Ticker

6/recent/ticker-posts

5 Tempat Bersejarah di Malaysia yang Boleh Dikunjungi dengan Menaiki Bas

5 Tempat Bersejarah di Malaysia yang Boleh Dikunjungi dengan Menaiki Bas | Malaysia adalah destinasi idaman bagi mereka yang mempunyai minat mendalam tentang sejarah. Negara ini mempunyai gabungan kepelbagaian budaya dan monumen yang menakjubkan. Selain itu, terdapat banyak mercu tanda yang membentuk warisan kaya negara ini. Gabungan unik zaman silam dan sekarang Malaysia menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia. Berikut adalah beberapa tempat bersejarah di negara ini yang anda boleh kunjungi dengan menaiki sebuah bas selepas menempah tiket bas online.

1. Istana Kesultanan Melaka

Istana ini terletak di bahagian utara bandar bersejarah Melaka. Ia merupakan replika istana asal Sultan Mansur Shah yang dibina pada kurun ke-15. Berdasarkan sejarah, Raja Melayu ini merupakan raja yang paling berhias di kalangan raja-raja yang pernah memerintah negeri Melaka. Menurut para sejarawan, istana tujuh tingkat ini hanya dibina menggunakan tembok-tembok kayu yang diukir tanpa menggunakan sebatang paku. Setahun selepas Sultan menaiki takhta, istana ini musnah akibat panahan petir. Muzium Kebudayaan Melaka yang kini berada dalam istana ini sedikit sebanyak memberi gambaran tentang zaman kegemilangan Melaka menerusi artifak dan benda-benda yang telah dikumpul.   

5 Tempat Bersejarah di Malaysia yang Boleh Dikunjungi dengan Menaiki Bas

Istana ini terletak di kaki bukit St. Paul. Kawasan ini mempunyai banyak muzium yang terkenal di Malaysia seperti Muzium Setem Melaka, Muzium Islam Melaka dan Gereja St. Paul. Istana ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang kecuali pada hari Isnin. Cara paling mudah untuk melawat tempat ini adalah dengan menaiki pengangkutan awam dan menempah tiket bas. Bayaran masuk adalah seperti berikut: 

RM3.00 untuk warga negara
RM5.00 untuk bukan warga negara
RM2.00 untuk kanak-kanak

2. Bukit Cina

Tempat ini merupakan perkuburan komuniti Cina terbesar yang terletak di luar negara China. Ia juga merupakan perkuburan Cina yang paling tua di Malaysia dan dikunjungi oleh beribu pelancong tempatan dan pelancong antarabangsa setiap tahun. Luas kawasan ini adalah 25000 meter persegi. Pada zaman dahulu, bukit ini menandakan hubungan rapat antara kesultanan Melayu dan negara China. Jalan menuju ke bukit ini diliputi dengan hutan tebal di mana ramai orang gemar berjalan atau berjoging.

5 Tempat Bersejarah di Malaysia yang Boleh Dikunjungi dengan Menaiki Bas

3. Muzium Warisan Baba & Nyonya

Muzium Warisan Baba & Nyonya juga merupakan antara muzium yang paling digemari di Malaysia. Muzium ini memberi serba sedikit gambaran tentang sejarah lama hubungan antara kaum Melayu dan Cina. Hubungan awal antara kedua-dua kaum ini telah menghasilkan budaya Peranakan yang kaya dengan adat dan tradisi yang unik. Muzium ini mempunyai pelbagai artifak yang telah digunakan dalam kehidupan seharian pada masa dahulu. Muzium ini terletak di dalam sebuah rumah pra Perang Dunia Kedua dan terkenal sebagai sebuah bangunan bersejarah yang telah dijaga dengan baik.

