Buffet Ramadhan 2022 - Flavours of Nusantara at LEGOLAND Hotel Malaysia

Buffet Ramadhan 2022 - Flavours of Nusantara at LEGOLAND Hotel Malaysia

Buffet Ramadhan 2022 - Flavours of Nusantara at LEGOLAND Hotel | Alhamdulillah, salam Nuzul al-Quran buat semua. Hari ni tanggal 17 Ramadan 1443H, hari yang sangat istimewa buat umat Islam di seluruh dunia. Hari turunnya kitab suci al-Quran pada zaman silam, peninggalan Rasulullah s.a.w untuk umat yang disayangi. Apa khabar amalan tadabbur al-Quran sepanjang Ramadan ni? Moga sekencang pencarian baju raya atau pembuatan kuih raya hendaknya.

Hari tu, lepas pelancaran Build The Thrills Festival 2022 dekat LEGOLAND Malaysia Resort, ciksun dengan housemates semua pergi berbuka puasa dekat LEGOLAND Hotel pulak. Masa tu habis event dalam pukul 6.45 petang juga. Memang dah nak dekat sangat dengan waktu berbuka puasa. Tak dan ciksun nak tangkap gambar menu satu-satu, cantik-cantik. Memang ramai sungguh orang datang iftar dekat sini, fullhouse!

Buffet Ramadhan 2022 - Flavours of Nusantara at LEGOLAND Hotel Malaysia

Tapi tiap tahun, kalau ada rezeki berbuka puasa dekat sini, Kambing Golek dia memang ciksun tak akan missed walaupun dah berniat awal-awal tak nak makan kambing dah. Bila sampai sana, tetap jugak hulur piring mintak isikan hirisan Kambing Golek. Haha! Nak buat macam mana, memang sedap lerr. Lamb Kofta dia pun ciksun suka, eh kalau dah suka kambing, agaknya semua menu kambing pun jadi sedap ek? ๐Ÿ˜‚

Ok, ok ada jugak menu selain kambing lerr. Ada Bubur Lambuk Daging, Ikan Bakar, Satay Ayam dan Daging, Kebab Daging (sedappp!), Kari Ketam, Telur Itik Masak Lemak Cili Api, Ayam Percik Kelantan, Ikan Siakap Goreng dengan Sos, aneka Sushi, Kerabu, Kuih-muih, Kek, Serawa Durian dan macam-macam lagi.

Nah ciksun share antara menu yang ada dan suasana waktu berbuka puasa hari tu.

Buffet Ramadhan 2022 - Flavours of Nusantara at LEGOLAND Hotel Malaysia

Buffet Ramadhan 2022 - Flavours of Nusantara at LEGOLAND Hotel Malaysia

Buffet Ramadhan 2022 - Flavours of Nusantara at LEGOLAND Hotel Malaysia

Buffet Ramadhan 2022 - Flavours of Nusantara at LEGOLAND Hotel Malaysia

Buffet Ramadhan 2022 - Flavours of Nusantara at LEGOLAND Hotel Malaysia

Buffet Ramadhan 2022 - Flavours of Nusantara at LEGOLAND Hotel Malaysia

Buffet Ramadhan 2022 - Flavours of Nusantara at LEGOLAND Hotel Malaysia

Buffet Ramadhan 2022 - Flavours of Nusantara at LEGOLAND Hotel Malaysia

Kepada uols yang nak berbuka puasa dekat sini, boleh lah buat tempahan segera. Lagi best, boleh dapatkan tiket masuk ke SEAL LIFE Malaysia pada harga RM20 sahajaaa dengan setiap pembelian baucar bufet dinner ni! Best kan? Sementara tunggu waktu nak berbuka, boleh jalan-jalan tengok ikan duluuu alang-alang dah sampai LEGOLAND!

Buffet Ramadhan 2022 - Flavours of Nusantara at LEGOLAND Hotel Malaysia

Buffet Ramadhan 2022 - Flavours of Nusantara at LEGOLAND Hotel Malaysia

Flavours of Nusantara @ LEGOLAND Hotel
Bricks Family Restaurant, Level G
3 April - 2 Mei 2022 | 6 pm - 10 pm

Dewasa: RM138
Kanak²/Warga Emas: RM70 
**Diskaun 10% Off untuk Annual Pass holders

Untuk tempahan dan pertanyaan:
๐Ÿ“ž +607 560 3808/3884
๐Ÿ“ง admin.fnbhotel@legoland.my

Maklumat lanjut:

*Ada persembahan harian sepanjang bulan Ramadhan kecuali hari Selasa.
**Surau di Level LG1.

Post a Comment

10 Comments

  1. Macam tak puas makan kali ni, dah lambat, orang pun sesak.. puas minuk teh tarik je aku gan makan itik.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. di sana kambing di sini kambing, di mana-mana pun kambing... eh ternyanyi pulak... Apapun kambing nang nyammmss

    ReplyDelete
  3. Syok dapat menikmati menu yang pelbagai..

    ReplyDelete
  4. Selamat berbuka puasa
    meriah menunya

    ReplyDelete
  5. kambing golek dia sedap. tp kita cari sos blackpepper x jumpa hahaha

    ReplyDelete
  6. eh eh ingat cik sun yang menari kat depan tu hahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com