Oishii Rice Bowl MarryBrown Ni Tak Sesuai Untuk Ciksun

Oishii Rice Bowl MarryBrown Ni Tak Sesuai Untuk Ciksun

Oishii Rice Bowl MarryBrown Ni Tak Sesuai Untuk Ciksun | Rasa macam malas nak share pengalaman ni, tapi entah takde idea nak update ape dah. Tengah gigih nak update blog ni, kena lah cari juga benda nak update kan. Tapi tajuk dia tu sebenarnya ciksun terpaksa murnikan sikit sebelum kena saman kecam. Haha!

Korang dah try ke Oishii series kat MarryBrown tu? Dalam berapa minggu lepas ciksun makan dengan housemate kat MarryBrown TBS, sementara tunggu bas nak balik Johor. Dedua order Oishii Rice Bowl. Dan dua-dua juga order Chicken Burger nak bawak naik bas, kot-kot nanti lapar dalam bas.

Oishii Rice Bowl MarryBrown Ni Tak Sesuai Untuk Ciksun

Ni la rupa Oishii Rice Bowl tu. Ciksun sua masuk mulut, ok, not bad. Sedap lah jugak. Nasi dengan hirisan ayam goreng kan, takkan tak sedap. Haha! Cuma specialnya, Oishii series ni ada kuah Teriyaki Wasabi digaul bersama ayam tu. Jadi, ciksun boleh rasa "angin" wasabi tu masa kunyah hirisan ayam.

Yang peliknya, ciksun tak rasa pulak kepedasan dia. Selamba je habiskan. Tapi housemate ciksun berapa kali suap, dia cakap tak boleh telan dah. Terlampau pedas sampai ke telinga katanya. Aik, pelik sungguh ciksun. Kenapa ciksun tak rasa ek?

Sampai Johor malam tu, ciksun nak siram pokok sebab berapa hari panas terik. Mati pokok pudina ciksun, lupa nak minta tolong housemate lain siramkan pokok. Entah macam mana, masa membongkok then nak bangun balik dari bongkok, tu diaaaaaa terjeluak rasa pedas berapi ke tekak ciksun.

Allahu, perasaan dia macam ciksun terhidu wap cili Habanero dulu tu. Sesak nafas dibuatnya, ciksun terbatuk-batuk tanpa henti, terus lari ke dapur and try ludah dalam sinki sampai hilang batuk. Pedih kerongkong ciksun dibuatnya. Sah lah, memang pedas rupanya kuah Teriyaki Wasabi dia tu cuma ciksun je lambat dapat efek dia.

Haa sebab tu lah ciksun cakap makan Oishii Rice Bowl MarryBrown ni buat ciksun menyesal tak sesuai untuk ciksun. Ciksun kan tak tahan pedas. Huhu.

Korang cuba lah dulu, sesuai ke idok?

Post a Comment

5 Comments

  1. Saya makan ayam goreng dia, cukuplah sekali haha

    ReplyDelete
  2. lama gi la x makan marrybrown ni... hahhaa klu jumpa nak try la nanti

    ReplyDelete
  3. Wah ada menu baru? lama udah sik ke marrybrown tok..

    ReplyDelete
  4. tak suka kalau menu yang ada wasabi tu sebab pedas dia tak kena dengan tekak.

    ReplyDelete
  5. Tak berani la ciksun sebab saya memang tak suka wasabi. Thanks for sharing ye. Huhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com