Dah Lama Tak Main Game Solitaire, Fuhhh Mencabar Betul!

Dah Lama Tak Main Game Solitaire, Fuhhh Mencabar Betul!

Dah Lama Tak Main Game Solitaire, Fuhhh Mencabar Betul! | Dulu-dulu, masa ciksun masih sekolah rendah, bapak belikan komputer untuk buat kerja-kerja sekolah. Komputer pertama dalam family ciksun, pakai CPU lagi masa tu. Geng-geng zaman belajar tahun 90-an mesti kenal rupa komputer lama dulu macam mana kan. Seakan-akan TV lama, tapi dalam bentuk yang lebih kecik, berat pun berat. Komputer tu lah tempat ciksun dengan adik-beradik and sepupu sepapat buat kerja dan main game ramai-ramai. 

Ikutkan sepupu sebelah rumah ciksun dah ada dah komputer, tapi pak ngah ciksun banyak pakai komputer tu untuk buat kerja. Kalau nak main game Resident Evil beramai-ramai, kitorang akan berkumpul dekat rumah ciksun. Menjerit-jerit tengok zombie memasing. Kadang sampai kena marah dengan mamak sebab bising and duk mengadap komputer aje semua. Tu belum bab main game The Sims, boleh berjam-jam duduk depan komputer tu semata-mata nak bina perumahan yang diidamkan. Haha!

Kenangan betul lah!

Tapi kan, bukan kitorang aje yang main game kat komputer tu. Bapak ciksun pun sama aje naik main game. Tapi bapak tak main la game Resident Evil dengan The Sims tu, terlalu advanced dan kekanak sangat untuk dia. Hahaha. Kalau bapak yang main game, kitorang akan nampak dia main Solitaire. Game Solitaire ni kan biasanya dah ada dalam komputer lama-lama dulu. Dalam laptop zaman sekarang pun kadang-kadang dah ada installed sesiap.

Game klasik daun terup yang menguji minda dan kebolehan merancang strategi. Bapak dulu mengadap jugak komputer tu sampai mamak bising 😂 Tapi mamak tak faham, dia cakap main judi 🤣 Padahal bukan pun. Takde pertaruhan ape-ape pun dalam game Solitaire. Hanya main susun-susun dan organize kad daun terup tu ikut nombor dan warna.

Rindu betul zaman tu. Sekarang ni kalau nak main game Solitaire online pun dah senang. Banyak sangat website yang bangunkan game ni. Lagi best, ada banyak pulak tu jenis Solitaire nya. Kalau dulu-dulu hanya tahu Classic Solitaire, sekarang ada banyak lagi jenis dia dan lebih mencabar daripada yang klasik tu.

Main Game Solitaire Online

Salah satu web yang selalu ciksun singgah kalo nak main game ni adalah Solitaire.org. Boleh bukak dekat telefon atau dekat laptop. Kalau dekat laptop, main kat browser dia lah. Kalau dalam telefon, kita boleh buat full screen dengan klik pada button yang berkenaan. Best main kat sini sebab takde iklan langsung. 100% FREE ye!

Dah Lama Tak Main Game Solitaire, Fuhhh Mencabar Betul!

Ada banyak jenis game Solitaire dia, dari yang Classic, Klondike, Spider, FreeCell, Pyramid, Tripeaks hingga lah ke Golf. Ciksun biasa main yang Classic tu, ambik Draw 1 pun dah mencabar, apatah lagi kalau Draw 3. Nak lagi mencabar, main yang Klondike dengan Spider. Tapi sebab ciksun main game untuk hilangkan stress, so amek yang senang aje. Kahhhhh! Susah-susah nanti bertambah stress 🤣

Main Game Solitaire Online

Selain daripada Solitaire, diorang ada jugak game Card, Mahjong, Hidden Object, Match 3, Logic Puzzles, dan Word. Orang kata kalo main game Hidden Object ni bagus untuk mengasah kebolehan meneliti sesuatu, selain menajamkan mata budak-budak bila berusaha cari benda tersembunyi. Lepas tu boleh tengok high score around the world yang pernah main game dekat website ni. Nampak la kita rank ke berapa satu dunia. Haha.

Main Game Online di Solitaire.org

Main Game Online di Solitaire.org

Sementara tu ada jugak game Logic Puzzles macam Battleship. Ciksun try main susun kapal, and teka kapal musuh dekat mana dengan membedil peluru berpandu. Wahahaha. Tapi banyak kali main, asyik musuh je menang. Gerammm je sebab setiap round tu boleh tiga kali teka aje. Sape yang dapat musnahkan semua kapal musuh dulu, dia menang.

Main Game Online di Solitaire.org

Main Game Online di Solitaire.org

Game Match 3 pulak lebih kurang macam Candy Crush, so sape da biasa main, tahu la arahan dia macam mana kan. Ada banyak lagi game lain kat situ yang tak sempat lagi ciksun nak explore. Memang banyak sungguh pilihan ikut kegemaran masing-masing. Hearts dalam kategori Card tu pun best juga, tapi tak berapa mahir lagi main. Ciksun belasah aje cuba-cuba, memang kena macam ni. Lama-lama baru la kita faham macam mana nak menang. Hihi.

Main Game Online di Solitaire.org

Main Game Online di Solitaire.org

Main Game Online di Solitaire.org

Tapi sebenarnya ada cara-cara untuk main setiap game tu yang disediakan. Tinggal rajin dengan tak rajin baca aje. Lengkap dari sejarah game dan penerangan tentang cara-cara bermain. Tapi dalam bahasa Inggeris lah. Tu yang ciksun pass aje membaca, terus main aje. Hahaha!

Kalau korang tengah tepu kepala otak dekat office tu atau boring tak tahu nak buat ape, boleh la bukak website dia untuk main game yang ada. Tak rugi tau, sekali-sekala kann. Jangan la sampai ketagih pulak main, hahaha! Ibu bapa, boleh pantau anak-anak main ikut masa yang ditetapkan. Ok lah, ciksun nak sambung main game!

Jemput join main kat sini: Solitaire.org

Post a Comment

8 Comments

  1. itu je game yang ada kat komputer dulu. sekarang ni nak main game apa semua senang, download je kat phone..hehe

    ReplyDelete
  2. Cara nak rehatkan minda sekejap main game dulu..

    ReplyDelete
  3. Aku sampai sekarang main game ni Sunnn..

    ReplyDelete
  4. nampak nau olskul nya kalau terer main solitaire ni... jaman takde internet dulu, mmg main solitaire, freecell, minesweeper, golf, mahjong. takpun beli CD lima ringgit.. main ace of empires & red alert

    ReplyDelete
  5. Aku main game Pau je selalunyaa 😂Dengan Zombie... Skrg ni jarang main game... Bolehlah try kat website ni kalau bosan bosan

    ReplyDelete
  6. Suka gak main solitaire ni. Takpun paintball. Hehe

    ReplyDelete
  7. dulu kala kan ada solitaire ni kat komputer kan. bila boring, main aje la yg ni h aha ha ha... freecell tu best. menguji minda. kekadang tu tak menjadik, zass klik main yg baru :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com