Ticker

6/recent/ticker-posts

Decathlon Johor Akan Dibuka 14 Januari 2023 di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru

Decathlon Johor Akan Dibuka 14 Januari 2023 di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru | Yess, you read it right! Kepada peminat-peminat barangan sukan kat luar sana, cawangan terbaru Decathlon Malaysia (MY) bakal dibuka di zon selatan! Tanggal 14 Januari 2023, rakyat Johor terutamanya, pasti akan gembira dengan pembukaan Decathlon MY yang pertama di Johor, iaitu di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru.

Decathlon Malaysia Akan Dibuka 14 Januari 2023 di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru

Decathlon MY Toppen ni merupakan Decathlon terbesar dalam satu tingkat kat Malaysia, dan Decathlon kedua terbesar selepas Decathlon MY dua tingkat di Shah Alam. Terletak di ruang letak kereta terbuka Toppen, korang masuk aje entrance Toppen yang dekat dengan jejantas and roundabout tu. Palang parking ticket toll tu siap dah ada signage Decathlon, lepas ambik tiket parking, terus ke depan sikit, akan nampak dah Decathlon nya dari jauh. Very accessible!

Decathlon Malaysia Akan Dibuka 14 Januari 2023 di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru

Decathlon Malaysia Akan Dibuka 14 Januari 2023 di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru

Decathlon Malaysia Akan Dibuka 14 Januari 2023 di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru

Decathlon Malaysia Akan Dibuka 14 Januari 2023 di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru

Decathlon Malaysia Akan Dibuka 14 Januari 2023 di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru

Serius banyakkk gila barang sukan yang ada kat sini, dari sukan bola sepak, futsal, sukan air, larian, senaman, yoga, hiking, sukan berkuda, sukan berbasikal, skating, sukan pertahanan diri, sukan beraket, dan banyak lagi! Rambang mata ciksun dibuatnya. Mudah betul untuk cari peralatan sukan di bawah satu bumbung macam ni, semua benda ada!

Decathlon Malaysia Akan Dibuka 14 Januari 2023 di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru

Paling best, ada peralatan camping jugak kat sini! Dan kalau korang nak tahu, Camping Department kat Decathlon MY Toppen ni adalah yang terbesar antara semua Decathlon MY dengan mengumpulkan sebanyak 11 camping stores! Fuhh, memang rambang la mata semua campers kalau datang sini. Dengan kerusi healing nya lagi, senang nak buat content tiktok lepas ni, khennn! 🤣

Decathlon Malaysia Akan Dibuka 14 Januari 2023 di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru

Jom semua ke Grand Opening Decathlon pada 14 Januari 2023 ni! Alang-alang dah datang, join sekali Hari Sukan Decathlon pada 14 & 15 Januari 2023 nanti, start dari pukul 10 pagi sampai 10 malam. Kalo rajin berebut, datang la awal sikit sebab 250 orang pengunjung pertama yang berumur 18 tahun ke atas akan dapat RM50 Decathlon Gift Card 🏆. Bole redeem aiskrim sihat PERCUMA jugak dan sertai kelas sukan (PERCUMA lagi) dari Hot Yo Studio dan Manic Studio di Kelab Decathlon MY.

Decathlon Malaysia Akan Dibuka 14 Januari 2023 di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru

Decathlon Malaysia Akan Dibuka 14 Januari 2023 di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru

Kekanak pun boleh join macam-macam aktiviti guna MY Pass'Sport yang korang boleh dapat pada Hari Sukan Decathlon nanti dan menangi pelbagai hadiah menarik. Kalau korang tengah nak tengok apa lagi barangan yang dijual kat Decathlon MY Toppen ni, boleh belek FB page Blog Sunah Sakura ya!



Ayuh!!!

Psst, ade satu lagi Decathlon akan dibuka di City Square JB pada 11 Februari 2023 🤫

#decathlontoppen
#decathlonmy

Post a Comment

1 Comments

  1. suka cuci mata dekat Decathlon ni walaupun malas bersukan. Best la orang JB dah ada port baru nak beli barangan sukan

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com