Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Pertama

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Pertama

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Pertama | Rasa tak fair nak tinggalkan blog lama-lama. Baru nak menyepi buat sementara tapi ramai betul yang klik entri cuti-cuti naik ETS tu. Kena buat juga perkongsian kat sini, mesti ada yang tengah menunggu. Ok lah, meh sini ciksun share pengalaman kali pertama naik ETS dari KL Sentral ke Padang Besar, Perlis.

Naik ETS dari KL Sentral ke Padang Besar, Perlis

Alkisahnya, ciksun ikut trip ni sebab Sis Lin ajak. Jalan-jalan reramai cari makan katanya. Dia pergi dengan suami, ada blogger lain juga yang join, kak Siti Delima dengan suami, kak Carneyz dengan family, dan kak Retna. Disebabkan kak Retna takde teman, Sis Lin tanya ciksun kalau-kalau nak join jadi roomate kak Retna kat hotel nanti. Disebabkan da lama sangat tak travel keluar negara, ciksun pun onz je lah. Gigih cari duit jual gelang kristal nak renew passport, beli tiket keretapi etc. Haha!

ETS KL Sentral - Padang Besar

Tiket ETS dari KL Sentral ke Padang Besar, kak Retna yang tolong beli untuk most of us. Kak Carneyz beli sendiri untuk family dia, tapi last minute kak Carneyz terpaksa tarik diri atas sebab kesihatannya yang tak mengizinkan. Mudah-mudahan kak Carneyz baik-baik aje dan insya'Allah next time kita pergi jenjalan sama-sama, okay!

Untuk tiket ETS, harganya RM103.50 dari KL Sentral ke Padang Besar, manakala untuk balik dari Padang Besar ke KL Sentral, harganya adalah RM102.50. Jadi pergi balik adalah RM206.00 seorang dewasa. Ni harga standard tau, kalau nak harga promo, diorang ada buat pakej Keluarga Malaysia, minimum pembelian tiket 4 orang, boleh dapat diskaun 25%! Pakej ni sah sampai 31 Disember 2022, tapi uols kena masukkan kod KMKTMB22 masa isi details. Rujuk https://www.ktmb.com.my untuk maklumat lanjut.

Naik ETS dari KL Sentral ke Padang Besar, Perlis

Train kitorang pukul 7.08 pagi dari KL Sentral, jadinya sebelum Subuh kitorang da gerak dari rumah kak Retna kat Sentul ke sana Solat Subuh dan alas perut pun kat KL Sentral tu aje sebelum naik train. Lepas sarapan terus masuk dalam train, kak Retna book seat kitorang dekat koc C, dekat dengan toilet dan bistro. Sepanjang perjalanan tu memang semerbak bau makanan, tak henti-henti orang berbaris dekat bistro. Memasing kelaparan agaknya sebab train awal pagi. Kalau nak baca lebih lanjut pasal ETS ni dan segala kemudahan kat dalam tu, boleh rujuk blog kak Retna ek!

Naik VIP Van Padang Besar - Hatyai

Pukul 12.41 tengahari, kitorang sampai kat stesyen KTM Padang Besar, Perlis Indera Kayangan. Suasana kat stesyen agak pack dengan penumpang. Dalam perjalanan nak ke waiting area tu nampak ada sorang brader ni jual sim card Thailand, khas untuk pelancong. RM20 aje harganya, unlimited internet dan unlimited calls. Jangan tanya untuk berapa hari, sebab masa tu kelam kabut, brader tu pun bizi betul, tak sempat kita nak tanya dia. Tapi kat pek tu tulis validity sampai 30 hari. dtac Happy Tourist SIM ni tak payah register apa-apa. Masuk aje dalam fon, terus boleh guna. So, sangat mudah la bagi yang malas nak berfikir macam ciksun. Hahaha! Kalau korang nak survey dulu, ada jugak kaunter khas untuk sim card Thailand lepas keluar gate tu.

