Kadar Zakat Fitrah Semua Negeri 2022

Kadar Zakat Fitrah Semua Negeri 2022

Kadar Zakat Fitrah Semua Negeri 2022 | Assalamualaikum dan salam 20 Ramadan 1443H. Berapa hari dah ciksun tak update blog. Bizi sangat-sangat sebab nak balik kampung esok. Tak sempat nak mengadap blog sebab bizi siapkan Kek Lapis Sarawak untuk raya, dah pack semua bawak ke KL hari ni. Esok lepas sahur da gerak balik Kedah untuk beberapa hari. Berbuka puasa dengan family mertua sebab tahun ni raya Insya'Allah balik Sarawak.

Kek Lapis Sarawak Raya 2022

Tinggal berapa hari aje lagi nak raya, korang da setelkan zakat fitrah ke? Kalau belum, baik setelkan cepat-cepat sebelum terlambat. Kadang-kadang boleh terlupa juga, jadi ni nak ingatkan lah ni. Tiap tahun, ciksun ingatkan suami juga untuk bayar zakat fitrah. Sekarang da bole bayar online, lebih mudah kan. Siap ada apps lagi untuk mudahkan urusan bayaran zakat.

Hikmah Zakat Fitrah

Berapa agaknya kadar zakat fitrah untuk tahun ni? Nah ciksun share senarai kadar bayaran zakat fitrah bagi semua negeri untuk tahun 2022 ni.

NegeriKadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2022
PerlisRM7.00
KedahRM7.00/ RM14.00 / RM21.00
Pulau PinangRM7.00/ RM13.00 / RM20.00
PerakRM7.00/ RM14.00 / RM21.00
SelangorRM7.00/ RM14.00 / RM21.00
Negeri SembilanRM7.00
MelakaRM7.00 / RM14.00 / RM21.00
JohorRM7.00 / RM10.00
PahangRM7.00
TerengganuRM7.00
KelantanRM7.00/ RM14.00/ RM21.00
SarawakRM7.00
SabahRM7.00
WP Kuala LumpurRM7.00 / RM14.00 / RM21.00
Selamat menyelesaikan zakat fitrah semua!

Post a Comment

4 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com