5 Tempat Bersejarah di Malaysia yang Boleh Dikunjungi dengan Menaiki Bas

Waktu beroperasi: Isnin-Khamis: 10 pagi–1 petang, 2 petang–5 petang; Jumaat–Ahad: 10 pagi–1 petang, 2 petang –6 petang

4. Kota Cornwallis

Setiap penggemar sejarah tidak boleh melepaskan peluang untuk mengunjungi kubu lama ini. Ia merupakan kubu terbesar di Malaysia yang masih dalam keadaan yang baik. Kubu ini telah dibina oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris pada akhir kurun ke-18. Seorang Gabenor Jeneral telah membina semula kubu ini berdasarkan seni bina kubu-kubu lain di India. Kini kubu ini menempatkan penjara, gereja kecil, stor menyimpan serbuk senjata api, meriam dan dua patung.

5 Tempat Bersejarah di Malaysia yang Boleh Dikunjungi dengan Menaiki Bas

5. Tokong Ular

Tokong ini dibina pada tahun 1805. Tempat ini adalah satu-satunya tempat di mana anda boleh menemui penghuni-penghuninya iaitu ular-ular kapak tokong. Tokong ini dibina untuk mengenang Chor Soo King, seorang sami Buddha yang dipercayai mempunyai kebolehan untuk menyembuh orang yang cedera dan sakit. Oleh sebab beliau adalah seorang yang suka ular, beliau juga telah membina tempat perlindungan untuk ular di tokong ini. Semasa upacara pentahbisan tokong ini, beberapa ular-ular kapak tokong masuk ke dalam dan mendiami tempat perlindungan yang telah dibina itu. Ada yang mempercayai bahawa ular-ular tersebut adalah pengikut sami ini. Kemenyan besar yang dibakar di dalam tokong ini juga dipercayai menenangkan dan menjinakkan ular-ular yang terdapat di tokong ini.

5 Tempat Bersejarah di Malaysia yang Boleh Dikunjungi dengan Menaiki Bas

Masjid Kampung Kling adalah sebuah lagi monumen bersejarah dengan seni bina yang dipengaruhi oleh pelbagai budaya berbeza seperti; Hindu, Cina, Islam, Sumatera, Melayu dan Eropah. Masjid ini mempunyai tiang-tiang Korintus, jubin-jubin kaca Portugis, tiang lampu yang diperbuat daripada besi tuang Moorish dan ukiran-ukiran Cina. Tempat ini mendapat gelaran Kampung Kling setelah segolongan kaum India; yang dahulu digelar sebagai Kling di Malaysia (gelaran ini tidak lagi digunakan kerana adalah suatu penghinaan kepada kaum India) berhijrah dari India Selatan dan mendiami perkampungan ini pada waktu itu. 

5 Tempat Bersejarah di Malaysia yang Boleh Dikunjungi dengan Menaiki Bas

Kesimpulan

Malaysia mempunyai rangkaian pengangkutan yang maju dan terdiri daripada bas, kereta api, kereta dan kapal terbang komersial. Bas adalah pilihan untuk menaiki pengangkutan pada harga berpatutan. redBus adalah platform yang bagus untuk anda menempah tiket bas online.

Anda pasti akan menikmati pengalaman yang tidak dapat dilupakan jika menaiki bas untuk menjelajah ke tempat-tempat bersejarah di Malaysia. Portal seperti redBus membolehkan anda menempah tiket online bas supaya anda tidak perlu pergi ke kaunter tiket bas yang fizikal.

Post a Comment

5 Comments

  1. Melaka ni dekat dengan Batu Pahat. Tapi bila balik kampung, asyik ada je perancangan lain.

    ReplyDelete
  2. Aish.. melaka ku sayang negeri terbilang..

    ReplyDelete
  3. mudah la nak pergi kalau ada public transpot

    ReplyDelete
  4. Suka pergi Melaka naik public transpot.....

    ReplyDelete
  5. semua tempat-tempat ni senang nak pergi tapi Tokong Ular tak pernah pergi sebab cam takut pulak. hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com