Beli dtac Happy Tourist SIM Card Thailand di Padang Besar

Naik Van VIP dari Padang Besar ke Hatyai

Kat waiting area tu jugak ada kaunter untuk book VIP van ke Hatyai. RM30 aje per pax kalau share dengan orang lain. Kalau tak nak share, nak sewa 1 van, RM230-RM250 per van. Masa pergi tu kitorang terus sewa 1 van tak share dengan sape-sape. RM250 bahagi 6 orang, dalam RM40+ seorang. Van sangat selesa, ada wifi, ada TV boleh karaoke, ada lampu disko jugak hahaha! Sis Lin dah nyanyi-nyanyi kat belakang ciksun, tapi bila bagi mikrofon, tak nak pulak dia ๐Ÿ˜‚

Cop Passport di Padang Besar Thailand

Dari stesyen KTM Padang Besar, driver bawak kitorang ke ICQS Padang Besar Malaysia. Scan passport, then naik van semula untuk ke ICQS Padang Besar Thailand pulak. Scan passport kat sini, patutnya scan beg sekali tapi driver tu kawtim macam mana tak tahu lah, tak payah scan beg. Mudah aje proses nya. Tapi tak semua driver van macam tu tau, ikut rezeki memasing. Sebab masa on the way balik dengan driver lain, kitorang scan beg. Tapi aman je pergi Hatyai hari bukan cuti sekolah, tak payah berbaris panjang sangat.

Sepanjang perjalanan yang mengambil masa 1 jam ke Hatyai, boleh lah tengok perkampungan dan bandar diorang. Takde beza sangat dengan Malaysia, tapi terlebih kagum dan teruja tengok pokok keladi selang satu dua rumah. Ada tu pokok Mickey, Albino, pun letak depan rumah gitu aje. Takde sape nak curi agaknya kat sini. Kalau kat Malaysia, mesti dah lesap. Haha! Ye woiii, kat bangunan kedai and hotel pun banyak keladi! Nanti entri kedua ciksun share gambar ek ๐Ÿ˜†

Checked-in di New Season Square Hotel

Akhirnya dalam nak dekat pukul 2 petang waktu Thailand, kitorang sampai hotel yang dah ditempah awal oleh kak Retna. Oh ya, waktu Thailand 1 jam lebih lambat dari waktu Malaysia ya. Mostly handphone sekarang dah terus automatik ikut waktu local. Jangan asyik confuse aje macam kak Siti. Hahaha!

Hotel ni terletak kat tengah bandar Hatyai tu, tapi bukan area yang terlalu crowded. Rate walk in satu malam kat sini bermula dari 2500B, dalam RM300+. Tapi kalo korang book awal online, boleh dapat harga lebih murah dua kali ganda ya. Bilik ciksun dengan kak Retna, dua malam RM380+, twin bedroom without breakfast. Kitorang book kat Agoda. Hotel ni siap ada bath tub, wardrobe, TV, mini pantri, tapi takde iron ya. Mungkin kena mintak dekat reception kalau nak. Time ciksun pergi, kak Retna ada bawak mini iron dia, so kitorang pakai tu aje.

Checked-in di New Season Square Hotel

Untuk warga Thai yang nak cuti-cuti kat hotel, New Season Square Hotel ni memang sesuai sangat lah sebab ada swimming pool dan gym sekali. Sempat ciksun dengan kak Retna naik pergi swimming pool hari kedua nak ambil gambar. Kosong ye, takde sape mandi. Rugi betholll tak bawak baju renang. Haha!

Yang bestnya hotel ni, depan dia ada kedai souvenir dan kedai massage. Senang la nak pergi cari buah tangan sebelum balik, atau nak pergi berurut lepas penat berjalan sepanjang hari. Sebelah hotel pulak ada restoran halal tapi waktu bukak and tutup tak tentu. Nanti ciksun share pasal restoran ni kat bawah ek. In case korang nak cari hotel yang lebih murah, ada banyak aje kat Hatyai market area, dari RM70+ semalam pun ada. Rajin-rajin survey, ok!

Lunch di Kai-Tod Decha Restaurant, Hatyai

Lepas solat jamak Zohor - Asar, kitorang terus keluar cari makan. Ini lah tujuan utama trip ke Hatyai ni sebenarnya ๐Ÿ˜† Depan hotel dah berbaris tuktuk menunggu penumpang. Kitorang berenam naik satu tuktuk sekali, senang. Bagitau driver, nak ke Kai-Tod Decha, tambangnya 20B seorang. Ok, onz! Dekat je sebenarnya dari hotel, kalau menapak dalam 5 minit aje. Tapi sebab dah mula gerimis, kitorang ambil keputusan naik tuktuk aje.

