Ticker

6/recent/ticker-posts

Korang Dah Makan Ke Nasi Lemak McD with Creamy Butter Chicken?

Korang Dah Makan Ke Nasi Lemak McD with Creamy Butter Chicken? | Nampak aje Sis Lin post gambar set ni dalam group JDT Blogger hari tu, ciksun terus cadangkan kat dak Ibah untuk order as our late lunch. Nampak macam sedap aje! Dak Ibah lak memang peminat menu berkaitan butter dan chicken macam gini. Kalau tak butter chicken, chicken buttermilk dipanggil namanya.

Ibah pun setuju, so kita order kat Foodpanda aje. Ciksun pilih ayam McD yang regular, ibah ambik yang spicy. Dalam pukul 4 lebih brader Foodpanda dah sampai depan rumah. Kemain ek kitorang lewat bebenor makan tengahari. Kira makan malam terus lah tu. Hahaha! Sebabnya brunch pun lewat hari Jumaat tu, jadi lunch nye pun drag sampai ke petang. Aduss, sangat tak elok diamalkan.

Korang Dah Makan Ke Nasi Lemak McD with Creamy Butter Chicken?

Ni la rupa Nasi Lemak McD with Creamy Butter Chicken tu. Bau dan rupa pada ayam dah nampak sedap dan menggiurkan dah. Tapi macam sikit sangat pulak kuah butter tu. Didatangkan dengan telur mata, ikan bilis goreng, timun dan sambal juga sebagai pelengkap kepada nasi lemak. Ciksun cubit sikit ayamnya masuk mulut. Mmmm sedap. Cicah dalam sambal, pun sedap.

Tapi bila kuah butter tu sikit sangat, jadi kurang rasa creamy butter dia tu. Lebih rasa macam ayam McD biasa aje. Sayang pulak sebab kuahnya sikit sangat, sebab kuah butter dia tu serius sedap. Mungkin lepas ni McD boleh masukkan kuah tu dalam bekas berasingan supaya tak meresap ke dalam ayam atau mengering bila sampai kat pelanggan yang order melalui food delivery. So, bila sampai kat kita, baru kita curahkan atas ayam, kan? Just my two cents lah.

Harga menu ni kat Foodpanda RM16.51 tak termasuk air. Korang kena tambah air sendiri ye pada harga berasingan masa order tu. Ni untuk 1 ketul ayam. Kalau 2 ketul, harganya RM19.34 dan boleh pilih sama ada nak ayam spicy dedua, regular dedua atau mix spicy dengan regular. Selain nasi lemak, diorang ada jugak Creamy Butter Chicken Burger dalam promo ni. Korang try la dulu, nanti gitau ciksun, ok ke idok ek?

Post a Comment

10 Comments

  1. Macam menarik jer ni...boleh cuba nanti...teringat plak ayam goreng McD

    ReplyDelete
  2. Kannn ramai komplen kuah butter dia secoet nauuu hahahahaha

    ReplyDelete
  3. belum try lagi, ciksun. nak cuba jugak ni

    ReplyDelete
  4. huhu, mana nk cari nasi lemak kat indonn nih., ;p

    ReplyDelete
  5. saya pun suka butter chicken macam ni tapi tulah tak best kalau kuah sikit. harga bukan murah

    ReplyDelete
  6. mcm best jak... mun anak kmk tauk tok mst nya request... anak kmk yg tua ya nasi lemak mcd pn nya suka... nk nama miak koh nk nama fastfood berik jak

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com