Makan Malam dengan Housemates di Restoran Tepian Teratai, Taman Teratai, Skudai

Makan Malam dengan Housemates di Restoran Tepian Teratai, Taman Teratai, Skudai

Makan Malam dengan Housemates di Restoran Tepian Teratai, Taman Teratai, Skudai, Johor | Restoran ni dah lama buka dekat dengan rumah sewa ciksun. Malam-malam nampak meriah dengan lampu warna-warni. Dah banyak kali jugak asyik meratib bersama dengan housemates, bila la nak try makan kat sini. Suasana restoran yang nampak santai buat kita teringin nak datang. Akhirnya dalam dua minggu yang lepas, berjaya juga kami jejakkan kaki kat sini, makan malam lepas Maghrib, jalan kaki aje dari rumah.

Makan Malam dengan Housemates di Restoran Tepian Teratai, Taman Teratai, Skudai

Dulu masa ciksun degree dengan master, tapak ni ada kedai barangan second hand. Sejak beberapa tahun lepas, kedai tu dah takde dah dan jadi tapak yang kosong dalam beberapa tahun. Then baru la dibangunkan semula sampai ada kedai Gred Bundle. Kalau korang nak datang sini pakai waze, susah sikit sebab takde pun nama tempat ni dalam Google Maps. Insya'Allah nanti ciksun masukkan bebila, amek gambar elok sikit. Jadi kalo nak ke sini, kena waze Restoran Al-Shafana, sebab Tepian Teratai ni dekat seberang jalan, bertentangan dekat Al-Shafana. Nampak lampu warna-warni tu, haa betul lah tu.

Makan Malam dengan Housemates di Restoran Tepian Teratai, Taman Teratai, Skudai

Macam-macam makanan ada kat sini. Diorang punya kitchen besar gila, boleh nampak beberapa orang kat dalam tu menyediakan makanan. Makanan local yang goreng-goreng, sup-sup, kudap-kudapan dengan makanan western ada dalam pilihan menu. Kitorang datang berempat, jadi memang ordernya lain-lain lah. Semangat ciksun ambik gambar satu-satu makanan, konon nak comeback menulis kat blog. Hahaha.

Makan Malam dengan Housemates di Restoran Tepian Teratai, Taman Teratai, Skudai

Makan Malam dengan Housemates di Restoran Tepian Teratai, Taman Teratai, Skudai

Makan Malam dengan Housemates di Restoran Tepian Teratai, Taman Teratai, Skudai

Makan Malam dengan Housemates di Restoran Tepian Teratai, Taman Teratai, Skudai

Makan Malam dengan Housemates di Restoran Tepian Teratai, Taman Teratai, Skudai

Ciksun punya Bihun Goreng tu, sedappppp! Ciksun suka! Yang lelain order Bihun Tomyam, Nasi Goreng Tomyam dengan Kuetiaw Hong Kong, pun sedappp jugak. Ibah order jugak Tauhu Bakar, kak Ajan order Keropok Lekor. Excited memasing bila tanya ada ke Keropok Lekor memalam ni, pelayan cakap adaaaaa. Wahhh! Terus order sepinggan, tapi gambar terlupa nak ambik dah 🤭

Dah nak habis makan, tiba-tiba hujan. Semua beralih ke bawah kanopi besar. Dak Nani datang ambik kitorang dari rumah sebab hujan lebat tak berhenti. Tapaukan dia Maggi Goreng atas permintaan. Alhamdulillah, boleh pergi lagi nanti sebab menu sedap-sedap kat sini. Harga pun ok dengan portion nya. Ciksun punya Bihun Goreng tu RM6 sepinggan, air ciksun ambik Coke Float RM4. Menu orang lain, lupa pulak nak tengok rega. Haha!

Post a Comment

5 Comments

  1. Murah la harga bihun tu.. Bole repeat lgi tu hehe

    ReplyDelete
  2. Sedap dan dekat dengan rumah. Best tu boleh pergi selalu. Harga pun ok

    ReplyDelete
  3. kalau harga amat berbaloi..hari-hari pun boleh pergi

    ReplyDelete
  4. waduhh mee siam (mee hoon) nmpk menyelerakan ya amat., hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com