Naik Tuktuk di Hatyai Thailand

Memang betul lah pilihan yang Allah bagi, sebabnya bila sampai aje Kai-Tod Decha tu, hujan turun selebat-lebatnya. Fuhhh! Basah jugak la dalam beberapa saat berbaris kat depan restoran tu, kena tempias hujan lebat. Nak makan kat sini, kena order dulu dekat kaunter, baru diorang carikan meja kosong untuk kita. Makanan kat sini mostly lauk-pauk macam kat Malaysia aje, cuma rasa Thailand lah kan.

Lunch di Kai-Tod Decha Restaurant, Hatyai

Lunch di Kai-Tod Decha Restaurant, Hatyai

Kitorang order Tom Yam Campur, Sup Daging, Ayam Goreng, Asparagus Goreng dengan Udang, Kailan Goreng, Kerabu Mangga, Kerabu Daging, and Sambal Hijau Petai dengan Udang. Kak Retna order Pulut Ayam Goreng. Air kitorang try Teh Tarik Madu, berbuih sampai tak nampak straw tu rupanya boleh dibengkokkan. Dah separuh air disedut, buih dah turun, baru la perasan straw tu boleh bend. Terkial-kial minum memula sebab straw tinggi sangat ๐Ÿ˜‚

Lunch di Kai-Tod Decha Restaurant, Hatyai

Semua sedap-sedap, terutama Ayam Goreng tu! Tom Yam and Kerabu Daging dia pedas gilaaa ye. Kalau tak tahan pedas, jangan lah mengundang. Tapi mungkin boleh kot request tak nak pedas time order. Tak tanya lah pulak, kita serahkan kepada Sis Lin aje mengorder segala-galanya. Haha! Ada jugak Tom Yam Kelapa kat sini, nanti diorang hantar sebiji kelapa berisi Tom Yam kat meja korang. Tapi kitorang tak order pun yang ni, Sis Lin cakap nanti susah nak korek. Hahahahahhahahah. Total rega lunch kitorang berenam 1626B, dalam RM35 seorang.

Cari Kacang di Kim Yong Market, Hatyai

Dari Kai-Tod Decha, kitorang naik tuktuk ke Kim Yong Market area. Kat sini ada banyak orang jual kekacang. Heran juga memula, memang ramai beli kekacang kat sini ke? Memang betul, ramai pelancong datang beli kekacang kat sini, bawak balik Malaysia. Harganya lebih kurang juga dengan harga kat Malaysia, tapi ada kacang-kacang yang rare dan susah nak jumpa orang jual gitu kat Malaysia. Contohnya, kacang gajus yang dibakar bersama kulit, walnut bersama kulit, macadamia bersama kulit. Haaa, yang gitu memang berbaloi beli sebab rasa dia fresh aje, sedapppp.

Cari Kacang di Kim Yong Market Hatyai Thailand

Kalo walnut biasa, harga dia lebih kurang dengan Malaysia aje, 500 gram 300B, dalam RM38+. Kacang Pistachio mungkin lebih murah sikit kat sini berbanding kat Malaysia, paling banyak orang borong bawak balik. Diorang jual yang dah siap pek 100 gram, 500 gram, 1 kg. Kalau nak beli lagi banyak, diorang boleh timbang juga, pandai-pandai la tawar-menawar minta lagi murah yeee. Masuk dalam bangunan New Kim Yong Market kalau nak survey-survey dulu, jangan terus beli kat tepi-tepi jalan tu.

Selain kekacang, ada jugak Pes Tom Yam Thai dijual kat sini, rega dari jar kecik 50B sampai jar besar 180B. Maggi kerabu tu pun ada jual kat sini, kena rajin cari aje sebab tak semua kedai jual. Buah berangan yang baru digoreng, panas-panas lagi pun ado. Syok tengok diorang goreng dengan beras. Eh, ye ke pakai beras? Entah, lupa pulak nak amek gambar ha. Buah-buahan pun banyak jugak kat sini, paling rare buah anggur hijau besor gedabak. Tak pernah jumpa lagi kat Malaysia, tapi memasing tak beli pun. Teruja je lebih! Hahaha!

