Perkara-perkara Sunat Sebelum, Semasa, dan Selepas Korban

Perkara-perkara Sunat Sebelum, Semasa, dan Selepas Korban

Perkara-perkara Sunat Sebelum, Semasa, dan Selepas Korban | Tahun ni, housemate ciksun bagitau, family dia ada buat ibadah korban. Alhamdulillah. Dari sebelum masuk Zulhijjah lagi dia da cakap kat ciksun, ingatkan dia supaya potong kuku sebelum masuk bulan Zulhijjah. Ciksun pun tanya dia, ohh tak boleh potong kuku ye? Dah tua ni, dah lupa dah apa perkara yang sunat dan wajib untuk orang yang berkorban. Dulu masa sekolah ade je belajar dalam subjek Pendidikan Islam. Jadinya, ciksun pun cari lah kat google dan jumpa perkara-perkara sunat dalam ibadah korban ni.

Perkara-perkara Sunat Sebelum, Semasa, dan Selepas Korban

1. Tidak menggunting atau mencukur rambut dan memotong kuku apabila masuknya 1 Zulhijjah.
Disunatkan kepada individu yang ingin melakukan ibadah korban supaya tidak menggunting atau mencukur rambut dan memotong kuku apabila masuknya 1 Zulhijjah, dan berkekalan sehinggalah dia menyempurnakan penyembelihan korban. Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud):

"Sesiapa memiliki binatang korban yang ingin disembelihnya, kemudian dia melihat anak bulan Zulhijjah, maka janganlah dia menggunting rambut dan memotong kukunya walaupun sedikit sehinggalah dia menyembelih korban terlebih dahulu." (HR Muslim)

Larangan menggunting rambut dan memotong kuku dalam hadis tersebut bukanlah larangan haram, sebaliknya hanya larangan makruh. Hikmah di sebalik larangan itu supaya individu yang ingin melaksanakan ibadah korban dapat menyerupai orang yang sedang berihram haji iaitu penyamaan dari segi wajah kerana tidak bercukur rambut dan memotong kuku.

2. Menyembelih sendiri binatang korban.
Jika tidak mampu, harus diwakilkan kepada orang lain untuk menyembelihnya. Adalah sunat diwakilkan untuk menyembelih binatang korban kepada orang yang alim mengenai hukum-hakam korban.

3. Menajamkan pisau.
Ia bertujuan untuk tidak menyeksa binatang yang disembelih di samping memudahkan binatang korban mati setelah disembelih.

4. Menghadapkan binatang yang disembelih ke arah kiblat.
Begitu juga tukang sembelih turut menghadapkan dirinya ke arah kiblat.

5. Membaca بسم الله الرحمن الرحيم semasa memulakan penyembelihan.
Jika tidak membacanya kerana terlupa atau sengaja, penyembelihan adalah sah, tetapi makruh jika ditinggalkan dengan sengaja.

6. Berselawat ke atas Nabi SAW semasa menyembelih dengan berkata اللهم صل على سيدنا محمد .
Selawat dilafazkan selepas membaca bismillah.

7. Menyembelih dengan cara yang betul.
Menyembelih dengan cepat dengan melalukan pisau secara pergi balik iaitu ke atas dan ke bawah kerana cara seperti ini mempercepatkan kematian binatang yang disembelih. Sunat direbahkan dalam keadaan rusuk kirinya di atas tanah atau lantai. Penyembelih hendaklah memegang kulit tengkuk haiwan di bahagian bawah dagunya dan menariknya sehingga nampak jelas kulitnya. Alat menyembelih diletakkan di leher dengan memutuskan halqum, urat mari’ dan dua urat di leher kiri kanan haiwan (wadajain).

8. Mengucap takbir dengan berkata الله أكبر selepas membaca bismillah dan berselawat.
Sebaik-baik takbir ialah sekali sebelum penyembelihan dan tiga kali selepasnya.

9. Berdoa selepas selesai penyembelihan.
“Ya Allah binatang korban ini adalah anugerah-Mu dan dipersembahkan kepada-Mu, maka terimalah ibadah korbanku.”

Sekiranya binatang korban tidak disembelih sendiri oleh individu yang berkorban, maka wakil yang menyembelihnya hendaklah membaca doa seperti berikut:

“Ya Allah binatang korban ini adalah anugerah-Mu, maka terimalah korban si polan (niatlah nama individu yang berkorban).”

10. Orang yang musafir juga disunatkan melaksanakan ibadah korban.
Hal ini berdasarkan hadis berikut:

Sayidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w telah melaksanakan ibadah korban untuk isteri-isterinya di Mina pada tahun haji Wadak. (HR Bukhari & Muslim)

11. Memilih haiwan korban yang paling baik, cantik dan sihat.
Menyembelih binatang korban yang gemuk kerana banyak dagingnya dan binatang korban yang tidak patah tanduk.

AGIHAN DAGING KORBAN

Sebelum melaksanakan pengagihan daging korban, tindakan pertama yang wajib dilakukan ialah mengasingkan antara daging bahagian korban wajib daripada daging bahagian korban sunat sebelum diagihkan kepada penerima. Hal ini dilaksanakan jika perkongsian tujuh bahagian itu berlaku antara mereka yang berniat korban wajib dengan mereka yang berniat korban sunat, atau ada bahagian yang diniatkan untuk aqiqah.

Ini langkah pertama yang amat penting kerana daging korban wajib, wajib diagihkan kepada yang berhak kesemuanya, begitu juga dengan bahagian aqiqah yang ada cara pengagihannya yang sedikit berbeza dengan pengagihan korban sunat.

Beberapa urusan lain yang berkaitan dengannya hendaklah diputuskan melalui jawatankuasa yang dibentuk untuk memudahkan pengagihan kepada pihak-pihak yang telah dikenal pasti seperti yang berikut:
  • Memastikan daging korban cukup untuk diagihkan kepada pihak-pihak yang telah disenaraikan
  • Menyediakan senarai penerima daging korban mengikut keutamaan
  • Mengutamakan golongan fakir dan miskin yang telah dikenal pasti status mereka;
  • Mengagihkan daging korban kepada mereka yang tinggal di kawasan terpencil
  • Menyediakan kontena sejuk (jika perlu) untuk menempatkan daging korban sebelum ia diagih ke kawasan pedalaman
  • Mengagihkan daging korban kepada golongan yang berada sekiranya terdapat lebihan daging korban tersebut.

Rujukan:

Post a Comment

3 Comments

  1. kejap je dah nk raya korban kan....

    ReplyDelete
  2. kena ngam2 sebelum masuk bulan Zulhijjah, potong kuku. Kot dah seminggu, bayangkan panjang pulak kukunya nanti cam Cik Pon, hahaha

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas peringatan. kena potong apa yang patut potong esok.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com