Akhirnya Naik Jugak Menara Alor Setar

Akhirnya Naik Jugak Menara Alor Setar

Akhirnya Naik Jugak Menara Alor Setar | Tak pernah pun terfikir dalam kepala ni nak naik Menara Alor Setar. Kalau sekadar jalan-jalan kat bawah dia je, pernah lah jugak. Itu pun dah lebih sepuluh tahun yang lepas. Masa balik Kedah hari tu sempena kenduri anak buah dan housemate, boleh pulak housemates ciksun ni masukkan aktiviti naik Menara Alor Setar dalam itinerari. Tapi itu pun kitorang takde la nak ikut sangat itinerari. Survey harga dulu baru decide nak naik ke tak.

Akhirnya Naik Jugak Menara Alor Setar

Sampai area situ, parking depan Eco-Shop. Tak ambil gambar pun depan menara. Terus masuk dalam tanya harga, walaupun dah tengok kat website dia. Kot la ada perubahan kan. Oh, sama je dengan dalam website, RM6 untuk Observation Deck, RM24 untuk Star View. Kitorang ambik yang Observation Deck aje, tapi masa pergi tu kena tunggu 15 minit. Ada SOP diorang juga untuk limitkan berapa orang kat atas nun.

Akhirnya Naik Jugak Menara Alor Setar

Sementara menunggu, kitorang keluar balik sebab nampak aiskrim Mokti's Ice Cream kat sebelah menara tu. Dari JB sampai ke Loqstaq, baru la nak merasa aiskrim Mokti ni. Dak Nada da meratib ngajak try aiskrim gula apong ni kat JB, tapi tak pergi-pergi. Akhirnya kat sini jugak kitorang dapat cuba. Sorang beli semangkuk kecik.

Akhirnya Naik Jugak Menara Alor Setar

Tak ingat rega berapa tapi dalam RM4 - RM6 aje kalo sekali dengan topping. Sedap juga aiskrimnya, ada gula apong yang dicairkan atas aiskrim. Kena makan sekali dengan gula apong tu baru sedap. Kalo tak, nanti tak rasa manis gula apong tu. Dalam 15 minit kemudian, kitorang pun masuk dalam and beli tiket.

Akhirnya Naik Jugak Menara Alor Setar

Ni harga tiketnya. Memang banyak diskaun dari harga asal. Tak tahu la sampai bila harga ni ha. Boleh check dekat website diorang tau untuk update harga terkini. Google aje. Then sebelum naik lif tu, ade photographer diorang akan suruh kita posing dengan green screen background. Kita pun ikut je la arahan dia. Lepas tu naik lif ke Observation Deck.

Akhirnya Naik Jugak Menara Alor Setar

Lif dia lif luar bangunan. So, dari bawah ke atas akan nampak pemandangan bandar Alor Setar. Dak Ibah dah seram dah, bila nak sampai atas ni. Dia da gayat, ciksun pun pening jugak kalo duk tengok luar tu. Jadi, ciksun tengok pintu lif aje. Hahaha!

Nah, gambar-gambar dekat atas.

Akhirnya Naik Jugak Menara Alor Setar

Akhirnya Naik Jugak Menara Alor Setar

Akhirnya Naik Jugak Menara Alor Setar

Akhirnya Naik Jugak Menara Alor Setar

Best jugak lah aktiviti ni. Bila dah naik, cukup la ni sekali seumur hidup. Hihi. Bak kata Nada, kalau tak naik hari tu, memang sampai bila-bila tak akan naik. Nak sampai Alor Setar pun jarang-jarang kan. Ciksun pun kalo balik Kedah, jarang sangat lah berjalan. Banyak duduk rumah mertua aje. Kalau keluar pun pergi rumah sedara-mara atau pergi beli barang dapur.

Kalau uols datang Alor Setar, boleh lah masukkan aktiviti ni dalam list, ok!

Menara Alor Setar
Lot. 99 Lebuhraya Darulaman 05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Buka setiap hari
9 pagi - 10 malam

No. Tel: (604) - 720 2906 / 720 2901 / 720 2234

Post a Comment

3 Comments

  1. Ammi yg dok KL...menara KL pun tak naik lagi ahaksss

    ReplyDelete
  2. Aku menaraKL je pernah naik, lain menara takde...
    Haritu makan aiskrim MOkti lupa nak amik gambo hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Gula apong tu gula melaka ye? Nampak sedap!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com