Minum Air Buluh di Khlong Hae Floating Market

Dari Kim Yong Market tu, kitorang tunggu tuktuk depan Nescafe Street Cafe sebab nak ke Khlong Hae Floating Market. Sempat pulak merasa air Nescafe Thailand, diorang siap ada seasonal drinks. Signature pulak tu, The Black Lime - nescafe dengan limau nipis dan soda, dan The Black Amber, nescafe dengan daun pudina dan bunga cengkih kalau tak silap ciksun. Tapi malangnya rasa The Black Lime dia tak kena dengan tekak memasing. Pelik betul rasanya kopi dicampur limau ๐Ÿ˜…

Nescafe Street Cafe Hatyai Thailand

Naik tuktuk ke Khlong Hae Floating Market, tak ingat dah berapa baht. Kalo ingat, nanti ciksun update. Jauh sikit je dari Kim Yong tu, dalam 15-20 minit waktu petang yang sedikit jammed. Khlong Hae Floating Market ni dibuka hujung minggu je tau, hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Jangan tersilap hari pulak korang pergi, nanti nangis. Dari pukul 3 petang dah bukak, sampai 9 malam waktu tempatan. Ada toilet dan surau juga disediakan kat sini.

Dari jambatan nak ke area floating market tu dah nampak keramaian. Ambil gambar dari atas jambatan, cantik pemandangan susunan boat berpayung. Macam-macam makanan dan minuman yang dijual kat area boat tu. Nampak ramai orang minum air dalam buluh. So, kita pun beli la jugak wak ghaso-ghaso. Air nya jus-jus buah, air kelapa, etc, dari 25-30B ikut saiz. Nasib baik jugak perut memasing kenyang lagi, so takde la membeli makanan. Tapi suami Sis Lin membeli jugak, tak boleh tengok aje katanya. Nak rasa makanan yang pelik-pelik takde dijual kat Malaysia. Haha.

Minum Air Buluh di Khlong Hae Floating Market Hatyai Thailand

Dalam pukul 6 petang, kitorang nak beredar balik. Tiba-tiba ada announcement suruh berdiri tegak bagi menghormati lagu negara diorang. Oooo, rupenye kat Thailand ni setiap pukul 6 petang, akan berkumandang lagu kebangsaan negara diorang. Jadi semua pengunjung seluruh Khlong Hae Floating Market tu berdiri tegak bagi menghormati lagu kebangsaan Thailand. Kita duk negara orang, kena la ikut peraturan tempat orang kannn.

Kat belah atas floating market tu ada jualan baju-baju, makanan dan cenderamata juga. Kalau nak beli, boleh lah explore.

Ronda-ronda Asean Night Bazaar, Hatyai

Eh eh, ingatkan dah nak balik hotel, rupanya menyambung lagi ke Asean Night Bazaar pulak. Malam masih muda katanya ๐Ÿ˜‚ 

Kat sini meriah betul malam-malam, kena lah dengan namanya. Ada banyak jualan pakaian kat sini. Bazarnya dua tingkat, belah atas ada kedai-kedai makan. Kitorang tak naik pun, tengok dari bawah aje nampak orang makan-makan kat atas tu. Memasing dah kepenatan time tu nak naik tangga.

Ronda-ronda Asean Night Bazaar Hatyai Thailand

Mana tak nya, syok membelek segala baju dan beg. Memasing beli baju Thailand, beg Thailand. Haa? Yeee, beg Thailand pun diorang ni beliiii sebab takut beg terberanak hari ketiga nanti. Hahaha! Ciksun peratiii aje memasing. Tapi perati punya perati, hari last memang ciksun beli beg jugak kat kedai souvenir depan hotel ๐Ÿคฃ

Sekejap tak sekejap, ada dalam sejam jugak kat sini.

Bihun Sup Daging Sedap di Restoran Halal Sebelah New Season Square Hotel, Hatyai

Dari Asean Night Bazaar, kitorang pun naik tuktuk balik ke hotel. Waktu ni semua kehausan dan ada yang perut dah masuk angin. So kitorang pergi restoran sebelah hotel. Nak alas perut lah kononnya memasing sebelum balik ke hotel.

