam-dalam dan sediakan banyak duit lebih, barulah hati tenang sebab kita dah usaha sebaik yang mungkin 💖

Doakan ciksun ada rumah sendiri satu hari nanti tau!

Post a Comment

8 Comments

  1. Semuanya perlu dipertimbangkan dengan sangat-sangat teliti kan Ciksun.

    ReplyDelete
  2. skrg ni konfius... nak beli rumah untuk ciksun ke untuk keladi .. bahahahahah. okay gurau !

    ReplyDelete
  3. Memang penting sangat buat perancangan untuk membeli rumah dan mengikut kadar bajet poket sendiri. Satu pelaburan besar dan nak membayar pun untuk jangka masa panjang.

    ReplyDelete
  4. Setuju! Bermula harini.. berjimat harini untuk keperluan masa depan.. tapi dgn kegawatan ekonomi skrg, payah gak nak menyimpan dengan cepat.. kena usaha lebihhhh lagi . . Eh betul tu pasal Keladi.. faham.. tapi.. sy nak yang free free je sekarang.. kahhh

    ReplyDelete
  5. Beli rumah ada tanah lapangm Nyaman sa ati nak bercucuk tanam.

    ReplyDelete
  6. Mun tunggu sampai duit cukup mok beli tanah terus polah rumah memang lamak mok tunggu lebih2 lagi harga tanah & bahan binaan makin nait tiap2 tahun. Mungkin boleh buat secara berperingkat-peringkat. Beli tanah dolok, lekak ya simpan duit untuk polah rumah. Giya dipolah oleh mertua kamek di kampung, lebih2 agik sidaknya pekebun kecik nok income pun sik tetap. Semoga dipermudahkan urusan Ciksun dengan asben mok ada rumah kedirik sik lamak agik :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com