HABIB Lakar Keindahan Malaysia dalam Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65

HABIB Lakar Keindahan Malaysia dalam Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65

HABIB Lakar Keindahan Malaysia dalam Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65 | Menuju tahun ke-65 kemerdekaan buat Malaysia, pelbagai kemajuan yang telah berjaya dicapai, baik dari bidang automotif, peragaan, perubatan sehinggalah ke bidang fesyen yang membuatkan nama Malaysia kini berdiri gah setanding negara maju yang lain. Sebagai jenama barangan kemas Malaysia, HABIB turut berbangga dengan kejayaan ini dan bersemangat meraikan Hari Kebangsaan melalui Kempen Kemerdekaannya yang berlangsung sepanjang bulan Ogos di seluruh bilik pameran HABIB.

HABIB mengangkat tema ‘Keindahan Malaysia’ untuk kempen kemerdekaannya pada tahun ini bagi menghargai warisan turun temurun, pada masa yang sama menyemai semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Istimewa tahun ini, HABIB menjanjikan kelainan menerusi koleksi-koleksi baharu yang unik dan ditampilkan khas sempena bulan kemerdekaan. HABIB melancarkan koleksi baharu Syiling Wafer Emas 999 dengan rekaan tiga bangunan ikonik dan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Parlimen Malaysia serta Menara Berkembar KLCC yang mempunyai nilai sentimental tersendiri. 

HABIB Lakar Keindahan Malaysia dalam Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65

Seiring dengan tema Keindahan Malaysia, setiap rekaan Syiling Wafer Emas 999 ini mempunyai penceritaan serta tarikan tersendiri, menjadikan koleksi tahun ini lebih eksklusif dan unik. Tampil dengan kelainan, Syiling Wafer Emas 999 kali ini didatangkan seperti bentuk buku, dengan rekaan seni bina ikonik berbentuk 3D diterjemahkan dan diselitkan juga sedikit ringkasan mengenai bangunan tersebut.

Pengerusi Eksekutif HABIB Group, Dato’ Sri Meer berkata, “Negara kita merupakan sebuah negara yang kaya dengan sejarah dan struktur binaan yang ikonik. Seni bina pertama yang menjadi inspirasi rekaan Syiling Wafer Emas 999 merupakan Bangunan Sultan Abdul Samad yang menjadi saksi pengisytiharan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957. Selain itu, Bangunan Parlimen Malaysia yang menjadi simbol demokrasi berparlimen serta perpaduan Kerajaan Persekutuan Malaysia turut menjadi ilham. Lakaran bangunan ini juga diabadikan pada duit syiling Malaysia siri pertama yang dikenali sebagai “Siri Parlimen”, simboliknya untuk  melambangkan identiti Malaysia. Tidak dilupakan, mercu tanda Kuala Lumpur iaitu Menara Berkembar KLCC. Bangunan ikonik berketinggian 452-meter ini dibuka secara rasmi pada tahun 1999, di Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-42 dan masih menjadi menara berkembar tertinggi di dunia.”

HABIB Lakar Keindahan Malaysia dalam Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65

HABIB Lakar Keindahan Malaysia dalam Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65

Setiap rekaan Syiling Wafer Emas 999 ini boleh didapati pada harga RM118 sekeping di kesemua bilik pameran HABIB seluruh Malaysia.

Koleksi Gelora yang diinspirasikan oleh ‘Pintasan Saloma’ yang terletak di ibu negara, Kuala Lumpur juga merupakan salah satu koleksi Merdeka yang ditawarkan di HABIB. Koleksi ini didatangkan dalam emas 750 berona kuning ataupun merah jambu, dan diikat kemas dengan butiran berlian. Selain keunikan pada rekaannya, pintasan ataupun jambatan yang menghubungkan Kampung Baru dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur ini diterjemahkan sebagai sebuah perjalanan daripada yang lama kepada yang baharu, dan menggambarkan pelayaran HABIB yang telah berada di pasaran sejak 64 tahun yang lalu.

HABIB Lakar Keindahan Malaysia dalam Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65 HABIB Lakar Keindahan Malaysia dalam Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65
Pintasan Saloma Inspirasi Utama Koleksi Gelora

Cleopatra juga menjadi tarikan koleksi Merdeka, diilhamkan daripada nama Permaisuri Egypt. Sentuhan istimewanya memberi impak elegan dan mewah buat si pemakai. Koleksi Cleopatra didatangkan dengan kombinasi dua warna iaitu emas kuning dan emas putih dengan kemasan potongan berlian yang unik. 

Cleopatra antara Koleksi Oro Italia 916® yang menjadi tarikan
Cleopatra antara Koleksi Oro Italia 916® yang menjadi tarikan

Tidak ketinggalan juga, koleksi batu permata berwarna, bagi mewarnai dan menambah keceriaan sambutan kemerdekaan. HABIB menawarkan pelbagai seleksi barangan kemas bertatahkan batu permata seperti Zamrud, Safir, Delima, Amethsyt, Turmalin dan lain-lain bagi memenuhi citarasa pelanggan yang berbeza, sesuai buat mereka yang gemarkan penampilan yang lebih menonjol mahupun minimalis. 

HABIB Lakar Keindahan Malaysia dalam Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65

Menjadi pelengkap Kempen Kemerdekaan tahun ini, HABIB menampilkan duta berbilang kaum dan bangsa yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Pemilihan duta adalah berdasarkan karisma dan perwatakan yang dibawa, bagi menonjolkan semangat perpaduan kaum di Malaysia. Duta-duta adalah gandingan sehati sejiwa Tahanee Shauki yang merupakan seorang usahawan muda yang berjaya, bersama dua orang finalis Miss Universe Malaysia 2022 iaitu Joann yang merupakan anak kelahiran Sarawak dan Kasshvini yang berasal dari ibu kota Kuala Lumpur.

Sebagai kemuncak Kempen Kemerdekaan, HABIB turut menganjurkan Bazar Merdeka yang akan bermula daripada 31 Ogos sehingga 5 September 2022 di ibu pejabat HABIB di Ampang, di mana khemah akan dipasang dan juadah istimewa disediakan buat para pelanggan HABIB.

Kunjungi bilik pameran HABIB berdekatan sepanjang bulan kemerdekaan ini untuk mendapatkan koleksi-koleksi baharu dan promosi yang sedang berlangsung. Layari laman sesawang www.habibjewels.com dan ikuti media sosial rasmi Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Post a Comment

3 Comments

  1. alamakk konpom sesak ar kat area ampang merdeka nanti heehe

    ReplyDelete
  2. cantiknya cincin batu permata berwarna dari Habib ni. Pintasan Saloma tu pun menarik.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com