Pusat Beli-belah Toppen Melancarkan Pusat Kitar Semula dan Beli-Balik (RBBC) Pertama di Selatan Malaysia

Pusat Beli-belah Toppen Melancarkan Pusat Kitar Semula dan Beli-Balik (RBBC) Pertama di Selatan Malaysia

Pusat Beli-belah Toppen Melancarkan Pusat Kitar Semula dan Beli-Balik (RBBC) Pertama di Selatan Malaysia | Program ini bertujuan untuk menjadikan kitar semula lebih mudah diakses oleh rakyat Johor dan memberikan aspirasi kepada gaya hidup dan persekitaran yang lebih sihat | Pusat beli-belah Toppen telah melancarkan inisiatif terbarunya pada hari ini - Pusat Kitar Semula dan Beli-balik (RBBC) yang pertama di Selatan Malaysia. Program ini adalah untuk menggalakkan rakyat di negeri Johor khususya, memupuk budaya kitar semula yang lebih kukuh dengan menyediakan ruang yang mudah dan boleh diakses untuk membuang barangan kitar semula. Pusat ini terletak di Pintu Masuk Hijau, Aras P2 Pusat Beli Belah Toppen. Lokasi strategik ini akan memudahkan pengunjung dan penyewa kedai untuk mengakses ke pusat dengan barangan kitar semula mereka. 

Pusat Beli-belah Toppen Melancarkan Pusat Kitar Semula dan Beli-Balik (RBBC) Pertama di Selatan Malaysia

Pusat Kitar Semula dan Beli-balik (RBBC) ini menerima pelbagai barangan yang boleh dikitar semula termasuk tin aluminium, kotak, kertas, plastik, tekstil, alat elektronik dan kaca. Setiap barangan yang dihantar ke pusat ini akan ditukarkan kepada wang ringgit berdasarkan berat minima sekurang-kurangnya 1kilogram bergantung pada kategori dan jenis barangan. 

Kewujudan pusat ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusan kitar semula bagi para pengguna di mana mereka boleh terus menghantar barang-barang kitar semula ke pusat ini. Petugas-petugas di pusat ini akan menimbang barangan tersebut dan seterusnya melakukan pembayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan. Selain itu, stesen layan diri turut disediakan di mana barangan yang tidak boleh dikitar semula akan dilupuskan manakala barangan yang boleh dikitar semula akan diasingkan oleh petugas mengikut kumpulan masing-masing.  

Pusat Beli-belah Toppen Melancarkan Pusat Kitar Semula dan Beli-Balik (RBBC) Pertama di Selatan Malaysia

Vasilisa Kuznetsova, Pengurus Besar Pusat Beli Belah Toppen berkata, "Secara purata, seorang rakyat Malaysia menggunakan hampir 17 kilogram plastik setahun. Ini akhirnya akan mengakibatkan pengumpulan sampah yang banyak dan menyebabkan pencemaran kepada lautan kita. Dengan kewujudan pusat RBBC pertama di Johor ini, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai pengguna akan mengitar semula."

Beliau juga menambah, "Kami mahu masyarakat setempat menjalani gaya hidup aktif dengan persekitaran yang hijau bagi menikmati kehidupan yang lebih baik. Dalam pada itu, kami juga bermatlamat untuk menjadikan gaya hidup sihat ini lebih mudah diakses oleh orang ramai melalui kemudahan sukan kami di lokasi atas bumbung, atau lebih dikenali sebagai The Topp, secara percuma. Kelas zumba dan yoga juga turut diadakan secara berkala bagi membuktikan komitmen kami untuk mewujudkan komuniti Johor yang lebih cergas dan harmoni."

Pusat Beli-belah Toppen Melancarkan Pusat Kitar Semula dan Beli-Balik (RBBC) Pertama di Selatan Malaysia

Natasha Aziz, Ketua Pengalaman Pelanggan Ikano, berkata, "Sebagai pusat tumpuan untuk membeli belah dan menjadi nadi dan hab komuniti setempat, kami mengambil peranan dalam menyokong amalan hidup lestari sepenuhnya. Kami banyak menumpukan inisiatif terhadap persekitaran yang lebih hijau dalam seluruh portfolio kami di mana pada bulan lepas kami baru sahaja melancarkan Pusat Kitar Semula & Beli-balik secara digital yang dinaik taraf di Pusat beli-belah IPC, Damansara. Selain itu, visi ini turut dikongsikan bersama penyewa-penyewa kami dan kami bekerjasama rapat dengan mereka dalam mengitar semula bahan cetakan yang telah digunakan seperti tarpaulin dan sebagainya untuk kegunaan lain. 

Pusat Beli-belah Toppen Melancarkan Pusat Kitar Semula dan Beli-Balik (RBBC) Pertama di Selatan Malaysia

Pusat Beli-belah Toppen Melancarkan Pusat Kitar Semula dan Beli-Balik (RBBC) Pertama di Selatan Malaysia

Pusat Beli-belah Toppen Melancarkan Pusat Kitar Semula dan Beli-Balik (RBBC) Pertama di Selatan Malaysia

Pelancaran Pusat Kitar Semula dan Beli-balik (RBBC) ini  adalah salah satu usaha untuk mengukuhkan komitmen kami dengan memberikan impak yang positif terhadap manusia dan planet, sekaligus menggalakkan kesemua rakyat Malaysia untuk turut menyertai kami. Pusat beli-belah Toppen adalah yang pertama di Malaysia menerima anugerah Pensijilan Kepimpinan Platinum dalam Tenaga dan Reka Bentuk Alam Sekitar baru-baru ini. Dalam pada itu, Toppen  juga telah dibangunkan dengan penumpuan kepada tenaga boleh dibaharui dengan penggunaan panel PV solar yang dipasang berserta sistem penuaian air hujan bagi mengurangkan penggunaan air yang boleh diminum."

Pusat Beli-belah Toppen Melancarkan Pusat Kitar Semula dan Beli-Balik (RBBC) Pertama di Selatan Malaysia

Pusat Beli-belah Toppen Melancarkan Pusat Kitar Semula dan Beli-Balik (RBBC) Pertama di Selatan Malaysia

Dengan kerjasama bersama badan bukan kerajaan ini, Toppen sedang dalam perancangan bagi menjalankan aktiviti di masa akan datang seperti gotong-royong dan pertandingan antara sekolah melibatkan kanak-kanak secara aktif di sekolah-sekolah sekitar Johor Bahru. Ini bagi memastikan visi dan misi menyemai tabiat kitar semula melalui pendidikan mampu dipupuk di kalangan generasi muda di awal usia.

Jadual Beli Balik Bahan Kitar Semula:

Pusat Beli-belah Toppen Melancarkan Pusat Kitar Semula dan Beli-Balik (RBBC) Pertama di Selatan Malaysia

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Pusat Kitar Semula dan Beli-balik (RBBC) di: https://toppen.my atau laman Facebook https://www.facebook.com/ToppenMY 

Post a Comment

3 Comments

  1. Nak hangkut buku dan majalah aku ke sana nanti..

    ReplyDelete
  2. belum pernah sampai ke Toppen lagi...nampak sangat malas berjalan

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com