Bila tengok menu, ehhh macam best pulak makanan kat sini. Ciksun order Bihun Sup Daging (50B), sedappp gilaaaa! Rasa macam Amphawa Boat Noodle punya beef soup tu, ishh sedappp! Murah pun murah rega menu kat sini, mostly tak sampai 100B. Hmm, jangan tanya menu lain tu apa, ciksun dah tak ingat nama. Tak amek tahu pun ye, sebab perut sendiri da masuk angin ๐Ÿ˜‚ Air kat sini semua rega 25B je, ciksun minum Teh Tarik Ais, kemain pudar warna teh dia, banyak susu agaknya. Tapi sedap ajee, tu pun tak habis sebab cup dia tinggi, bawak balik ke hotel simpan dalam peti ais.

Restoran Halal Hatyai Thailand

Kat restoran tu ada seorang je staff perempuan dia yang pandai cakap Melayu. Dia pernah kerja kat Johor juga satu masa dulu sebelum balik semula ke kampung dia kat Thailand and kerja kat restoran ni. Katanya restoran ni ada sediakan sarapan pagi juga tapi hari ketiga kat Hatyai, kitorang tengok restorannya tutup. Mungkin hari Ahad tak buka? Nama restoran pun kitorang tak tahu sebab tak reti baca tulisan Thailand tu. Kalau ada yang reti baca, boleh lah tolong translate ek.

Dah habis makan, sempat lagi suami Sis Lin beli jagung depan hotel. Ada brader bawak motorsikal jual jagung cup, jagung rebus dan jagung bakar. Ciksun tak beli sebab dah kenyang and risau angin, tadi perut dah masuk angin makan lambat, takut merana pulak walaupun dah beli charcoal pil kat farmasi sebelah Nescafe Street Cafe siang tadi. Baik elakkan lah sebab kita je tahu perut sendiri, tak nak susahkan orang lain time travel gini, huhuhu.

Ok, berakhir sudah aktiviti hari pertama kat Hatyai. Fuhhh, pack gilerrr ek! Dari pukul 4 pagi waktu Malaysia tak tidur memasing, gigih yeee. Hahaha! Nap pun sekejap je dalam ETS pagi tadi, tentu lah tidur-tidur ayam aje. So, malam tu memasing tidur lena kat hotel sebab pagi esoknya awal-awal dah nak keluar cari makan lagi.

Tungguuuu entri seterusnya! Mekasih lah yang baca sampai habis ๐Ÿ˜‚

Post a Comment

10 Comments

  1. Seronok jalan-jalan Hatyai ni. Harap-harap saya dapat peluang datang ke sini lagi.

    ReplyDelete
  2. Hoyeee gigih dia update sekali harung... Bagus baguss.. Ok next!!

    ReplyDelete
  3. Aku baca sampai habisss!!! Hahahaa.. Nasib takda auto refresh blog.. hahahahaa.... Seronok nampak g naik ETS! I loike!!! Nanti la bebila.. try.. hohooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, aku da lamaaaa padam auto refresh tu non..sebab aku sendiri tak suka baca blog kalo ada auto refresh hahahaha

      Delete
  4. Fuh...panjang entri CikSun kali ni. Jauh juga perjalanan tu kan. Asalkan sampai dengan selamat. Lama juga promo tiket tu. Kot teringin bolehlah guna kod tu kan. Terima kasih share.

    Kadang kat border macam tu lah, ikut mood dorang. Dulu masa pergi siap kena bayar duit selit tepi sekali. Mujurlah tak mahal, setiap orang dia ambil RM2 macam tu.

    Makanan Thai apa je tak sedap, semua sedap sedap kan. Sedap kan air teh dalam buluh tu. Datang sini minum kongsi sebuluh tak puas minum. hehehe...Okay kita tunggu entri seterusnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..tapi yang RM2 tu memang official, siap ada signboard dah..dia macam overtime fee sebab diorang kene kerja lebih masa on weekend..

      Delete
    2. Ohh dah official eh..sebab baru baru ni adik ipar pergi tak kena bayar pulak..ikut mood agaknya kot. ke main lepas je. tak tahulah...

      Delete
  5. Patutnya kita jumpa kejap kan kat KL Sentral tapi last minute SA tau trip korang...SA plak cuti masa Ako whatsaap...korang kan..next time kalau nak pergi lagi bagi tau la...kita nak ikut...

    ReplyDelete
  6. wahh ciksun gi siam tuuh., sonoknyerr

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com