Ticker

6/recent/ticker-posts

Menginap 2H1M di Executive Room, GBW Hotel Johor Bahru

Menginap 2H1M di Executive Room, GBW Hotel Johor Bahru | Ni cerita bulan lepas, masa suami turun Johor dua hari sebab nak jumpa downline baru dia. Ciksun booked stay dekat GBW Hotel, Johor Bahru untuk dua hari satu malam. Hari tu ciksun ke office, dalam pukul 2.30 petang ciksun keluar, terus gerak ke JB untuk check in. Masa ni suami ciksun dah ke Tebrau untuk jumpa dengan downline dia.

Pukul 3 lebih ciksun dah sampai depan kaunter check in. Masa ni bilik tak siap lagi, diorang minta tunggu sekejap untuk uruskan bilik. Time menunggu ni lah ciksun ternampak booth Izan Crystal kat lobi GBW Hotel tu. Teruja sungguh ciksun waktu tu, memang rezeki sangat, ada hikmah di sebalik semua yang Allah susun dalam hidup kita kan? Alhamdulillah.

Tak lama menunggu, receptionist datang bagi access card. Ciksun naik lif ke tingkat 13, bilik nombor 1319. Masuk aje dalam bilik, hati ciksun berbunga-bunga. Masya Allah best betul Executive Room dekat GBW Hotel ni! Luas gilerrrrr dah macam apartment! Lengkap dengan ruang tamu, satu bilik tidur dan bilik airnya pulak berhadapan dengan pintu bilik tidur, berbeza dengan sebelum-sebelum ni. Ciksun pernah tidur dua kali dekat GBW Hotel ni. Pertama kali stay Deluxe Room, kali kedua pulak suami amek Premier Room.

Menginap 2H1M di Executive Room, GBW Hotel Johor Bahru

Lagi best, bilik ni ada balkoni! Balkoni nya pulak menghadap Selat Tebrau, pagi-pagi boleh tengok sunrise yang cantik sangattt (tengok dari IG story suami, sebab time ni ciksun masih membuta lagi, sampai hati dia tak kejut 😑). Then jenguk ke bawah, akan nampak swimming pool. Tingkap bilik pulak semua menghadap R&F Mall kat depan tu. 

Nah ciksun share gambar-gambar bilik untuk korang tengok apa keistimewaan bilik ni berbanding bilik yang lain, ok!

Menginap 2H1M di Executive Room, GBW Hotel Johor Bahru

Menginap 2H1M di Executive Room, GBW Hotel Johor Bahru

Menginap 2H1M di Executive Room, GBW Hotel Johor Bahru

Menginap 2H1M di Executive Room, GBW Hotel Johor Bahru

Menginap 2H1M di Executive Room, GBW Hotel Johor Bahru

Menginap 2H1M di Executive Room, GBW Hotel Johor Bahru

Menginap 2H1M di Executive Room, GBW Hotel Johor Bahru

Best ke tak best? Nak book or tengok bilik lain, boleh terus gi website diorang: https://www.gbwhotel.com.my/.

Petang tu dalam nak dekat pukul 6, suami sampai. Terus ajak dinner kat mall depan. Menapak aje kitorang dari hotel ke R&F Mall tu. Tak banyak sangat pilihan kedai makan kat sini sebab mostly dah tutup masa pandemik hari tu. Ciksun ajak suami makan buffet Korean food dekat Dookki. Dah lama tak makan kat situ. Dulu first and last datang makan dengan kawan ciksun, Krystal Kim and Sis Lin.

Menginap 2H1M di Executive Room, GBW Hotel Johor Bahru

Menginap 2H1M di Executive Room, GBW Hotel Johor Bahru

Suami layankan aje kehendak puan bini dia, walopun dia tak makan sangat makanan Korea. Hahaha! Alahai sian suami, ciksun ok je kalo makan Burger King keee, tapi dia pun beria jugak nak try makan buffet ni sebab harganya pun tak terlalu mahal untuk satu kepala. Kita proceed aje lah gituuu.

Dah selesai makan, pergi Yubiso kejap beli hadiah untuk housemate. Suami pun beli buah tangan juga kat sini untuk kawan dia yang dah lamaaaa dia tak jumpa kat Sedenak nun. YTJT! Hahaha! Then menapak balik semula ke hotel. Malam tu sempat pulak ciksun layan slot Salam Baitullah kat RTM TV1, seronok tengok orang pergi buat haji.

Bila agaknya ciksun akan ada rezeki untuk jadi tetamu Allah?

One day, insya'Allah.

Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com