Penang Trip 2022 - Makan Nasi Kandar KAPITAN di Queensbay Waterfront

Penang Trip 2022 - Makan Nasi Kandar KAPITAN di Queensbay Waterfront

Penang Trip 2022 - Makan Nasi Kandar KAPITAN di Queensbay Waterfront | Mungkin tak pernah dibuat orang. Takpe, orang lain tak buat, kita yang buat dia. Hahaha! Ceritanya lepas beli souvenirs dekat Penang Chew Jetty, kitorang terus menapak pergi street arts hunting sekitar Georgetown tu. Bila dah penat amek gambar and shoot video, kitorang supposedly makan tengahari Nasi Kandar. Ciksun rekemen Nasi Kandar dekat Restoran KAPITAN sebab kat situ ada pilihan Nasi Briyani Ayam Claypot juga.

Tapi disebabkan kitorang masih kenyang dengan menu sarapan pagi dekat Astaka Taman Tun Sardon, kitorang decide untuk bungkus aje dan makan dekat Queensbay Waterfront. Alang-alang dak Nada nak cari something dekat Queensbay Mall. Masa sampai Restoran KAPITAN tu, belum pukul 12 lagi. Restoran pun belum ready lagi, masih dalam persiapan terakhir untuk terima pelanggan. Itu pun ramai dah tunggu dalam restoran, duduk kat meja pilihan masing-masing.

Penang Trip 2022 - Makan Nasi Kandar KAPITAN di Queensbay Waterfront

Penang Trip 2022 - Makan Nasi Kandar KAPITAN di Queensbay Waterfront

Bagus juga restoran ni, walopun belum waktu operasi, bagi je pelanggan duduk tunggu dulu dalam kedai. Kalau tak, nanti penuh berbaris tepi jalan tu. Bila dia dah start ambil order je, dak Nada dengan dak Ibah terus bangun pergi kaunter dan order Nasi Kandar dengan Ayam Claypot. Tak nak Nasi Briyani sebab masih kenyang. Nak ayam dia tu aje. Ciksun pernah makan beberapa kali kat restoran KAPITAN ni dengan suami, memang febret dia Briyani Ayam Claypot kat sini. Siap nak suruh tapau bila tahu ciksun nak ke Penang. Tapi mana nya lah nak singgah KL balik dari Penang tu. Haha.

Dah beli makanan, kitorang melepaskan dahaga kejap dengan minuman jus kat restoran tu sebelum gerak ke Queensbay Waterfront. Tengahari buta macam tu tak sangka ada juga orang lain yang duduk lepak kat situ. Parking tepi-tepi jalan dia aje, then cari bangku kosong menghadap laut. Terus buka makanan yang dibeli.

Penang Trip 2022 - Makan Nasi Kandar KAPITAN di Queensbay Waterfront

Penang Trip 2022 - Makan Nasi Kandar KAPITAN di Queensbay Waterfront

Penang Trip 2022 - Makan Nasi Kandar KAPITAN di Queensbay Waterfront

Boleh tahan sedap juga Nasi Kandar dia. Ayam Claypot tu ofkos lah sedappp. Besar pulak tu sebab saiz dia suku seekor ayam. Kitorang makan sambil ditemani burung-burung gagak berkeliaran. Excited diorang dapat makan ayam claypot. Hahaha! Tapi diorang tak kacau makanan kita tengah makan, dia tunggu dekat-dekat sampai kita bagi makan. Dapat makanan je pakat berebut semua and terbang bawak makanan tu pergi ke seberang jalan. Adeii kelakor lerr.

Nah ciksun share jugak pemandangan yang akan korang dapat kalo lepak kat Queensbay Waterfront ni.

Penang Trip 2022 - Makan Nasi Kandar KAPITAN di Queensbay Waterfront

Penang Trip 2022 - Makan Nasi Kandar KAPITAN di Queensbay Waterfront

Cantik kan? Tak sempat ke pantai, dapat tengok laut pun dah bahagia. Lepas kitorang habis makan tu, ada satu family gak datang berkelah tepi tu. Oooo, rupanya bukan la kitorang aje yang datang makan tengahari kat sini. Ada je orang tempatan yang buat jugak. Ekekeke.

Penang Trip 2022 - Makan Nasi Kandar KAPITAN di Queensbay Waterfront

Nah belanja satu gambar wefie. Tudung punnn bulat kena tiup angin kat sini. Kuat ye angin, sampai jadi Hetty Koes Endang dah ciksun. Eh! Nada yang cakap! Hahaha! Sabor je lerr. Ok lah, ni maybe the last sharing ciksun untuk Penang Trip 2022. Cerita pasal hunting street art tu tak payah lah, sebab tak banyak ambil gambar pun. Banyak video je dan da upload dekat TikTok and Reels.

Ok bye!

Post a Comment

6 Comments

  1. Kebahagiaan berganda, lepas makan nasi kandar tengok laut yang membiru. Akak belum pernah makan NK Kapitan.

    ReplyDelete
  2. plan nak gi sini tak kesampaian weh..macam nak sruh repeat datang ke Penang lagi ni

    ReplyDelete
  3. Pergghhh.... Memang sedap dapat nikmati Nasi kandar.... Best sangat...

    ReplyDelete
  4. Nasi Kapitan tu kitaorang stop beli bungkus ayam goreng dia tu haa.. makan dalam kereta hehehehe

    ReplyDelete
  5. Yelah kan, selalu orang piknik petang-petang. Hihi. Takpelah, janji kenyang n hepi

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com