Anjing Pengesan Unit K-9 Bomba Tanah Runtuh Batang Kali

Anjing Pengesan Unit K-9 Bomba Tanah Runtuh Batang Kali

Anjing Pengesan Unit K-9 Bomba Tanah Runtuh Batang Kali | Hari ni hari ketujuh operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di Batang Kali. Gempar satu negara dengan berita ni seminggu yang lepas. Malang tak berbau, siapa sangka kejadian ni akan menimpa 94 pengunjung yang datang mengisi waktu cuti sekolah di Father's Organic Farm. Salam takziah kepada semuanya, terutama kepada keluarga mangsa yang terkorban. Dikhabarkan sehingga waktu entri ni ditulis, 30 orang mangsa telah meninggal dunia, sementara tiga lagi masih belum ditemui.

Anjing Pengesan Unit K-9 Bomba Tanah Runtuh Batang Kali
Sumber: Portal Berita RTM

Kalau beberapa hari lepas, netizen tersentuh dengan berita mayat wanita ditemui berpelukan dengan anaknya, semalam sekali lagi jiwa rakyat diduga dengan berita mayat Uncle Eric ditemui memeluk anjing peliharaannya. Allah Allah. Pencinta haiwan atau bukan, pasti akan rasa sebak bila membayangkan keadaan ketika Uncle Eric ditemui. Seekor lagi anjing ditemui tak jauh dari kawasan Uncle Eric dijumpai, total dua daripada tiga ekor anjing peliharaan yang dibawanya ke tapak perkhemahan tu.

Anjing Pengesan Unit K-9 Bomba Tanah Runtuh Batang Kali
Sumber: Melaka Hari Ini

Sepanjang operasi SAR tanah runtuh Batang Kali, anjing juga yang menjadi hero utama dalam pencarian. Anjing pengesan dari Unit K-9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memainkan peranan penting membantu pasukan SAR dalam operasi mencari mangsa yang tertimbus berbelas-belas meter dalam runtuhan tanah. Nama Blake, Frankie, Grouse, POP, Denti dan Lady disebut-sebut di semua media sosial yang memaparkan kisah anjing K-9 dalam operasi ni.

Anjing Pengesan Unit K-9 Bomba Tanah Runtuh Batang Kali
Sumber: Facebook Meanwhile in Malaysia

Ciksun perasan, ramai juga yang tersalah nama anjing hingga semua dipanggil Blake sebab ada 4 ekor anjing K-9 JBPM dalam operasi ni nampak seakan-akan seiras. Tapi sebenarnya ada beza bagi setiap ekor anjing ni. Ciksun jumpa satu gambar anjing K-9 ni bersama handler masing-masing dekat page Facebook OHBULAN! Ciksun kongsikan kat sini ya untuk tatapan semua dan simpanan memori ciksun untuk masa hadapan, supaya kita semua tak lupa, tragedi buruk pernah berlaku di negara kita.

Anjing Pengesan Unit K-9 Bomba Tanah Runtuh Batang Kali

Hari ni hari terakhir operasi SAR. Kalau tak jumpa lagi tiga mangsa, mereka akan terkubur kat situ. Sama macam tragedi Highland Tower dulu. Sedih mengenangkan keluarga mangsa yang terlibat. Moga diberi ketabahan dan kekuatan kepada mereka untuk meneruskan hari-hari yang akan datang.

Moga dipermudahkan juga operasi hari ni untuk mencari lagi tiga mangsa yang hilang.

Terima kasih hero-hero cilik, terima kasih semua frontliners!

UPDATE TERKINI: Jumlah sebenar mangsa adalah 92 orang, seorang lagi belum ditemui.

Post a Comment

5 Comments

  1. semoga dapat jumpa la 1 lg mangsa tu hari ini, kesian pada anjing pengesan tu dan semua frontliners yang terlibat. Mesti semua kepenatan dan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak, mudah-mudahan segera dijumpai mangsa terakhir...

      Delete
  2. Selama ni saya bayangkan anjing unit K9 besar dan bermuka garang. Ni nampak comel dan friendly je semua, tapi kerja rajin

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com