Ticker

6/recent/ticker-posts

Pertama Kali Naik Fast Ferry Pulau Pinang

Pertama Kali Naik Fast Ferry Pulau Pinang | Habis kenduri kahwin anak buah ciksun dekat Kodiang hari tu, ciksun ke Penang pulak. Suami pagi-pagi hantar ciksun ke Penang Port, Butterworth. Mula-mula kitorang tak tahu nak turun kat mana, hampir-hampir nak masuk bahagian kereta and lori naik feri tu. Patah balik untuk ke bangunan Penang Sentral, penumpang kena naik feri dari situ.

Pengalaman Naik Fast Ferry Pulau Pinang 2022

Ikut signage kat siling, ciksun pergi ke jeti Butterworth. Nak segera beli tiket sebab takut housemate ciksun kat seberang menunggu lama. Tapi bila sampai jeti, ehhh kaunter tak bukak lagi? Pukul 10.30 pagi baru next ferry. Alamak, sejam lebih lagi! Terus masuk Penang Sental balik, cari kaunter pertanyaan. Kot la ada bas direct ke seberang dari sini. Ok, takde. Memang kena naik feri. Maka terpaksa lah ciksun menunggu sejam lebih dekat situ.

Silap ciksun sebab tak hadam betul-betul jadual feri 🤦‍♀️

Bila ciksun check dekat website Penang Port, rupa-rupanya ciksun sampai tu maybe feri pukul 9 pagi da berlepas. Ada dua feri yang beroperasi, tapi feri pertama akan disanitasi lepas perjalanan pukul 9 tu. Feri kedua hanya akan beroperasi bermula dari pukul 10.30 pagi. Waktu salah satu feri disanitiasi, feri yang satu lagi akan ganti untuk menyeberang. Gitu kekdahnya.

jadual perjalanan feri pulau pinang hari biasa 2022

jadual perjalanan feri pulau pinang hari minggu dan cuti sekolah 2022

And seumur hidup ciksun memang tak pernah lah naik feri menyeberang ke Georgetown. Dulu masa duduk Padang Serai, Kedah, ciksun naik kereta aje tiap ujung minggu ke sana sebab adik ciksun belajar dekat USM masa tu. Jadi memang tak pernah la naik feri lama Pulau Pinang yang boleh bawak kereta sekali tu. Perkhidmatan penumpang sekarang adalah menggunakan Fast Ferry.

jadual perjalanan feri pulau pinang hari minggu dan cuti sekolah 2022

Pengalaman Naik Fast Ferry Pulau Pinang 2022

Dengan Fast Ferry, penumpang boleh menyeberang dari Butterworth ke Georgetown dalam masa kurang lebih 10 minit aje! Terkejut ciksun, sekejap aje dah sampai. Hahaha! Serius laju gilerr! Selang masa antara trip feri adalah 30 minit sahaja, dan boleh menampung sehingga 200 orang penumpang. Macam mana kalo nak bawak kenderaan? Buat masa ni, hanya motor dan basikal aje boleh menyeberang, tapi guna Feri Kenderaan yang khas.

Pengalaman Naik Fast Ferry Pulau Pinang 2022

Sebelum 10.30 pagi, kaunter tiket dah buka. Ciksun pun join berbaris, ramai juga warga asing yang turut sama nak menyeberang. Harga tiket adalah RM1.20 per dewasa dan RM0.60 per kanak-kanak atau OKU. Tapi kalau uols pemegang MyKad, tunjuk IC untuk dapatkan free tiket. Ye, perkhidmatan feri percuma untuk warganegara Malaysia ni berjalan sampai 31 Disember 2022. Manfaatkanlah sebaiknya, ya!

Pengalaman Naik Fast Ferry Pulau Pinang 2022

Pengalaman Naik Fast Ferry Pulau Pinang 2022

Lepas dapat tiket, tunggu sekejap di balai berlepas. Haa, ada balai berlepas jugak ye. Haha. Nak masuk feri, beratur dalam satu barisan. Tak perlu lah nak potong memotong. Hairan ciksun, ada jugak yang nak memotong barisan. Buat geram aje. Orang lain dah datang lebih awal dan menunggu lama, diorang baru datang, siap nak potong satu keluarga 🙄

Pengalaman Naik Fast Ferry Pulau Pinang 2022

Pengalaman Naik Fast Ferry Pulau Pinang 2022

Pengalaman Naik Fast Ferry Pulau Pinang 2022

Dalam feri pulak, ikut je la arahan. Duduk sehingga feri berhenti sepenuhnya, ni tak, apa lah yang dikejarkan warga Nepal ni nak bangun laju-laju. Tak dapat gak nak keluar terus, sebab feri belum berhenti lagi. Ish geram lahhh. Penattttt dengan perangai manusia.

Tu je la yang tak berapa bestnya. Perkhidmatan Fast Ferry Pulang Pinang ok, terbaikkkk. Perangai penumpang je yang jelik.

Ok bye!

Post a Comment

15 Comments

  1. ammi pun tak pernah ke seberang naik feri...biasa lalu jambatan je sbb gi dgn kereta kan

    ReplyDelete
  2. Namanya feri Kenangan ye.
    Saya pun ada kenangan pertama kali naik feri ke Pulau Pinang zaman muda dulu. Kami berkunjung ke USM sebab terlibat dengan sukan inter varsiti. Saya masih ingat, tambang feri waktu itu 40 sen!

    ReplyDelete
  3. wahh kami orang utara pun tak naik lagi hehhe

    ReplyDelete
  4. Sekarang feri yg boleh naik sekali dgn kereta tu dah tak ade kan Ciksun? Suka naik yg itu...yg baru ni belum try lagi.

    ReplyDelete
  5. Waaah... best laa sesekali naik feri. Lepas ni layan cruise pulak yea ciksun. (fuhh, lega dah telinga ni kena korek)

    ReplyDelete
  6. Oh,ada fast ferry rupanya...Peghaknya saya🤭..Ingatkan lepas feri kenderaan tu dah stop semua dah kena ikut jambatan..
    Belum pernah naik lagi ni..TQ info

    ReplyDelete
  7. bengang kan kalo org tergesa2 nk turun padahal bukan leh terus kuar pun xkiralah feri ke kapalterbang keeww.,huhuhu

    ReplyDelete
  8. dulu kala masa kekecik, naik feri dari seberang ke pulau pinang. dgn abah mak sekeluarga, ciksun. memori sgt! yg ni lom naik lagi, dok lintas ikut jambatan aje :)

    ReplyDelete
  9. kita naik feri zaman 90an je hehehe... itupun feri yg lama gila slow banget tu :D

    ReplyDelete
  10. Pernah naik feri sekaliii jer . hihi...

    ReplyDelete
  11. Menarik harga tiket tuu... teringin lak try

    ReplyDelete
  12. Aku naik ferry Penang berzamannn duluuuu... nanti nak buat rombongan geng bas sekolah laa naik Ferry hahaha

    ReplyDelete
  13. tak naik lagi ferry baru ni. dulu puaslah naik feri ol skool. hehe. memori betul. perangai penumpang tu tak boleh buat apa lah ciksun

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com