Ticker

6/recent/ticker-posts

3 Cara Hilangkan Resdung

3 Cara Hilangkan Resdung | Ciksun perasan, dalam setahun dua ni resdung ciksun semakin teruk. Sejak disahkan menghidap alergi rhinitis a.k.a resdung pada tahun 2016, hidup ciksun memang bergantung dengan ubat antihistamin. Tapi ciksun takde la makan setiap hari ubat tu. Hanya makan bila perlu atau bila simptom resdung menyerang. Biasanya ciksun akan bersin-bersin yang teruk tak berhenti bila duduk dekat office. Office ciksun pulak berkarpet, mungkin partikel debu yang halus dari karpet tu menyebabkan ciksun kalah. Hidung asyik berair, gatal dan diikuti dengan bersin tanpa henti.

3 Cara Hilangkan Resdung

Penyakit resdung atau alergi rhinitis merupakan sesuatu yang amat lazim di seluruh dunia. Tapi, adakah anda tahu simptom atau ciri ciri resdung yang teruk dan perlukan perhatian daripada doktor secepat mungkin?

Selalunya, pesakit resdung akan mengalami simptom yang seakan-akan demam selesema seperti bersin, gatal-gatal atau mata dan hidung berair. Semua simptom ini akan terjadi sejurus selepas pesakit tersentuh atau terhidu alergen tersebut.

Namun, bukan semua pesakit resdung akan alami simptom yang teruk. Ada pesakit yang hanya mengalami simptom yang ringan. Selalunya, pesakit resdung jenis ini boleh dirawat dengan baik dan efektif.

Walau bagaimanapun, wujud juga pesakit yang mengalami ciri ciri resdung yang teruk dan berkekalan dalam satu tempoh masa yang lama. Penyakit resdung yang teruk boleh membuatkan hidung jadi tersumbat. Malah, resdung juga boleh menghilangkan deria bau seseorang dan mengganggu fungsi hidung yang lain.

Sebagai contoh, hidung manusia berfungsi menapis partikel kecil sebelum udara masuk ke dalam paru-paru. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai alahan, partikel kecil yang terperangkap di dalam rongga hidung boleh menyebabkan sensitiviti.

Selepas itu, tisu pada kawasan hidung akan mula mengalami inflamasi dan menyebabkan ia mula berair dan gatal-gatal. Inilah salah satu ciri ciri resdung yang teruk yang anda perlu tahu. Walau bagaimanapun, resdung merupakan sesuatu yang lazim berlaku dan boleh dirawat dengan baik.

Satu lagi perkara yang boleh menyebabkan resdung jadi semakin teruk ialah penyakit asma yang berlaku kepada 20% ke 40% pesakit. Malah, ada juga pesakit yang mungkin mengalami ekzema dalam masa yang sama.

3 Cara Hilangkan Resdung

Simptom Resdung
Jika anda mempunyai penyakit resdung, simptom akan muncul selepas beberapa jam terdedah dengan sebarang alergen. Antaranya adalah:
  • Rasa gatal pada kawasan mulut, mata, tekak atau kulit
  • Tidak dapat menghidu dengan baik
  • Hidung yang berair
  • Kerap bersin
  • Mata berair

Namun, setelah beberapa ketika, pesakit mungkin akan alami simptom yang lebih teruk. Antara ciri-ciri resdung yang teruk ialah:
  • Hidung tersumbat
  • Batuk-batuk
  • Telinga tersumbat dan tidak dapat menghidu dengan baik
  • Sakit tekak
  • Lingkaran hitam bawah mata
  • Mata yang sembap
  • Rasa letih dan cepat marah
  • Pening kepala

3 Cara Hilangkan Resdung
Ada 3 strategi yang berkesan untuk merawat dan hilangkan resdung.

Strategi pertama adalah dengan menjauhkan diri daripada alergen. Kedua, mengambil ubat-ubatan untuk mengurangkan simptom dan ketiga, mengambil suntikan immunoterapi.

1. Hindari alergen untuk hilangkan resdung
Cuba kenal pasti punca alahan dan elakkannya. Pastikan cadar, sarung bantal, tilam, karpet dan sebagainya bersih daripada sebarang habuk.

Jika anda mempunyai haiwan peliharaan yang menyebabkan anda mengalami simptom resdung, cuba mandikannya sekali seminggu dan jauhkan ia daripada kawasan bilik atau perabot.

2. Ubat-ubatan sebagai cara rawat penyakit resdung
Jika anda kerap mengalami alergi rhinitis, doktor mungkin akan memberikan ubat-ubatan sebagai satu cara untuk merawat atau hilangkan resdung tersebut. Ubat yang doktor berikan kepada pesakit mungkin berbeza mengikut keseriusan simptom penyakit resdung yang dialami.

3 Cara Hilangkan Resdung

Selain itu, doktor juga akan mengambil kira faktor lain seperti umur dan sama ada anda mempunyai asma ataupun tidak sebelum memberi preskripsi ubat. Sebagai contoh, doktor mungkin akan mencadangkan ubat-ubatan seperti:

Antihistamin sebagai cara hilangkan resdung
Antihistamin merupakan sejenis ubat yang berfungsi dengan cara menghalang histamin, sejenis protein yang dirembeskan oleh badan ketika mengalami reaksi alahan.

Antihistamin boleh didapati di dalam bentuk pil, cecair, titik mata, penyembur hidung (nasal sprays) dan inhalers.

Ubat hidung tersumbat (decongestants)
Ubat hidung tersumbat, seperti namanya, dapat membantu menghilangkan sebarang halangan di dalam hidung pesakit. Walau bagaimanapun, decongestant boleh menyebabkan pesakit alami pening kepala, sukar tidur dan rasa cepat marah.

Ubat ini boleh diambil dalam bentuk pil atau cecair dan juga boleh didapati dalam bentuk semburan hidung. Walau bagaimanapun, elak menggunakan ubat ini lebih daripada 3 hari.

Semburan hidung kortikosteroid
Semburan ini amat berkesan untuk mengurangkan simptom alahan rhinitis. Malah, ia juga selamat untuk kegunaan kanak-kanak dan juga orang dewasa.

3 Cara Hilangkan Resdung

Leukotriene blockers
Ketika pesakit mengalami reaksi alahan, badan akan mengeluarkan hormon leukotriene, histamin dan bahan kimia lain yang menyebabkan inflamasi. Leukotriene blockers boleh menghalang badan daripada merembeskan leukotriene untuk mengurangkan simptom penyakit resdung.

Walau bagaimanapun, ada pesakit yang melaporkan mengalami kesan sampingan seperti ruam, pergerakan badan yang berlaku secara tiba-tiba, mimpi yang jelas dan perubahan mood yang ketara semasa mengambil ubat ini.

3. Suntikan immunoterapi untuk cara hilangkan resdung
Jika anda tidak boleh mengelakkan alergen yang menyebabkan alahan atau simptom yang dialami adalah serius dan sukar dikawal, doktor mungkin akan mencadangkan suntikan immunoterapi kepada anda.

Doktor akan memberikan beberapa suntikan yang mengandungi alergen dalam bilangan yang kecil. Setiap kali anda mengambil suntikan, jumlah alergen akan ditingkatkan hinggalah sistem imun badan anda mampu bertahan terhadap alergen tersebut.

Selain suntikan, doktor juga boleh memberi immunoterapi dalam bentuk pil. Pil ini perlu diletakkan di bawah lidah pesakit.

Kesimpulan
Penyakit resdung boleh membuat anda rasa tidak selesa. Namun, itu tidak bermakna tidak ada cara hilangkan resdung atau merawat resdung yang anda alami.

Kebanyakan pesakit yang mempunyai resdung boleh hidup seperti biasa dengan syarat mereka melakukan beberapa perubahan dari segi gaya hidup dan mengambil ubat dengan nasihat doktor.

Dengan ini, pesakit boleh merawat atau mencuba cara hilangkan resdung yang mereka alami seperti di atas.

Post a Comment

5 Comments

  1. Yah, bila hilaang rasa lega lalu jak..

    ReplyDelete
  2. Ada orang pernah cakap dengan saya, orang resdung kena kurangkan makan ayam. so far saya ikut cakap dia kurang jugak gatal-gatal tu. kulit pun jarang naik jerawat

    ReplyDelete
  3. Kmk dgn anak kmk sama2 ada resdung. Nya macam penyakit keturunan kali, sbb mak kmk pun ada resdung juak. Balit kampung riya masa vakum bilit sbb dah lama sik balit, wajib pakai face mask takut trigger resdung. Sekali dah berkasik, nang sehari2 la sampai migraine kenaknya.

    ReplyDelete
  4. SA takde resdung dan jarang sekali kena selsema...tapi kalu sekali kena memang jenis lambat elok...

    ReplyDelete
  5. mungkin kah kmk ada resdung juka...hidup tersumbat sepanjang tahun tahun

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com